Thursday 26 May 2011

Sekali lagi.... Terlalu sedih....

... sekali lagi aku perlu berhadapan dengan takdir ini... ketentuan Ilahi... semalam sekitar jam 7.00 ptg aku kehilangan seekor anak kucingku yang dilanggar oleh sebuah van sekolah. waktu itu dia si kenit 6 terlalu excited bermain dengan 5 ekor adik beradiknya lalu berlari keluar dr pintu pagar rumah. tak disangka van sekolah yg dipandu laju terus melanggar si kenit 6. dia yang sihat gebu cedera teruk di kepala. kejadian ini berlaku terlalu pantas dalam sesaat sahaja. suamiku tidak sempat mengejar si kenit 6. pemandu van itu memohon maaf kerana dia tidak nampak si kenit melintas. seharian menangis tidak dapat mengembalikan si kenit. pusaranya dibina di hujung laman di bawah pokok rambutan... hai hati tabah lah....

Monday 23 May 2011

Lagi tentang mereka..



Gambar atas ini kunyit dan putih masa kecik... masa diorg kat jalanan...

Gambar bawah pulak kunyit dan putih sekrg.... dah besar kan?



Rumah Kucing



Taraa!! ini lah rumah kucing nya. Biasa2 je tp boleh la nak dok tidur baring dgn selesanya di dalam tu. Diorg dok kat rumah ni bila ada tetamu kat dalam rumah kami. Ye la, takut ada tetamu kami yg tak suka kucing atau tak biasa dgn kucing. So diorg kena la dok dlm rumah kucing ni. atau bila kami rasa diorg perlu dok dlm rumah ni, kami akan hantar la diorg masuk ke sini....

Makanan Kucing2ku...






Hari ni suka sangat sebab semalam dan tahu jenis makanan yang sesuai untuk kucing2ku (yg 12 ekor tu!). Semalam dah buat dan semua kucing2ku sangat suka dengan makanan itu. Senang hati sebab makanan tu lebih economic, mudah disediakan, berkhasiat dan sedap pula! Yeay!!! Harap2 lepas ini kucing2ku akan bertambah2 lg sihat dan aktif.

Semalam semasa kenduri kahwin kat taman, jiran2 dok pakat tanya 'apa benda rumah putih kat rumah kamu tu'. Aku bgtau la 'itu rumah kucing (10 x 8 kaki)utk 12 ekor kucing kami'. Ibu kucing kami pun tgh tunggu hari nak bersalin. Dgn penambahan anak2 nanti, memang perlukan rumah kucing. Diorg pun cakap 'ada dengar2 kata yam + daud pelihara kucing'. Ada sorang Pak Lebai tu kata 'lepas ni boleh la kami hantar anak2 kucing yg baru lahir tu ke rumah korang sebab ada rumah utk kucing'. wah wah diorg ni. Ambik kesempatan betul. Kalau dah semua kucing2 dihantar ke rumah aku, kucing2 aku sendiri nak dok mana? Ambik la inisiatif konsep sebuah rumah (rumah orang y)seekor kucing. Jadi takde la ramai kucing2 terbiar di jalanan. Kesian kat kucing2 tu semua..... Aku bela kucing pun secara kebetulan je. Sebab kucing2 tu dtg rumah kami. Ada yg diambik di kedai2 depan rumah sebab kesian tengok sakit dan tak terurus. Yg kittens tu sebab ada yg terpaksa buang sebab ruang Aprtment yg tidak mengizikan. Sesiapa yg ada rumah besar, ada maid, ada org kat rumah 24 jam, boleh la ambik bela kucing2 ni. Sayang kucing tak luak apa2 pun dlm hidup kita. Hidup kucing untuk negara!