Tuesday 21 December 2010

Congratulations to my Good Friend !

Tahniah berganda to my good friend. Moga segala impianmu menjadi kenyataan. Orang yang sabar akan beroleh kemenangan....

Friday 17 December 2010

Akhirnya....

Akhirnya rumah kecil kami siap juga pada hari ini 17 Dis 2010. Walaupun bukan siap pada tarikh yg dijanjikan iaitu 15 Dis, tetapi tak apa lah sebab bukannya boleh masuk rumah pun pada 16 dan 17 Dis sebab aku dan suami pun banyak kerja kat opis. Sayangnya pergola masih belum siap dan dijangkakan akan siap pada minggu hadapan.

So, planning berikutnya adalah :

18 hb Dis - cuci rumah + beli perabot baru (beli sikit je...)
19 hb Dis - pindah barang dr rumah family
20 hb Dis - kemas dan susun atur rumah baru
21 hb Dis - angkut pinggan mangkuk dr rumah family

Penat ni weh sebab rupanya ada byk brg kami yg kena kemas. Maklum lah dah tinggal bersama 11 thn tentu lah banyak brg....

Wednesday 1 December 2010

Kolam ???

Tengok rumah kawan ada kolam renang utk budak2 kecik. Nampak menarik je. Boleh ke buat kolam kat rumah kami? Untuk budak2 dan diri sendiri kot. Tapi susah pulak nak menjaga kebersihannya? Nanti tak pasal-pasal kucing2ku pulak terjun ke dalam kolam tu... Pagar baru pun belum terbuat lagi... Semua ni costing ni... Waduh.. marah pulak banker ku kalau dengar planning ni...

Counting Days to 15 Dec 2010

Menghitung hari .... untuk berpindah ke rumah baru...

Kalau ikut planning ni... 15 hb Dis ni siap la renovation rumah kami. So sepatutnya pada 16 tu dah boleh cuci rumah dan 17 atau 18 hb perabot dan barang-barang lain dah boleh masuk rumah. Banyak perkara yang nak kena buat ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Macam hari tu jugak, perkara besar yg belum kontraktor siapkan adalah awning, stor dan pergola. Sekarang ni diorg tengah touch up benda-benda dalam mcm lampu2, toilet, pintu toilet kaca. Opps!! diorg belum buang sampah besar2 lagi. Alamak... banyak lagi tak siap ni...

Sabar.....

Wednesday 24 November 2010

Kasih Sayang...



Terima kasih kepada ‘misada’ di atas ceritanya yg sungguh menyayat hati…. Aku menangis berkali-kali apabila membacanya... kasih dan sayang itu tidak mengenal manusia atau haiwan...

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,
nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul
sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor
monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan
surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah
mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an.

Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,
seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan". Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan
niatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong?" Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP!
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai
akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang
masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh
dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu
bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan
tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.

Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

" Life can give u a hundred reasons to cry, But u can give life a thousand reasons to smile ."

Rumah kami...


Rumah kami telah hampir siap. Semua tingkap dan toilet telah dipasang. Jubin kat dapur pun dah dibaiki. Pemasangan wiring + lampu2 sedang dlm progress. Cat 1st layer dah buat, tinggal cat kali kedua. Yg besar sekali nak kena buat awning + pergola + stor. Alhamdulillah. Mintak-mintak semuanya berjln dgn lancar. Amin...

Ada kaitan ke gambar di atas dgn rumah kami????.....

Saturday 20 November 2010

Terlalu sedih.....

Hari ini aku kehilangan kucing hitam kesayangan kami. Si hitam dah takde malam tadi ntah kerana sakit apa. Rasa sedih sangat sebab hitam sangat manja dgn kami... selalu menggeselkan kepala dan badannya kepada kami. selalu nak tidur dengan kami. selalu menjilat tangan kami ... satu2nya kucing betina yg kami ada... sedang bunting pulak tu... patut la dalam 3 hari ni, dia makin kerap nak bermanja dgn kami... nak tidur dgn kami... menggesel dgn kami... matanya selalu memandang tepat ke mata kami... rupanya dia nak bgtau kami yg dia nak pergi....

walaupun hanya seekor kucing, tapi aku sangat sedih dgn pemergiannya kerana aku menjaga makan minum, tidur baringnya dr sebesar jari... dia yg selalu menyambut aku dr kerja... sekrg dia dah takde....

Tuesday 16 November 2010

........



Allah permudahkan urusan hambanya yang membuang perasaan amarah itu...

Quote drp Fairladyshania:

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Tuesday 9 November 2010

Terluka.....

Hari ini hati ini sangat-sangat terluka dan berkecil hati. Benda kecil tapi sangat berkecil hati... bila hati telah retak... Apa pun bukan budak kecil yang nak sensitif sangat mengenai benda kecil - small matter. Let it go. Tahu dan sedar diri siapa kita di mata orang ... tiada makna dan tiada taraf. We know who we are. It's ok.

On the other hand the good news is........................................... SECRET.... SYYY... SYYY... Learn no need to share..... so don't share it...... life is so SIMPLE!

Saturday 6 November 2010

..........

Proses renovate rumah ni sungguh la mencabar kesabaranku. banyak kali cakap ngan kontraktor pun boleh menyakitkan hati jugak. lambatnya buat kerja.... ni baru renovate kecil-kecilan, kalau besar tak tahu lah mcm mana. dua tiga kali asyik cakap benda yang sama,tapi progressnya mcm siput bergerak... hai hati sabar lah kau...

semua tingkap memang dah dipecahkan. awning tingkap dah dipilih... awning depan rumah design lain sikit. tambah pergola kecik... lambatnya diorang ni buat...ish ish ish...

Wednesday 3 November 2010

Sunday 31 October 2010

Weekend

Hari ni akhirnya berjaya membersihkan laman rumah - mesin rumput, buang rumput dan lalng etc. Adoi! penat betul guna mesin rumput atas belakang ni. Tangan menggigil mcm parkinson lah pulak. Tapi puas hati sebab semua dah bersih. Aktiviti mcm ni biasanya kena buat sebulan sekali tapi biasalah semuanya kena bergantung kepada keadaan kerajinan.

Semalam sgt teruja sebab adik sudah boleh drive kereta ke jalan besar. Dah boleh gi kedai dengan baik sekali. Lepas ni boleh lah suruh adik drive ke tempat kerja atau shopping complex. Kalau tak try tak tahu yg kita sebenarnya boleh buat apa saja yg kita nak buat. Asalkan ada kesungguhan. hihihi.

Atap rumah dah ditukar sepenuhnya. Tingkap2 pun sudah dibukak untuk dipasang yang baru. Hasrat untuk berpergola mungkin akan tercapai... Insyallah.

Thursday 28 October 2010

Rumah Kecil Kami (Part 2)


Hati berbunga riang je bila tengok rumah kami dah mula diperbaiki. Hari ni atap dah bertukar ddi bahagian hadapan. Esok diorg akan tukar atap bahagian dapur pulak.

Rumah ni sebenarnya di bhg corner lot... so ada banyak laman tanah. Memang boleh besarkan untuk tambahkan bilik dan ruang tamu. Tapi disebabkan rasanya kami berdua saja yg nak dok kat sini so rasanya tak larat la nak dok rumah besar2. Sekarang ni pun nak lari dari dok rumah besar, takkan la nak menempah lg episod letih mengemas rumah. Lagipun malas la nak tambah budget utk besarkan rumah ni(duit pun bukan ada banyak sangat pun). Pakai je apa yg ada.

Sekrg ni tgh berangan-angan nak cat warna apa rumah ni? Putih? coklat? brown? cream? light green?? Pasang angan2 dulu...

Dapurnya sangat la kecil dan hanya muat seorang tukang masak je... aku la tu... so my dear takperlu berasak2 kat dapur nak tolong sesakkan ruang kecik ni... selamat la tak payah tolong kat dapur ye... Minimise kan penggunaan perabot atau barang2 dapur sebab ruang yg kecik.. tapi seronok nak memasak sebab tak payah bergerak jauh2 semua ada depan mata dan senang dicapai tangan.

Laman yang luas?? Boleh tak berangan nak bina pergola? Yg kecik berwarna gelap tu?? hihihi... boleh guna utk bersantai2 di waktu pagi dan petang sambil makan dan minum... berangan lagi... alamak duit lagi tu... ribu riban jugak la tu...pastu nak tanam sayur-sayuran yg mudah2 mcm cili api, cili hijau, serai, daun pandan, daun sup, sawi, etc... pastu nak tanam pokok pagar... ye ke. alamak tak boleh tanam pokok pagar sebab nanti nak tukar pagar...

Rumah baru ni pun dekat sgt dgn pasar ramadhan. Cuma jln kaki 2 minit je... best kan!

Stor akan dibina di luar rumah sebab tak mahu berselerak dalam rumah. Lagipun bukan ada benda berharga nak simpan dlm stor ni. Cuma pinggan mangkuk, majalah lama, surat khabar lama, etc benda2 lama yg sayang nak buang. Dalam rumah tu hanya akan ada barang2/perabot/perkakasan yg kecik2 dan simple je.

Kenapa aku excited sgt nak duduk rumah kecil kami ini? Pertamanya selepas 11 thn kahwin, inilah kali pertama nak masuk rumah yg betul2 sendiri punya. Sebelum ni asyik dok umah keluarga aje. Nak decorate ikut citarasa sendiri pun takde hati sebab bukan rumah sendiri. Rumah baru ni kecil so sesuai sgt la dgn diriku dan memudahkan pergerakan utk membuat operasi kemas mengemas secara berkala... Kejiranan kws rumah ni pun lebih friendly berbanding rumah atas. Rumah pertama kami duduk jirannya sgt la menyusahkan kami dan kurang ajar. Sebab tu lebih baik rumah itu disewakan saje... Penyewa rumah tu sekrg boleh tahan sebab selalu bergaduh dengan jiran lama kami. Aku sokong sgt2 penyewa kami ni sebab sekrg bertemu buku dan ruas. Rumah yg sekrg kami duduk pulak sgt la privacy sampai jarang org datang ... boring lah pulak. Monyet2 pulak berkeliaran di belakang rumah.

Tak sabar nak tunggu 3 minggu lagi. Walau tak sempat siap sebelum raya haji nanti, tapi utk majlis mkn2 bulan Dec nanti sangat sesuai la.... So utk ijan, ika, zila,reen, zef ... tunggu bulan Dec ni tau... kita mkn2 lunch atau BBQ sangat sesuai di rumah kecil ini....

............

Tuesday 19 October 2010

This Life ... (Part 3)

Hari ini sangat tension. Tension dalaman ... pasal kerja. Nak kuluahkan tiada siapa nak mendengar ...orang lain pun ada banyak kerja jugak... Oh! I have to do something...about my work ... my scope of work and responsibility... my work attitude ... orang lain takkan mahu faham kita kerana masing2 ada kepentingan sendiri...

Saturday 16 October 2010

This Life ... (Part 2)


Begitu lah kami... selalu dipermainkan orang hanya kerana kami belum mempunyai zuriat sendiri. Aku tak kisah kalau kawan2 nak bertanya khabar belum ada anak lagi ke atau apa ke. Cuma jangan la dalam bentuk mempermainkan kami. Ada yg suka berkata 'ala...korang tak pandai 'buat' ni sebab tu tak ada anak'... dulu2 masa mula2 kahwin ada org buat joke suruh aku menuntut ilmu dgn adik perempuan suami aku mcm mana nak dpt anak cepat. Lagi hebat bila ada yg mendabik dada berkata 'saya pantang 'bersentuh' ngan suami, mesti mengandung punya! Wow! mcm la nak dpt anak ni ditentukan oleh diri kau sendiri ye? Hello! kalau Allah tak bagi anak tu, boleh dapat ke anak tu.

Thn pertama dan kedua aku kahwin, memang aku sedih sangat tak dapat anak.. tapi perasaan tu aku sembunyikan dari sesiapa baik adik beradik mahupun rakan2. Hanya kami suami isteri yg tahu perasaan kami. Aku sedih bila lihat kwn sepejabat mengandung, aku sedih tengok pasangan lain berkepit dgn anak2. Sedih kerana kami takde keistimewaan itu. Sedih bila org kampung, makcik pakcik kata aku mandul. Malam2 aku menangis dan suami akan tenangkan perasaan aku. Mcm2 aku fikirkan... hanya org yg tak ada anak saja yg faham perasaan ini ... tapi cuma 2 tahun itu saja lah... Bila kami jumpa doktor pakar yg mengesahkan kekurangan kami, sejak itu aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Bila aku ceritakan kesedihan aku yg tidak tahan dengan kata2 org, akhirnya doktor kata "mengapa hendak biarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain?" Maksud doktor tu.. mengapa kau nak biarkan orang lain menentukan kesedihan kau, menentukan kebahagiaan rumahtangga kau... you and your own life... aku memandang doktor itu dan tidak berkata sepatah kata lagi selepas itu...

Sejak itu aku tidak pernah bersedih lagi. Biar lah apa org nak kata apa pun. Orang lain yg ada anak pun belum tentu bahagia. Sudah ada anak pun nak bercerai berai. Dah ada anak pun si suami boleh main cinta ngan perempuan lain, si isteri jatuh hati kat lelaki lain. Ah! dunia sekarang memang terbalik. Kami yg tak punya anak ni berusaha mempertahankan rumahtangga sedang anda yg punya anak isteri yang comel2 boleh membiarkan rumahtangga berantakan. Sungguh anda tidak pernah memikirkan perasaan anak2 yg masih kecil yg perlukan sebuah keluarga yg sempurna, bukan ibu bapa dengan haluan masing2. Anda semua sangat ego dengan perasaan sendiri konon sudah tidak ada persefahaman... pasanganku tidak pernah memahamiku... aku sahaja yg berkorban selama ini, dia (lelaki/perempuan) di luar sana lebih memahami dan menghargai diriku! Huh! dah bercerai nanti, takde nya lelaki itu yg konon2 sangat2 memahami, menyayangi dan memahami kita konon2 seikhlas2nya akan menikahi kita.. akhirnya kita terkontang kanting sendiri... Anak2 la akhirnya yg jadi mangsa. Jika suami tidak pernah memukul, mendera, mengambil duit kita, menghina maruah kita, masih bertanggungjawab? mengapa masih hendak berpisah? Fikir lah masa depan anak2. Betapa kecewa dan remuk hati anak-anak dari broken family. Berapa kerat anak2 yg masih kecil ini menguatkan diri terpaksa survive dari keruntuhan ini? berdepan dgn cakap2 org, pertanyaan itu ini. Jangan la buat statement.. anak2 faham keadaan kami... Anak sepatutnya menjadi pengukuh sebuah rumahtangga...

Bagi sebahagian rakan2 rapatku mungkin sudah tahu sebab kami tiada anak. Jarang sgt aku mendedahkan sebab musabah kami tiada anak. Sebab aku bimbang akan muncul spekulasi kemudian.. kalau aku yg kurang, mesti org akan buat spekulasi mengata kenapa daud tak tinggalkan aku atau kahwin lain ye.. oh! sebab yam kan sgt muda, berijazah dan bekerja pegawai kerajaan... sedang suamiku hanya pembantu perpustakaan ... takkan nak tinggal begitu aje... kalau suami aku yg kurang pulak, org akan kata kenapa yam bertahan ye.. oh! sebab daud kan kaya berduit (padahal tidak pun), takkan yam nak tinggal begitu aje... semua yg kami buat akan jd serba tak kena ... seperti org akan berkata kpd anak dara tua yg belum kahwin sebab memilih sgt atau teruna berusia belum berkahwin sebab lemah tenaga batin...

Kami hidup seadanya... sungguh seadanya menerima kekurangan masing2... memang ini lah yg terbaik untuk kami berdua... juga tidak bercadang untuk mengambil anak angkat sebab bimbang akan tanggungjawab yg mungkin tidak akan terlaksana nanti menambah dosa... berdoa akan kekal bahagia begini selama-lamanya... juga tidak pernah lupa berdoa moga masih ada utk rezeki itu ... jika aku di usia 60 thn sekali pun aku masih sanggup terima rezeki itu supaya suamiku punya penyambung keturunan untuk sentiasa mendoakannya ... menangis bila mengenangkan siapa yg akan menjaga suami jika aku pergi dulu ... suamiku yg sudah tua ... lenguh2 badannya... cramp kakinya ... pening kepalanya ...sakit demamnya ... matanya yang rabun ... pendengarannya yg kurang jelas... giginya yg sudah tiada ... moga Allah sentiasa pelihara keselamatan dan kesejahteraan dia dunia dan akhirat... kalau dia pergi dulu siapa pula yg akan menjaga aku ...urat kakiku yg bersimpul ... belakangku yang sakit ... aku yg selalu sesat di bandaraya ... demamku ... mungkin lebih baik biar lah kami pergi bersama-sama... tidak menyusahkan sesiapa...

This Life....



Minggu lepas aku agak berkecil hati (dan marah!!!) dgn seseorg di pejabat husband. Dia ni memang la takde benda lain nak citer kalau nampak muka aku. Aku ni mengenangkan dah lama kenal dia kat opis husband dan tidak lah mahu berlaku kurang ajar atau mengeruhkan suasana, maka aku gelakkan aje la statement dia tu. Dan memikirkan dia ni memang la perangai mcm tu yg suka buat lawak yg tak kena tempat, maka biarkan lah si luncai terjun dgn labu-labunya. 'Lawak' (pada dia lah) adalah berkenaan kami suami isteri. Ada ke patut dia selalu kata, 'yam, kalau daud dah meninggal dunia, aku akan 'ambik' kau'. ??? see betapa bodoh dan tak beriman langsung org2 mcm ni. Aku ni siang malam doakan suamiku panjang umur murah rezeki etc yg baik2, ngko boleh pulak doakan suami aku pendek umur. kot ye pun nak buat lawak, cari la lawak yg tak bodoh sikit. Awak tu kata ada ijazah berjela-jela, benda mudah macam ni pun tak boleh pikir ke? Tak pikir ke perasaan suami aku kat depan dia masa tu? Selalu husband aku kata jgn dilayan je org mcm tu. Aku balas kat budak tu begini 'hah! apa kata kalau awak pulak meninggal dunia, kami pulak ambik isteri awak ye... sebab isteri awak pun banyak duit kan?'.. terus dia diam dan senyum kambing. Kenakan balik kat dia...

Itu lah 'ayat permainan' yg selalu dipermainkan oleh org2 yg tak berapa cerdik ni. Hanya kerana kononnya suami aku berharta dan kaya. Kononnya kalau suami aku meninggal dunia, aku akan jadi janda kaya. Wakakakaka!!! aku nak gelak berguling-guling?.Kalau lah suami aku tu kaya sekalipun (ini kalau ye walhal suami aku pun mcm org lain sedang2 je rezeki tu utk kami berdua), dan kekayaan dia tu pulak diperolehi sebelum berkahwin dgn aku atau harta pusaka, mana cerdiknya harta tu akan jd kepunyaan aku. Tak belajar hukum faraid ke. Yang aku atau suami boleh miliki adalah harta sepencarian sahaja. Kalau harta pusaka atau harta sebelum kahwin, ada bahagian tertentu sahaja utk isteri/suami. Selebihnya utk mak/ayah, adik beradik ngan anak2 sedara... Kalau aku ada harta byk sekalipun takkan lah aku nak kahwin ngan ngko tu!

GRRRR!!!!!!!! memang angin betul aku kat dia tu!!!

Thursday 14 October 2010

Rumah Kecil Kami

Setelah berdukacita hampir 3 bulan, Alhamdulillah, akhirnya bulan ini dapt jugak rumah kami direnovate... harap2 kontraktor kawan sekolahku ini dapat menjayakan impianku berumah baru... bukan renovate besar-besaran pun, cuma nak memperelokkan sikit rumah ni... harap2 segala-galanya akan berjalan dengan lancar. ni tengah berangan-angan semula mcm mana nak decorate dalaman rumah ni pulak... alah rumah kecil mudah aje nak design kan? jangan letak banyak barang ... dan pastikan rumah sentiasa kemas serta bersih...

Moga-moga Allah permudahkan segalanya...

Demam ....

Hari ni demam sebab asalnya cirit birit mlm pagi kemarin. tapi demamku rasanya makin bertambah bila mengenangkan 'pakcik'. 'pakcik'' oh 'pakcik' kenapa la ko buat begini. Bertambah teruk la demam aku....eeee...

Monday 4 October 2010

aku sudah tua...

aku rasa aku sudah tua... walau sesetgh org suka namakannya dengan panggilan manis 'matang'... tidak... padaku tua itu lebih cocok untukku... disebabkan sudah tua... aku agak 'mampu' membaca fikiran orang-orang yang lebih muda dariku... aku tahu bila mereka tidak ikhlas ... tidak berterus terang ... menyembunyikan apa yg sebenar mereka tahu.. aku tahu ... tetapi aku biarkan saja ... kerana tidak mahu mengeruhkan suasana ... hmmm... seronok menjadi orang tua ... penuh dengan 'pengalaman' berguna dan tidak berguna juga!

Dan

kerana ketuaan suamiku lah maka dia mampu mengawal aku selama ini....

Friday 1 October 2010

Raya! Raya! Raya!

Raya! Raya! Raya!

Raya tahun ini agak berbeza sedikit sebab ....

* 8 hb sept - balik kg. dr KL ke Kelantan - aku drive! hehehe. Tak sangka akhirnya aku berjaya drive.. yang selama ini aku sangat susah untuk memahirkan diri dlm bab2 mcm ni...

* 9 hb sept - dr Kelantan ke Kuantan sebab nak berhari raya dengan bapa mertua di Kg. Sg. Soi. Kali ini pun aku drive jugak. Seronok sgt tp telinga kena tahan dengar arahan Che Abang di sebelah. Check-in di Hotel Seri Malaysia Kuantan jam 4.50 pm. Rehat2 and guling2, then ke Kg. Sg. Soi berbuka puasa dgn bapa mertua. Tengok org Kuantan masak laksa guna tepung gandum and masak rendang. Then balik semula ke hotel bersenang lenang di hotel...

* 10 hb sept - breakfast di hotel. Ramai jugak rupanya org bermlm di hotel di hari raya ye. Rasa pelik pulak sebab tak pernah buat mcm ni selama ini - di hotel di pagi raya. Check-out. Berhari raya di Kg. Sg. Soi hingga jam 3.00 ptg. Lepas tu terus bertolak ke Kelantan. Ada budak tentera tumpang, so dia yg drive. Aku dok kat belakang je. Sampai kat Kelantan dah mlm.

* 11 - 13hb sept - raya sakan di Kelantan. Gelang hilang! adush! Pelupa sungguh aku ni.

* 13 hb sept - kembali ke KL. Kali Abang yg drive sebab dia kata 'you are a slow driver'. hihihi. Abang nak sampai cepat kat KL...

Sunday 5 September 2010

Friday - 3 September 2010

Hari Jumaat yang sangat memenatkan..
8.30 am - 12.30 pm - Meeting MAQATI
1.00 pm - 1.30 pm - di sales Perodua .... Tension!!!
1.30 pm - 2.00 pm - gi ambik adik di UTAR
2.00 pm - 3.00 pm - urusan bank
3.00 pm -4.30 pm - selesaikan kerja2 pejabat.... Tension!!!
4.30 pm - 4.45 pm - jumpa Big BOSS
4.45 pm - 6.30 pm - balik rumah - traffic jam ....Tension!!!

salam satu hari je brapa kali tension? Memang TENSIONNNN

Sunday 22 August 2010

Sabar lah... sayangku


Lagu Ramlah Ram tahun 1980-an/1990-an.

Banyak perkara yang dirancang tidak selesai mengikut tempoh yang ditetapkan. Takpa lah. Che Abang kata sabarlah... kita tolong orang je lah ....

Ramadhan kali ini penuh dengan kesyukuran dan agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya... Paling utama aku tidak lagi mengorder biskut raya kecuali 100 pcs biskut Suji utk Che Abang.

Bila nak kemas rumah sebelum raya ni? adoi letih la... banyak sangat nak dibuat...

..........

Kehadirannya bukan sebagai pelengkap hidup... kerana kehidupan yang Allah Taala kurniakan itu sendiri sebenarnya telah lengkap. Kehadiran masing-masing adalah kerana saling mengasihi dan ingin hidup bersama...

Friday 6 August 2010

... ujung waktu...

manusia suka memandang manusia lain sebagai lemah. menganggap diri sendiri hebat dan bijaksana. walhal diri sendiri amat kerdil dan hina di mata Yang Maha Kuasa...

Beli Kereta Lagi...

Kereta comel ... untuk cik su sponsor by matriarch. Aku pulak jadi tukang survey kereta. So kena ikut spec aku la ...

Sunday 1 August 2010

..............

Bila sudah terlalu tahu luar dan dalam, mengapa masih suka bertegang urat kepada perkara yang kecil??? I Like it!!!

Hari ini aktiviti mengancam telah berjaya dilaksanakan!
* mesin rumput
* baiki lubang bilik air tersumbat
* tukar litter box kucing2 kami (ini cik abang buat)
* alter baju kurung
* sapu sampah
* Masak (??? nak tak nak memang kena buat sebab aku sorang je yg tahu buat...)
* gosok baju ?? alamak... (coming soon)

THE END...

Sunday 18 July 2010

Rumah Kecil Kami...


Tak sabar rasanya untuk pindah ke rumah kecil kami... our own house... selama ini asyik 'menumpang' aje.. Hope everything will be smooth just as planned. Love that small house very much. Just perfect for two of us. Some minor revonation need to be done ...

* toilet bowl
* windows
* doors
* etc... etc...

Saturday 26 June 2010

24 Jun 2010

Happy Birthday to me.... any present? nope...nothing... candle light dinner? never think about that.. It won't happen...
Ingatan tu yg lebih penting... hehehe. don't worry dear. I'll collect the present later when it's ready.

Monday 21 June 2010

Orang pejabat kata...



orang kat pejabat kata k yam nampak lebih muda dari din.. so din... mcm mana tu?

Sunday 20 June 2010

Dan ini pula...





My Best Photo



my cutest little sisters and of course my one and only naughty little brother. Gambar ni hanya aku sorang saje yg ada. Diorg tak tau pun gambar ni ada...hehehe. They will always remains little to me...

Aku dan Dia





saje saje mengingatkan diri sendiri...

BEM April 2000 - Jun 2008




ok la tu.... ???? hehehe... susah nak kata .... banyak yg nak kata... akhirnya jangan kata apa-apa...

Apa beza dulu dan sekarang....



hmmm.... banyak bezanya tu....

uitm 1994-1998




Saja nak mengimbau kenangan silam melalui foto-foto...

Kenangan dolu-dolu...





Semasa membelek2 album, tiba-tiba terjumpa gambar semasa kanak-kanak dulu sekitar tahun 1985-1986. Teringat kawan-kawan masa sekolah rendah dulu. Di manakah mereka agaknya sekarang ini?.... aku yang bersembunyi dibalik kepala guru lelaki.. hehehe

Tuesday 15 June 2010

Mulakan yang baru yang lebih SEGAR

Let us start with something new and fresh! Enjoy this wonderful life! Lots of exciting things to explore!

Stress

Sudah sebulan rasa stress yg amat sangat.Letih... sakit belakang... sakit kat tengkuk... sakit pinggang... rasa mcm mencucuk-cucuk. Byk sgt kerja yang mencabar... rasa nak marah kat semua benda. semua benda rasa tak kena aje... mcm dah tak boleh tanggung lagi rasanya...masa ni la mula rasa alangkah seronoknya kalau jadi full time house wife... tak payah nak pening pikir benda2 melibatkan orang.. or maybe do something that i like very much instead of these very mery 'rubbish' things! susahnya kita nak dpt apa yg kita nak... rasa mcm nak baring kat atas rumput hijau then pandang ke langit biru ... apakah terapi yang sesuai utk semua ini??? shopping!!!

Katakan pada dirimu yang kau mampu melalui saat-saat ini yang menekankan ini... i have to do something ....

Sunday 6 June 2010

Monday 31 May 2010

29 Mei 2010



Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 11.

Dengan iringan doa agar kebahagiaan dan keharmonian berkekalan sampai bila-bila....

Love you... kau mengerti segalanya....

Sunday 23 May 2010

Cahaya Bulan di Air Tenang

CAHAYA BULAN DI AIR TENANG

Bila aku terpandang wajah puan yang girang
Aku dapat bayangkan itu satu jawapan
Tapi bila kau tiada aku rasa terharu
Aku cari wajahmu di air yang sedang tenang

Cubalah kau lihat cahaya sang rembulan
Di air yang tenag alangkah indahnya
Itulah ertinya hatiku yang tenang
Janganlah hendaknya gelora mendatang

Jangan kanda ikutkan perasaan terharu
Lihat saja di awam kita sering bertemu

Dinda dapat rasakan bila kita di pantai
Lihat cahaya bulan indah tenang menawan

Kanda dapat rasakan bila kita di pantai
Lihat cahaya bulan indah tenang menawan

Cubalah kau lihat cahaya sang rembulan
Di air yang tenag alangkah indahnya
Itulah ertinya hatiku yang tenang
Janganlah hendaknya gelora mendatang

Bila aku terpandang wajah puan yang girang
Aku dapat bayangkan itu satu jawapan

Bila aku terpandang wajah tuan yang girang
Aku dapat bayangkan tempat aku bermanja

Mata kita berpandang wajah di air tenang
Hati bertambah sayang bulan menjadi teman

Hasil ciptaan : C.C
Senikata : Yusnor Ef
Persembahan : A. Ramlie & Maria Bachok

Tuesday 11 May 2010

Bosan lagi....


Universiti Malaysia Perlis
... 17 - 20 Mei 2010

Ahh!!! Bosan lagi!!!!!!

Tuesday 27 April 2010

Meow

Dah tua-tua ni pulak aku mula memelihara kucing.
Kucing ntah sapa2 suka sangat datang merayau kat rumah aku
agaknya sebab selalu dapat makan lebih-lebih maka kucing nan seekor ni dah jadi permanent resident kat rumah ini sehingga lah...
dua minggu lepas dia melahirkan 3 ekor anak kucing ...
kucing ini agak pandai sebab ... dia dah boleh buang air besar dalam bilik air ...pandai bagitau isyarat kat kami kalau dia nak keluar rumah...
dia ni memilih makanan... ada menu berbeza tiap-tiap hari.
ada hari-hari tertentu dia suka makan ikan rebus, ada ketikanya nak makan ikan rebus goreng saje, dan ada ketikanya pulak nak makan ayam goreng...
kucing oh kucing terlayan kah aku dengan kerenah mu + 3 lagi

..........

5 - 7 Mei 2010 - ke Universiti Malaysia Perlis

18 - 20 Mei 2010 - ke Universiti Malaysia Perlis (kali kedua)

24 - 26 Mei 2010 - ke KDU, Penang

Ahhhhh!!!! Bosan semua ni....

Thursday 8 April 2010


fikir... tapi jangan khuatir.....



'Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib'

(Surah Fussilat : 34)

Terokai Alam Baru ... Telaga Biru


Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat,
membawa ke jalan baru yang lebih luas...

Sunday 28 March 2010

Daripada www.zaharuddin.net...
Dengan bersedekah ....
Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harta si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang.

Tuesday 9 March 2010

Telah Berjumpa

Akhirnya berjumpa juga dengan Raziha Abdul Wahab. Setelah google dan menelefon sekolah, akhirnya aku mendapat alamat dia. Alhamdulillah....

Sunday 7 February 2010

Di mana dikau...

Mencari rakan lama bernama Raziha Abdul Wahab, Sekolah Menengah Kamil (1987-1991). Moga-moga pencarian ini berhasil. Terlalu teringatkanmu...apa khabar kau sekarang ini ye??

Thursday 4 February 2010

Sebelum Kita...


hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik..
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan..
fikirkan tentang seseorang yang tidk punya apapun untuk dimakan

sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa..
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk..
fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya

sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda..
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

sebelum kita mengeluh dan memarahi ibu dan bapa yang masih hidup..
fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

hari ini kita mengeluh tentang hidup..
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita..
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul

sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya..
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan

dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan..
fikirkan tentang penggangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita

sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain..
ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan..
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!

BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT...

..petikan dari e-mail..

Today is a Wonderful Day

....... Semoga Hari ini Lebih Baik Dari Hari Semalam........

Wednesday 3 February 2010

Lagi Muhasabah Diri...

19 Jan 2010...
Kehilangan boleh berlaku bila-bila masa bila sudah ketentuanNya. Mungkin sebagai pengajaran melihat balik kesilapan diri yang pernah dilakukan, mungkin juga sebagai dugaan samada tabah atau tidak menghadapinya...
berhari-hari merapati ... berdoa semoga dapat kembali... dan masih lagi berdoa...

Telah biasa mendengar orang lain diragut ... kini berlaku pada diri sendiri.
kehilangan yang begitu banyak buat diri terduduk...
sudah tiada rezeki...

Saturday 16 January 2010

Kesayangan Hamba


Insan kesayangan hamba:

1. Suamiku
Leader, Boss, sahabat, rakan kongsi, rakan gaduh, banker, consultant, supplier, walkie talking dictionary, driver, membantuku waktu aku susah, memahamiku, menjaga maruahku, mendidikku menjadi kuat menempuh cabaran kerja,

2. Ibuku,
Yang melahirkan aku, menyayangiku, menyusukan aku, membesarkan aku, mengasuh dan mendidik aku, yang pertama mengajarku mengaji Quran, menyelamatkanku dari kebakaran, membenarkanku, mendoakan yang baik-baik untukku ..., seorang yang sabar atas semua hinaan orang, cool, mottonya ...'ala masalah tu hanya senipis kulit bawang, ko pasti dapat atasinya'.

3. Ayahku,
Mendidik dan membesarkan aku, mencurahkan ilmu dan pengalaman kehidupan, mengajar aku bertatih dan berjalan kerana aku hanya mampu berjalan seumur 5 tahun sehingga semua orang kampung menyangka aku sudah cacat, sabar menempuh hinaan orang, bekerja keras membanting tulang membesarkan 8 orang anak-anak.

4. Kakak Sulungku,
my second mom, my mentor, mengasuh dan mendidik aku, membelanjakan segalanya untuk pendidikanku, memberi makan dan pakai untuk ku, membela semua adik-adik, sabar menahan dugaan hidup, cekal, tabah, sanggup berkorban untuk adik-adik, penyelamat adik-adik.

5. Adik beradikku (7 orang)
Pembakar semangatku, rakan gaduh terutama adik bongsuku, rakan berbincang, teman seia sekata.

Ya Allah! Semoga kami semua dirahmatiMu, tunjukkan kami jalan yang lurus jalan yang Kau redhai... Amin.