Wednesday 24 November 2010

Kasih Sayang...



Terima kasih kepada ‘misada’ di atas ceritanya yg sungguh menyayat hati…. Aku menangis berkali-kali apabila membacanya... kasih dan sayang itu tidak mengenal manusia atau haiwan...

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,
nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul
sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor
monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan
surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah
mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an.

Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,
seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan". Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan
niatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong?" Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP!
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai
akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang
masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh
dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu
bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan
tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.

Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

" Life can give u a hundred reasons to cry, But u can give life a thousand reasons to smile ."

Rumah kami...


Rumah kami telah hampir siap. Semua tingkap dan toilet telah dipasang. Jubin kat dapur pun dah dibaiki. Pemasangan wiring + lampu2 sedang dlm progress. Cat 1st layer dah buat, tinggal cat kali kedua. Yg besar sekali nak kena buat awning + pergola + stor. Alhamdulillah. Mintak-mintak semuanya berjln dgn lancar. Amin...

Ada kaitan ke gambar di atas dgn rumah kami????.....

Saturday 20 November 2010

Terlalu sedih.....

Hari ini aku kehilangan kucing hitam kesayangan kami. Si hitam dah takde malam tadi ntah kerana sakit apa. Rasa sedih sangat sebab hitam sangat manja dgn kami... selalu menggeselkan kepala dan badannya kepada kami. selalu nak tidur dengan kami. selalu menjilat tangan kami ... satu2nya kucing betina yg kami ada... sedang bunting pulak tu... patut la dalam 3 hari ni, dia makin kerap nak bermanja dgn kami... nak tidur dgn kami... menggesel dgn kami... matanya selalu memandang tepat ke mata kami... rupanya dia nak bgtau kami yg dia nak pergi....

walaupun hanya seekor kucing, tapi aku sangat sedih dgn pemergiannya kerana aku menjaga makan minum, tidur baringnya dr sebesar jari... dia yg selalu menyambut aku dr kerja... sekrg dia dah takde....

Tuesday 16 November 2010

........



Allah permudahkan urusan hambanya yang membuang perasaan amarah itu...

Quote drp Fairladyshania:

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Tuesday 9 November 2010

Terluka.....

Hari ini hati ini sangat-sangat terluka dan berkecil hati. Benda kecil tapi sangat berkecil hati... bila hati telah retak... Apa pun bukan budak kecil yang nak sensitif sangat mengenai benda kecil - small matter. Let it go. Tahu dan sedar diri siapa kita di mata orang ... tiada makna dan tiada taraf. We know who we are. It's ok.

On the other hand the good news is........................................... SECRET.... SYYY... SYYY... Learn no need to share..... so don't share it...... life is so SIMPLE!

Saturday 6 November 2010

..........

Proses renovate rumah ni sungguh la mencabar kesabaranku. banyak kali cakap ngan kontraktor pun boleh menyakitkan hati jugak. lambatnya buat kerja.... ni baru renovate kecil-kecilan, kalau besar tak tahu lah mcm mana. dua tiga kali asyik cakap benda yang sama,tapi progressnya mcm siput bergerak... hai hati sabar lah kau...

semua tingkap memang dah dipecahkan. awning tingkap dah dipilih... awning depan rumah design lain sikit. tambah pergola kecik... lambatnya diorang ni buat...ish ish ish...

Wednesday 3 November 2010