Friday 15 July 2011

This is life...

Kita tidak boleh patah semangat walau kesedihan tiba-tiba bertandang di dalam hidup kita.. hidup mati adalah ketentuan Ilahi...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap manusia.

Aku teruskan hidup dan akan sentiasa berbakti kepada yang memerlukan... Penat, lelah dan letih tetap akan berlaku... tetapi semangat dan usaha perlu diteruskan. Hidup kita, kita yang tentukan sendiri... Allah jua tempat bersandar... Keampunan Allah jua yang diikhsankan. Aku mohon kuat untuk meneruskan apa yang aku percaya...Berikan kesabaran yang tinggi untuk menempuhinya... kalau aku percaya... maka aku boleh lakukannya!

Notes: Ayah.... akan terampunkah dosa seorang anak ini... Jasad yang tiada ..7 Julai 2011 ... ingatan tetap segar ... doa akan sentiasa mengiringimu....

Hitam, 2 Kenits, the rest bulus - Rest in peace... makam berselerakan di halaman....

Aku bahagia dengan pilihanku....! Dan kau tetap disisi malah di hadapanku menarik ku ke atas puncak jaya! Usaha perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan!