Wednesday 21 December 2011

sambungan gambar Bangkok





Bangkok


Nak cerita sikit... Ari tu masa banjir di Thailand, me and my colleague kena gi bengkel di Bangkok. So ini ada few photos yang sempat di snap. Tak cantik mana pun...



Tahun depan bengkel ini bersambung di German pulak. Dan tahun 2013 pulak ke Vietnam...

Monday 12 December 2011

To My World ... The One and Only Daud Yacob






WHEN YOU TELL ME THAT YOU LOVE ME (Diana Ross)


I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do

I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

You love me
When you tell me that you love me

Tuesday 29 November 2011

Hidup di Kampung

Rindunya dengan kehidupan di kampung. Dulu2 masa sekolah teringin nak hidup di bandar pusat mencari rezeki. Sekarang dah bertahun2 hidup di kota besar ini, membuatkan rindu kepada suasana di kampung... begitu lah resam manusia hatinya selalu berubah-ubah....

Tuesday 15 November 2011

Blogger

Blog-blog ini memang akan selalu dilawati setiap hari bahkan boleh dikatakan setiap jam untuk membaca cerita-cerita dan menikmati gambar2 comel. Tak lengkap rutin harian tanpa menatap blog-blog ini:

KUCING TERBIAR DOT COM

KAKIMOTONG DOT COM

~ShomeyShayang~

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k...

rosmawatiyusof

meowwmania

Berkatalah TIDAK

Dalam hidup ini, kadang-kadang kita perlu berkata TIDAK untuk sesuatu yang kita tahu bersalahan atau tidak berpatutan dengan cara hidup dan prinsip kita. Keputusan TIDAK ternyata mengurangkan rasa susah hati dan serba salah. I feel so GOOD.....

Wednesday 12 October 2011

Kerongku sayang... pergi lah.. kami redha...

Pagi ni jam 6.30 am, di pagi yg hening... kerong telah pergi selama-lamanya dari kami... akibat di langgar kereta orang... sedihnya kami tak dapat dibendung... inilah takdir kerong kesayangan kami... walau hati ini berat sekali untuk melepaskanmu, namun takdir Allah mengatasi segalanya.... 3 tahun bersamamu penuh dengan momen2 manis...

kerong yg manja ....

kerong yg taiko ....

kerong yg suka kencing merata ....

kerong yg suka tidur ....

kerong yg dengar kata ....

kerong yg suka makan .....

kerong yg gagah perkasa ....

kerong yg suka bergaduh ....

kerong yg tak suka dikurung ....

kerong yang teratas dari segalanya....

kerong ... napa tinggalkan kakak.....


Monday 10 October 2011

...

Mengapa hati tidak boleh menjadi sesuci salju. Mengapa masih ada bintik-bintik hitam mewarnai hati itu. Mengapa '4M' masih dibuat? Mengumpat, Menyampah, Merungut, Mengeluh?

Let it go... nobody perfect... mengapa amarah yang jadi penilaian. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Tapi mengapa yang muda tidak tahu untuk menghormati yang tua? Adakah sebab yang tua juga tidak menyayangi yang muda? Akukah itu?

Maaf semuanya.... maaf kerana kadang-kadang amarah mengatasi segalanya... Meningkatnya usia sepatutnya meningkat jua kesabaranmu. Yang muda pula sabar lah... akan ada masa untukmu menonjolkan kehebatanmu.

Wednesday 5 October 2011

Saya Sayang Awak...



Saya sangat sangat sangat sangat sangat sayang sayang sayang sayang awak...

Kucing - kucing

Rasanya dari kecil memang family aku ada membela kucing-kucing. Cuma pada masa di kampung, rasanya adik-adik aku lagi rapat dengan kucing2 tu semua. Aku kurang rapat mungkin sebab masa tu lebih seronok menghabiskan masa menonton TV. Tapi yang pentingnya kami sekeluarga memang sudah biasa ada kucing di dalam rumah.

Bila aku sudah menetap di rumah sendiri ni, kesukaan membela kucing tiba-tiba datang. Aku mula betul2 membela kucing lebih kurang 3 tahun yang lalu semasa berada di rumah atas. Masa tu ada seekor ibu kucing (rupa-rupanya ibu kucing ini kepunyaan jiran aku) hendak beranak. Bila dia beranak di stor rumah, maka bermula lah episod pemeliharaan kucingku. Semuanya bermula dengan 3 ekor anak kucing (ibunya meninggalkan rumahku dengan meninggalkan anak2nya). Kerong, Gen2 dan Hitam menjadi kesayanganku. Makan minum, kencing berak semua dijaga seadanya. Suamiku pun suka kucing, jadi tiada masalah untuk membela mereka.

Sekarang ini rumah kecil kami di corner lot penuh dengan 10 ekor kucing. Dan sekarang bertambah lagi dengan 10 ekor babies kucing. Babies ni dari 2 ekor ibunya. harap2 babies ni sumer sihat-sihat hendaknya. Sepanjang di rumah kecil ini dah banyak kucing-kucing kami yg mati disebabkan kemalangan dan penyakit. Ada juga yang menghilangkan diri. Saat-saat kehilangan mereka sangatlah memeritkan. Aku pernah menangis seharian merapati pemergian mereka. Tapi itu lah... ajal maut di tangan Tuhan. Babies mungkin ada dalam 14 ekor yang semuanya dikebumikan di sekeliling rumah kecil kami. Babies mati disebabkan penyakit. Kitten akan gagal hidup sekiranya tiada ibu yang menyusukannya. Penyakit seperti selesema juga antara penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Kadang-kadang kami sudah berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan mereka dengan semestinya membawa mereka berjumpa Vet tetapi sesungguhnya kematian tidak dapat ditahan.

Kami bina rumah kucing supaya mereka terkawal di dalamnya semasa kami keluar bekerja. Hanya Kerong dan Celoreng sahaja dilepas bebas kerana kami yakin mereka berdua mampu menjaga diri mereka selama 8 jam kami di pejabat. Apabila malam, mereka akan tidur di dalam rumah. Ada yang akan tidur di dalam bilik tidur kami berkongsi katil dengan kami. Setiap hari jam 5.00 pagi mereka akan mula buat bising kejutkan kami. Ada yang tidur di dalam bakul yang disediakan, rumah kain kucing, dalam almari Astro, atas almari, bantal besar, bawah katil, bilik air etc di mana-mana sahaja yang mereka suka. Apabila kami ada, baru lah mereka dilepas bebas dengan pemerhatian kami.

Alhamdulillah rumah kami corner lot jadi tidak menganggu jiran tetangga dengan kucing2 kami. Tapi taman ni pun memang banyak kucing sbb kejiranan kami pun memang ramai yang membela kucing.

Aku harap semua manusia di bumi tidak membenci kucing atau binatang2 lain kerana mereka pun makhluk Allah juga. Seperti kucing tidak lah menyusahkan manusia sebenarnya. Mungkin bila mereka lapar yg kadang2 menyebabkan mereka mengambil makanan manusia. Sedekahlah makanan kepada kucing kerana rezeki akan melimpah ruah kepada anda. Akan ada rezeki untuk kucing2 semua.

Jikalau ada yg tidak suka dengan kucing, mungkin mengunjungi rumah kami adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan sebab kalau ke rumah kami, memang penuh dengan kucing2 berkeliaran bermain kejar-kejar dan melompat-lompat di dalam rumah. Makanan + air mereka juga ada di setiap sudut. Anda tidak suka tidak mengapa tetapi kami sangat sayangkan mereka. Mungkin membela mereka agak memenatkan tetapi alah bisa tegal biasa? Sofa memang dibeli untuk kegunaan mereka mencakar kuku. Kerusi kayu sahaja yg jadi kerusi tuan rumah. Sofa baldu adalah untuk si kucing. Hehehehe.....

HIDUP KUCING UNTUK NEGARA???
Pandanglah hidup ini dengan hati dan mata yang bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Yang terbaik itu adalah apa yang menjadi rezeki kita. Bersyukur.... bersyukur... dan bersyukur. Kehilangan itu lumrah kerana suatu hari nanti kita juga akan hilang dari pandangan bumi ini.

Laman akan mekar dan kehijauan apabila kita inginkan begitu. Kalau dibiarkan kontang, memang akan kontang lah lamanmu. Tiada orang lain yang sudi menyuburkan tamanmu melainkan dirimu sendiri.

Segalanya menjadi indah bila kita menyukainya. Buruk di mata orang belum tentu buruk di mata kita. Yang buruk itu lah kesayangan kita. Kesayangan orang jangan pula kita ambil.

Thursday 22 September 2011

Up Date

Hari ke 3 (14 September 2011)

Naik RM 0.70 = RM 1.70

Hari ke 4 (15 September 2011)

Turun balik RM 0.50 = RM 2.20

Hari ke 5 (16 September 2011)

Maintain RM 0.50 = RM 2.70

Hari ke 6 (17 September 2011)

Maintain RM 0.50 = RM 3.20

Hari ke 7 (18 September 2011)

Maintain RM 0.50 = RM 3.70

Hari ke 8 (19 September 2011)

Naik RM 0.70 = RM 4.40

Hari ke 9 (20 September 2011)

Maintain RM 0.50 = RM 4.90

Wednesday 14 September 2011

Hari ke 2 (13 September 2011)

RM 1.00 - masih byk kekurangan diri

Monday 12 September 2011

Pencarian RM 2,000.00

Pencariannya bermula hari ini... apakah yang bakal dicapai? kemampuan diri, ketahanan fizikal dan mental?
Ia lebih kepada pencarian diri sendiri... Tekad dan nekad??? Semoga berjaya!

Hari Pertama - 12 September 2011/14 Syawal 1432

RM 0000.50

Wednesday 7 September 2011

Friday 12 August 2011

Nak letak jugak benda ni.....



Lagi gambar masa di KK













Gambar lama... mereka... suka!











Hidup ini Indah...


Dalam beberapa bulan ni banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah! Pahit, manis, masin, masam, kelat etc ... tp semuanya menarik dan indah! Rencah dalam kehidupan. Aku marah, merajuk, ketawa, senyum, nangis, jerit... semua ada... dan semuanya seronok untuk dikenang!

Hari raya dah tak lama lagi... dan banyak benda nak dibuat... bila nak dok diam ni? huh! mana boleh dok diam... pompuan mcm ni la... ada saje benda yg dia nak buat... banyak sgt benda yang nak dipikirnya!

Enjoy your Life!

Semasa di KK beberapa bulan yang lalu...




Ketenangan...



Jom balik kampung ... raya!




Fav majalah... dari dulu hingga kini dan selamanya...

Friday 15 July 2011

This is life...

Kita tidak boleh patah semangat walau kesedihan tiba-tiba bertandang di dalam hidup kita.. hidup mati adalah ketentuan Ilahi...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap manusia.

Aku teruskan hidup dan akan sentiasa berbakti kepada yang memerlukan... Penat, lelah dan letih tetap akan berlaku... tetapi semangat dan usaha perlu diteruskan. Hidup kita, kita yang tentukan sendiri... Allah jua tempat bersandar... Keampunan Allah jua yang diikhsankan. Aku mohon kuat untuk meneruskan apa yang aku percaya...Berikan kesabaran yang tinggi untuk menempuhinya... kalau aku percaya... maka aku boleh lakukannya!

Notes: Ayah.... akan terampunkah dosa seorang anak ini... Jasad yang tiada ..7 Julai 2011 ... ingatan tetap segar ... doa akan sentiasa mengiringimu....

Hitam, 2 Kenits, the rest bulus - Rest in peace... makam berselerakan di halaman....

Aku bahagia dengan pilihanku....! Dan kau tetap disisi malah di hadapanku menarik ku ke atas puncak jaya! Usaha perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan!

Wednesday 15 June 2011

Ada adik tu kata k yam, pemarah tu tandanya tak bersyukur kpd Allah.....

Tuesday 14 June 2011

Hari ini..

Mengapa masih lagi berbuat dosa ? Keimanan setipis kulit bawang... begini lah jadinya...

Sunday 12 June 2011

Tentang mereka lagi...

Dah 3 minggu ibu tumpang melahirkan 4 anak... 2 mlm lepas cleopatra pulak beranak 7 anak lg... so sekrg ni penghuni rumah kecil ini dah jadi 22. weh ramai sungguh ni. Tapi takpa tetap ada ruang untuk semuanya.... Insyallah moga Allah permudahkan semuanya.... Amin...

Friday 10 June 2011

So happy today.... smile....

........

aku tahu apa yg anda-anda buat/cakap di belakang aku... tp aku malas nak bising2.... pura2 je ler....

Thursday 9 June 2011

........

study kena hard... work pun kena hard jugak.....

Wednesday 8 June 2011

... Istiqamah.....

.....

Senyum... tak perlu kata apa-apa .... senyum!

Friday 3 June 2011

Gembira...

Hari ini aku buat sesuatu yg dah lama aku rancang tp belum tertunai. Akhirnya hari ini aku berjaya melakukannya selepas mendapat izin suami. Dan bila sampai ke pejabat, ada lg berita lain yg menggembirakan. I was nominated for something... something good... hehehe. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki insyallah ada la....

Thursday 2 June 2011

Bangun Pagi...

Hei selamat pagi. hari ini kakak lambat bangun... kul 6.00 pagi. biasa kakak bangun jam 5.00 pagi. kena bangun pagi sebab perlu masa nak siapkan makanan 'diorg' semua tu. oh! putih yg baik hati telah berjaya mengejutkan kakak pg tadi. kalau putih tak kejutkan alamaknya dah tentu la kakak bangun jam 7.00 pagi gamaknya. Putih garu2 kepala kakak dan cuit2 muka kakak... tu yg buat kakak terbangun. memang kenit 5 bersaudara ni tak boleh harap.... syok tidur kat kaki kakak, kiri kakak, kanan kakak. share selimut kakak ngan abang ye. Gen2 pun sama seronok asyik tidur kat atas kain baju... putih jugak la yg baik ati cepat2 kejutkan kakak. TQ putih.... sayang putih... dan kenit 5 dan Gen2!...

Wednesday 1 June 2011

...

.... semenjak aku tahu ada 'org opis' dok 'bercerita' pasal aku kat belakang, aku dah malas nak ambik tahu hal opis... biar la... mungkin pandangan dan penilaian aku tak sama dgn 'diorg'... hmm...hmm...life is just simple!...

Thursday 26 May 2011

Sekali lagi.... Terlalu sedih....

... sekali lagi aku perlu berhadapan dengan takdir ini... ketentuan Ilahi... semalam sekitar jam 7.00 ptg aku kehilangan seekor anak kucingku yang dilanggar oleh sebuah van sekolah. waktu itu dia si kenit 6 terlalu excited bermain dengan 5 ekor adik beradiknya lalu berlari keluar dr pintu pagar rumah. tak disangka van sekolah yg dipandu laju terus melanggar si kenit 6. dia yang sihat gebu cedera teruk di kepala. kejadian ini berlaku terlalu pantas dalam sesaat sahaja. suamiku tidak sempat mengejar si kenit 6. pemandu van itu memohon maaf kerana dia tidak nampak si kenit melintas. seharian menangis tidak dapat mengembalikan si kenit. pusaranya dibina di hujung laman di bawah pokok rambutan... hai hati tabah lah....

Monday 23 May 2011

Lagi tentang mereka..



Gambar atas ini kunyit dan putih masa kecik... masa diorg kat jalanan...

Gambar bawah pulak kunyit dan putih sekrg.... dah besar kan?



Rumah Kucing



Taraa!! ini lah rumah kucing nya. Biasa2 je tp boleh la nak dok tidur baring dgn selesanya di dalam tu. Diorg dok kat rumah ni bila ada tetamu kat dalam rumah kami. Ye la, takut ada tetamu kami yg tak suka kucing atau tak biasa dgn kucing. So diorg kena la dok dlm rumah kucing ni. atau bila kami rasa diorg perlu dok dlm rumah ni, kami akan hantar la diorg masuk ke sini....

Makanan Kucing2ku...






Hari ni suka sangat sebab semalam dan tahu jenis makanan yang sesuai untuk kucing2ku (yg 12 ekor tu!). Semalam dah buat dan semua kucing2ku sangat suka dengan makanan itu. Senang hati sebab makanan tu lebih economic, mudah disediakan, berkhasiat dan sedap pula! Yeay!!! Harap2 lepas ini kucing2ku akan bertambah2 lg sihat dan aktif.

Semalam semasa kenduri kahwin kat taman, jiran2 dok pakat tanya 'apa benda rumah putih kat rumah kamu tu'. Aku bgtau la 'itu rumah kucing (10 x 8 kaki)utk 12 ekor kucing kami'. Ibu kucing kami pun tgh tunggu hari nak bersalin. Dgn penambahan anak2 nanti, memang perlukan rumah kucing. Diorg pun cakap 'ada dengar2 kata yam + daud pelihara kucing'. Ada sorang Pak Lebai tu kata 'lepas ni boleh la kami hantar anak2 kucing yg baru lahir tu ke rumah korang sebab ada rumah utk kucing'. wah wah diorg ni. Ambik kesempatan betul. Kalau dah semua kucing2 dihantar ke rumah aku, kucing2 aku sendiri nak dok mana? Ambik la inisiatif konsep sebuah rumah (rumah orang y)seekor kucing. Jadi takde la ramai kucing2 terbiar di jalanan. Kesian kat kucing2 tu semua..... Aku bela kucing pun secara kebetulan je. Sebab kucing2 tu dtg rumah kami. Ada yg diambik di kedai2 depan rumah sebab kesian tengok sakit dan tak terurus. Yg kittens tu sebab ada yg terpaksa buang sebab ruang Aprtment yg tidak mengizikan. Sesiapa yg ada rumah besar, ada maid, ada org kat rumah 24 jam, boleh la ambik bela kucing2 ni. Sayang kucing tak luak apa2 pun dlm hidup kita. Hidup kucing untuk negara!

Friday 22 April 2011

Gambar lagi....suka!









ok la semua ni sebagai kenang-kenangan....