Wednesday 24 September 2014

Veterinar

Ini adalah kali terakhir aku ke Klinik Veterinar. Selepas ini aku tak akan ke sana lagi. Aku rasa diorg tidak merawat kucingku dengan baik. Sock telah pergi petang ini jam 4.00 ptg.

Selepas ini aku akan menjaga dan merawat kucing-kucingku dengan caraku sendiri. Noktah!

Klinik Veterinar

Kadang-kadang tak boleh percaya dengan cara perubatan veterinar. Tambah kalau budak vet baru. Kucing tak bertambah sihat. Makin lemah pulak jadinya... Kena rawat sendiri nampak gayanya...

Monday 22 September 2014

Biar gambar berbicara - ini sebahagian dari mereka sahaja









Bidan Terjun

Malam tadi jadi mak bidan memotong tali pusat 5 anak-anak Chiko kerana terbelit di perut dan kaki memasing. Yang kesiannya yang paling kecik telah mengalami kecacatan kaki kerana belitan tali pusat yang sangat kuat. Hampir sejam aku berusaha memotong tali pusat mereka. Nak dibawa ke veterinar jam sudah pukul 9.30 malam. Rupanya tali pusat ni sangat kuat dan sukar diputuskan. Kena berhati-hati membuat keputusan memotong supaya tidak ada yang tercedera. Ya Allah, harap anak-anak ini umurnya panjang. Ameenn.

Thursday 18 September 2014

Penat

Kadang-kadang rasa penat sangat bila perlu menyemak kerja-kerja orang lain dan selaraskan. Yang memenatkan itu apabila kesalahan yang sama berulang. Adakah mereka tak pernah ambik port pun kesalahan dulu atau memang tak pernah ambik kisah sebab memang ada orang lain (aku) yang akan menyemaknya semula? Adakah ini sememangnya attitude generasi baru yang memang malas untuk membaca atau menggunakan otak sedikit? Grrr.... Sabar... sabar...

Wednesday 17 September 2014

Blakie...

Blakie masih belum pulang. Kucing yang paling cerdik dan cool. Badan besar dan bagak. Sekali jeling semua kucing lain takut. Blakie tak pernal jalan jauh-jauh. Hanya sekitar sebelah rumah, dan pasti akan pulang ke rumah. Blakie suka duduk atas pangku. Blakie selalu teman aku menyidai kain kat belakang rumah, atau temankan aku ke lorong belakang rumah cari kucing. Blakie faham bahasa aku bila suruh ikut aku. Blakie suka makan ayam dan ikan.

Jenuh aku mencari keliling taman perumahan ini, namun masih belum jumpa...

Kalau ada rezeki lagi Blakie akan bersama aku lagi... Kalau tak ada rezeki, setakat itu sahaja kenangan yang ada...Aku doakan yang baik-baik sahaja.

Tuesday 16 September 2014

Blakie

Blakie masih belum balik-balik sejak dari Maghrib Ahad. Risau sungguh dengan Blakie ni. Ke mana lah si Blakie ni pergi. Selama ni Blakie tak pergi ke mana mana. Jenuh aku keliling taman ni cari Blakie, tapi hampa..... aku hampa....

Monday 15 September 2014

Mandulkan Kucing

Mengikut Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus (tidak haram) sekiranya kita mandulkan kucing dengan niat untuk mengelakkan pembiakan yang banyak yang akan memudaratkan masyarakat setempat. Ada pula fatwa lain mengatakan haram kerana ia menentang hukum biologi binatang yang telah ditetapkan Allah.

Di Jepun ada beberapa pulau (dalam pengetahuan ada 2 buah pulau) yang dipenuhi kucing sehingga dinamakan pulau untuk kucing. Persoalan di fikiran aku, adakah mereka memandulkan kucing di pulau ini? Sebab ada banyak kucing di sini. Kalau nak dimandulkan tentulah memakan kos yang bukan sedikit.

Aku pernah mandulkan beberapa kucingku dengan niat tidak mahu ada pembiakan yang tidak dapat dikawal nanti. Tapi sekarang aku tidak lagi memandulkan mana-mana yang ada selepas kejadian seekor kucing betinaku mati selepas dimandulkan... Ekor Panjang dalam kenangan... Aku kawal dengan mengurung asingan mereka antara jantan dan betina. Akan dilepaskan bermain di laman secara berkumpulan batch by batch.  Aku serahkan kepada Allah Taala takdir bagaimana, selepas berusaha mengelakkannya.

Rezeki itu biar berkat

Ya Allah, rezeki itu biar berkat. Ameen.

Pelaburan Hartanah

Aku quote ni daripada sebuah forum...

"hukum membeli hartanah dengan niat menjual semula untuk mendapat keuntungan adalah harus. Namun jika urusniaga berkenaan dibuat secara menindas dan menafikan hak orang lain yang memerlukan maka hukumnya adalah haram. Ini kerana cara urusniaga tersebut dilakukan secara monopoli. Sistem ini diharamkan dalam Islam kerana ia menindas dan menganiayai hak orang lain. manakala menjual barangan dengan harga yang tinggi dengan keredhaan (pembeli dan penjual) adalah harus. Ia tidak dikira riba kerana riba dinilai dari sudut pinjaman atau caj lebihan di sebalik sesuatu urusniaga yang dilakukan. Justeru, Tuan/puan dinasihatkan supaya meninggalkan urusniaga berkenaan kerana rezeki yang diperolehi dari unsur yang haram walaupun banyak pasti tidak ada keberkatannya. Wallahua’lam."

Daripada dulu aku memang anti dengan pelaburan hartanah yang menindas golongan miskin/bawahan. Sebab itu sehingga kini aku masih belum membeli rumah sendiri. Nak kumpul duit sedikit demi sedikit dan kemudian baru buat rumah.

Berniaga

Kalau nak berniaga, mesti ada sifat jujur. Jujur dengan produk dan jujur dengan pelanggan!

Delete list friends dan follows di FB

Hari ni sambil-sambil buat kerja, sambil mendelete friends dan followers di FB sebab tidak suka dengan bahasa yang mereka gunakan. Aku memang banyak follows mereka yang cats rescuer atau pencinta kucing. Tapi kalau sudah tidak pandai menggunakan bahasa yang lebih elok dan suka menegakkan benang basah, terpaksa lah ambik tindakan unfollow mereka. Hati pun tak sakit. Ala diorg pun tak kisah unfollow  diorg.

Gambar atas ... Kerong dalam kenangan...

Thursday 11 September 2014

Bandingkan

Bandingkan pula dengan rumah miskin

Jadinya, syukur lah dengan rumah yang ada. Ada juga rumahnya tegak berdiri berbanding dengan orang yang kadang-kadang tidak punya rumah pun.

Rumah Kecik

Satu lagi rumah comel.


Rumah Kabin

Sekarang ni suka pulak dengan rumah kabin yang comel je













Sebab berdua je kan, jadi sangat comel la rumah kabin nih. Cumanya di Malaysia ni kan cuacanya panas je, macam tak sesuai lah pulak dengan bentuk rumah kabin.

Hachiko






Aku suka dengan filem lama ni. Pernah ada kucing bernama Kerong yang seperti Hachiko. Begitu la kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati... patah tumbuh hilang berganti.

Dunia utamaku hanyalah opis, suami, rumah, kucing dan rumah kucing. Yang lain-lain tu hanya sekali sekala.

Rupanya ramai yang kehidupannya hanya begitu... rutin yang sama.. laluinya juga dengan senyum... kerana kita seronok dengan semua itu. Agaknya bila kita sudah mencapai umur 40 tahun, tiada lagi kita terkejar-kejar dengan impian tak pasti. Kita mula ingin membuat apa yang kita suka buat selama ini. Lebih pedas berkata-kata kerana sudah banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Sudah banyak asam garamnya. Sudah ada semua yang kita rasa perlu. Tak mahu cari-cari benda yang tidak perlu.

Suka dengan kehidupan sendiri!

Kecil Hati

Aku memang setahun dua ini kecil hati dengan kawan-kawan UiTM. Sementelah bila aku dikhabarkan apa yang mereka umpatkan pasal aku di belakang aku. Sebab itu aku mengambil sikap berdiam diri saja. Apa lagi yang mengata aku tu sebenarnya di kalangan kawan-kawan yang dikatakan agak rapat dengan aku. Tapi tak apa lah, lupakan saja. Itu belum lagi dikira aku terasa sesuatu yang hambar bila berbual dengan mereka. Bagai ada sesuatu yang tak kena...

Kalau nak kira aku kecil hati dengan orang lain, orang lain pun boleh kecil hati dengan aku juga. Jadi sama- sama saja lah. Sebab itu aku kata lupakan saja. Aku pun buat silap juga. Agaknya lagi silap daripada mereka.

'Mr. Google'

Gemuk

Setiap kali berjumpa seseorang yang dah agak lama aku tak jumpa, mesti diorang akan kata 'akak dah makin gemuk ye... tak apa la orang senang hati tentu la gemuk'... aku senyum je. Memang aku dah gemuk sekarang ni, badan dan muka makin dipam-pam. Tak tahu silap di mana. Sudah tentu la sebab makan banyak. Selera tengah nak ada ye, makan je lah.

Bulan ini dan bulan seterusnya akan cuba untuk berkata-kata sesuatu dalam blog ini setiap minggu. Ini cara untuk menzahirkan apa yang dirasa supaya boleh dibaca semula suatu hari nanti bila sudah tua. Sudah tentu bukan untuk tinggalan anak-anakku kerana rezeki yang satu tu mungkin jauh lagi untuk kami miliki. Tak apa, kami tak apa-apa pun. Sedih tidak, kecewa pun tidak, biasa-biasa saja.

Tak ada apa-apa

Semalam terjumpa blog yang pada aku sangat menarik kerana berkaitan dengan kehidupan dan impian aku. Blog ini memberi inspirasi kepada aku untuk bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang... macam biasa la... pasal tempat kerja.

Memang susah untuk kita jumpa dengan kerja yang bersesuaian dengan jiwa kita sementelah kita pulak bukan orang kaya-kaya yang boleh buka perniagaan atau buat pekerjaan apa saja dengan mudah. Kita nak berniaga pun kena fikir nak cari modal dan barang perniagaan yang nak dijual.

Apa-apa pun semua impian yang kita hendak capai mesti bermula dengan satu langkah, baru lah kejayaan boleh mengekori kita. Selagi tak dicuba kita tak akan tahu keupayaan kita.

Beruntung mereka yang mempunyai bakat dan kemudiannya digilap untuk dijadikan mata pencarian. Seperti orang yang pandai menjahit, bertukang, melukis, menulis, berkebun dan sebagainya. Bekerja pejabat ni sungguh membosankan. Tapi kalau dah itu sahaja rezeki kita, bersyukur sahaja!

Aku minat dengan buku-buku dan majalah tapi rezeki bukan terarah kepada itu.

Banyak perkara nak dibuat dalam hidup ini. Rancang dan laksanakan langkah demi langkah. Senyum lah...