Wednesday 31 December 2008

Kenangan Lama Yang Membentuk Diriku


Tempat kerja lama aku ..... Bila aku kenang-kenangkan, harus ku akui tempat kerja lama aku itu lah yang telah mendewasakan aku dan membentuk aku menjadi seperti aku hari ini. Segala kemahiran dan kecekapan aku ini telah dibentuk di tempat lama aku. Walau begitu banyak kenangan pahit di sana, namun aku tetap menghargai segala ilmu yang aku perolehi di sana. Ilmu dan kemahiran tak akan dapat dijual beli oleh sesiapa pun. Namun tiada siapa yang kurindui dan ingati di sana. Yang ada hanya kebencian kepada dua tiga makhluk yang sangat menjijikkan di mataku. Biar lah... Lupakan segala-galanya. Aku bahagia sekarang ini, sangat bahagia dan tenteram. Syukur, Amin.


Membudayakan Suatu Budaya

Hehehe. Ntah betul atau tidak tajuk aku di atas ini. Tapi hari ini aku gembira ada budaya baru muncul di tempat kerja baru aku. Suatu budaya yang bagus dan sepatutnya berlaku lama dulu. Aku harap budaya ini akan berterusan sampai bila-bila.

Sunday 28 December 2008

Awal Muharram


Esok, adalah awal Muharram tahun Hijrah 1430. Doaku agar aku bertambah dewasa dalam meniti kehidupan, dapat berkhidmat lebih cemerlang kepada suami dan kami dimurahkan rezeki Allah Taala. Amin

Hipokrit!!!

Perwatakan luaran mahupun pemakaian luaran hakikatnya tidak melambangkan apa yg ada di dalam hati mereka. Hari ini aku makin menyakini bahawa 'physical appearance' yg elok dan sopan belum tentu menjamin hakikat sifat dalaman seseorang. Kita boleh saja dibohongi oleh mereka yang berpakaian menutup aurat sepenuhnya atau juga yang santun bicaranya. Ada yang sungguh hipokrit apabila menyembunyikan sifat sebenar di sebalik pemakaian dan kesopanan mereka. Aku sudah muak dengan perangai mereka ini. Aku menyesal mengkagumi mereka sebelum ini malah sudah bosan mendengar syarahan mereka yang tiada jujurnya. Malas memandang mereka ... aku cuma mahu menjadi diriku... aku dan diriku... tapi aku juga jelas bahawa 'nobody's perfect'. Sabarlah hai hati... Aku akan mempertahankan orang-orang yang aku sayang .... suamiku, ibu bapaku dan adik beradikku. Yang lain-lain itu tolak ke tepi sahaja. Sebab aku sudah semakin dewasa dan tersangat memahami akan sikap hipokrit mereka.

Sunday 21 December 2008

Rumah Kecil




Semua orang ada rumah idaman. Tak kiralah rumah kecil ke atau rumah besar. Kakakku akan berpindah ke rumah mereka sendiri hujung bulan ini. Aku telah ke rumah baru mereka yang padaku cukup comel. Aku pun teringin untuk mendiami rumah seperti itu. Memang aku terlalu menggemari rumah kecil. Padaku rumah kecil senang diuruskan dan tidak perlukan perhiasan yang sarat. Itulah yang aku sukakan. Rumah kecil memudahkan aku untuk bergerak dan mengemas apa yang patut. Lagipun rumah kecil sesuai untuk ahli keluarga yang kecil seperti aku. Selama 9 tahun aku menginap di rumah sederhana besar dan sekarang besar membuatkan aku terpaksa mengalah dan mengakui yang diriku tidak betah mendiami rumah sebegini. Terlalu banyak ruang untuk dihias membuat aku cepat jemu dan yang paling aku tidak gemari adalah masa dan tenaga yang diperlukan untuk menguruskan rumah besar ini.




Tuesday 16 December 2008

Kenduri Kahwin

Akhir-akhir bulan Disember ini, ramai sungguh yang mengadakan kenduri majlis perkahwinan. maklum bersempena cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Jadual hari Sabtu dan Ahad kami penuh dengan undangan majlis perkahwinan, sampaikan ada dua jemputan dalam 1 hari. Apa pun Selamat Berbahagia kepada semua Pengantin Baru, ..... dan juga Pengantin Lama seperti kami.... hmmm....

Thursday 11 December 2008

Konvo


Gambar-gambar yang aku postkan dalam blog ini adalah gambar lama. Saje aku masukkan supaya aku sentiasa perasan yang aku masih muda. Walhal beberapa tahun lagi aku akan memasuki usia 40. Ngeri sekali bila memikirkan umur yang semakin meningkat. Hahahaha. Gambar dia atas adalah gambar konvokesyen aku tahun 2007. Semuanya biru je....

Sweet




Cinta



Cinta pertamaku adalah pada dia.. dulu...kini... dan selamanya. Kalau aku tanyakan dia mengapa dia mencintaiku, jawapannya sudah pasti 'ntah! tak tahu kenapa, yang aku tahu aku cintakan kamu dengan segala apa yang ada dalam diri kamu...'. Bila kutanya apa istimewanya aku di matamu, seperti biasa jawapnya 'ntah! tak tahu apa, yang aku tahu aku cuma mahu kamu di sisiku selamanya..'


Begitu banyak peristiwa berlaku dalam 9 tahun ini, kau dan aku ada ketika menjeruk rasa, memberontak, bertelingkah, berhiba duka, bergelak ketawa, semuanya menyusuri kemanisan cinta kita. Kita rasa semuanya indah belaka walau ada pahit dan kelatnya. Kita terlalu banyak berbeza dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tapi kita tetap bersama dengan kebodohan kita. Kau tetap tidak pandai berkata-kata, dan aku masih suka merajuk... Cinta itu datang dari hati dariku untukmu dan darimu untukku. Moga Allah memberkati kita!

Persahabatan

Persahabatan lama-lama makin hilang. Tak tahu salah di mana, tapi semuanya bagai telah dilupakan. Tapi aku pasti semuanya sedang berbahagia, dengan cara sendiri. Menyendiri dan menyepi lebih baik dari menyakiti.... Ada yang perlu dilupakan, dan ada pula hanya tinggal kenangan. Bahagia itu kita sendiri yang menentukan. Enjoy your life!

Monday 8 December 2008

Keberkatan

Pernahkah kita selami kehidupan kita selama ini. Pernahkan dalam masa muhasabah diri, kita menjengok dan meneliti titi kehidupan kita sama ada kita telah melaluinya berlandaskan hukum Islam? Persoalan pokok - keberkatan. Pernahkan kita terfikir sama ada keberkatan ada dalam setiap perbuatan kita? Atau kita mungkin rasa ianya tidak perlu memandangkan kita selama ini telah melakukan semua yang baik-baik sahaja.

Hari Raya Aidiladha


Hari ini hari raya yang sangat indah. Moga ada keberkatan dalam hidup kami sekeluarga. Aku pasti keluarga di kampung juga sedang merayakan hari yang berbahagia ini, apatah lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru - si comel Muhammad Jibril.

Sunday 7 December 2008

pelajaran pertama

hari ini anak saudara aku memberi tuition tambahan kepada aku mengenai internet.. pelajaran pertama kami adalah bagaimana untuk create blog. dan inilah hasil pelajaran pertama aku..


aku ni suka tengok gambar-gambar kartun yang cantik. ini antara gambar kegemaran aku..