Thursday 22 October 2009

Jadual Harian


Berikut adalah jadual harian (waktu bekerja) sepasang suami isteri
(yang belum dikurniakan Allah rezeki memiliki zuriat)

5.00 am - suami bangun pagi.. sambung tengok bola
suami kejutkan isteri suruh mandi bersiap untuk kerja
isteri jawab "ye la... ye la.." tapi masih di bawah selimat lagi
5.40 am - suami mandi bersiap untuk kerja
isteri masih di katil
6.10 am - suami sudah bersiap untuk ke tempat kerja
suami kejutkan isteri
isteri dengan malasnya bangun untuk mandi
suami bancuh air kopi
suami bukak langsir
suami bagi kucing makan
suami buang sampah
suami tunggu isteri bersiap
6.30 am - isteri dah selesai bersiap
isteri kemas katil dan pastikan bilik tidur kemas semuanya
6.40 am - suami isteri ke tempat kerja
7.00 am - suami dropkan isteri di tempat kerja di PJ
7.15 am - suami sampai ke tempat kerjanya di SA
8.30 am - isteri call suami tanya sampai opis kul brapa, dah breakfast ke...bla..bla...
1.30 pm - isteri call suami tanya macam mana opis ari ni, dah solat ke ... bla...bla...
5.00 pm - isteri tumpang kawan sekerat jalan untuk balik
5.30 pm - suami dah tunggu isteri di TMN C
5.50 pm - suami isteri sampai di rumah
6.00 pm - isteri bancuh air minum petang
6.30 pm - isteri bagi kucing makan
isteri lipat kain
isteri kemas rumah
7.45 pm - isteri bagitau suami "malas lah nak masak, letih... penat...ngantuk...bla...bla.."
"jom gi makan kat luar"
suami dengan muka menyampah menjawab"ye la..."
suami suruh isteri pilih gerai mana nak makan
8.30 pm - selesai makan... balik rumah
8.40 pm - isteri check balik kucing nak makan lagi ke tak ni
isteri check baju kerja esok dah bergosok (dah gosok masa weekend)
isteri tanya suami kot2 ada event yg nak pakai baju lain
suami main game
isteri tengok TV ngan baca majalah + tulis diari
isteri semak balik perbelanjaan hari ini
isteri kacau suami tak bagi main game
suami marah suruh isteri exercise basikal
isteri exercise naik basikal - berpeluh.... boring....
10.00 pm - isteri masuk tidur
suami suruh isteri makan ubat sakit belakang
isteri dengan muka muncung terpaksa telan ubat tu. huhuhu
suami temankan isteri tidur sekejap
10.30 pm - suami tengok TV - BOLA
12.00 am - suami masuk tidur

... dan seterusnya hari-hari begini...
life so easy

Tuesday 13 October 2009

sambutan hari raya 2009


hari ini ada sambutan hari raya di office. meriah. ada byk mkan. tp perut je yg tak besar utk diisi semua tu .....

Monday 12 October 2009

Tips Menabung

marilah kita berkongsi pengalaman cara2 kita boleh menjimatkan wang kita dan melipat-gandakan wang yang ada... . Sebagaimana yang kita tahu, kita boleh JIMAT duit dengan: 1.) Kurangkan perbelanjaan. 2.) Simpan duit dalam bank. Tips2 tersebut ialah: 1.) Bayar diri anda dahulu sebelum membayar orang lain/hutang lain. Sekurang2 10% drp gaji bersih. Katakan: Gaji: RM2000. Bayar KWSP (11%) = RM220 Gaji bersih = RM1780 10% drp gaji bersih = RM1780 X 10% = RM178 Pastikan RM178 tu dimasukan ke akaun bank lain (bukan dalam bank yg sama gaji anda masuk), agar anda tak terbelanja. Misalnya, gaji anda masuk ke bank MayBank. Maka setiap bulan, masukkan RM178 tu ke akaun Ambank (misalnya). Amalkan setiap bulan. InsyaAllah, dalam masa setahun anda akan perolehi: rm178 X 12 bulan = RM 2136. Hujung tahun, duit tu boleh pula masuk ke akaun Tabung Haji, ASB, bagi menambahkan lagi nilainya. Kalau dapat 'membayar diri anda' 20% drp gaji bersih atau lebih, lagi banyaklah dijimat.

..quote from other link..

Tip Berjimat Cermat - MESTI CUBA!

quote drp web orang lain

TIP AMALAN BERJIMAT CERMAT

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri

Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

hmm....

hmmm...
i'm thinking to change the way of my life.. dengan berjimat!!! cewah!!! bersemangat ni!!!
dengan keadaan ekonomi yang semakin gawat ini
pentingnya untuk banyak membuat simpanan
dan mengurangkan perbelanjaan..
buku di atas telah dibeli dengan harga RM17.90...
nak berjimat.. tetapi telah menambah perbelanjaan dengan membeli buku..
hmm.. pulak dah! takpa baik untuk jangka panjang ni...

Sunday 11 October 2009

~~~~~~~~~~

*********

malang tak berbau...

sabtu malam ahad (10 Okt 2009)
masa : 12.00 am - 2.30 am
lokasi : jalan bukit bintang, kl

adikku terlibat dengan kemalangan dengan mat rempit. motor mat rempit tu rosak teruk. kereta kwn adikku pula kemek sedikit. mat rempit tak mau ke balai polis dan mahu settle malam tu jugak. rupanya dia tak ada lesen memandu. malas aku nak bercerita panjang dgn bebudak tu, maka terbang lah duit aku RM800.00 utk mat rempit itu sebab nampak gaya mcm adikku yang bersalah.

p/s : silalah ke jln bukit bintang di mlm minggu kalau nak melihat kehancuran bangsaku....
mlm2 buta nak minum teh tarik di jln bukit bintang wat apa? mcm tak ada air kat rumah!

hari raya 2009

aku dan dia....
selamanya....
meniti hari tua....
bersama...
melengkapi....
kiranya kami kekurangan....
itulah kebahagiaan kami....
mungkin berbeza....
itu yang indah....
appreciate your life....