Thursday 17 July 2014

Ramadhan...


Dah hujung-hujung sut bulan puasa ini, badan terasa begitu letih sekali...
Traffic jem yang makin menggila setiap hari...
Hilang modal idea nak masak resepi apa...
hmmm..

Friday 11 July 2014

Kampung

Selalu rasa rindu kat kampung... tempat jatuh lagi di kenang kan?

Thursday 3 July 2014

Berhenti Kerja Kerajaan

Semenjak dah masuk umur 40 tahun ini, telah berkali-kali aku memikirkan rancangan untuk berhenti kerja kerajaan, walaupun baru 6 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan. Banyak perkara perlu dipertimbangkan apabila hendak berhenti. Hakikatnya aku merasakan tidak lagi seronok bekerja dengan kerajaan. Sudah tidak ada feel. Mungkin juga tempat kerja ini yang sudah tidak best atau aku ini sendiri yang sudah membosankan! Bukan semudah itu hendak berhenti dengan niat yang telah ada di hati. Perlu berfikiran rasional dan menjangkakan apa yang akan berlaku kelak. Kenapa masih tidak berani untuk berhenti? Rasanya kerana diri sendiri tidak percaya dengan rezeki Allah agaknya. Kedhaifan diri. Diri masih takut dengan bayang-bayang bahawa hanya kerajaan yang mampu memberi pendapatan selamat padahal di muka bumi ini masih banyak ruang untuk mencari rezeki asalkan rajin berusaha.  Agaknya sebab sudah terbiasa dengan comfort zone? Tak berani melangkah ke dunia luar? Terasa tiada sumbangan kepada masyarakat pun apabila bekerja di sini. Semuanya terasa hambar dan kosong. Dengan dasar dan polisi serta keputusan pihak atasan yang rasanya tidak menjaga kebajikan pelajar dan ibu bapa serta orang awam, terasa seperti melakukan kerja yang sia-sia. Tiada makna! Kadang-kadang tertanya-tanya apa tujuan semua ini dilakukan kalau ia akhirnya tidak mendatangkan faedah? Dengan terkejar-kejar dari pagi hingga ke petang, ke mana semua ini pergi?


Tanyalah mana-mana isteri-isteri atau ibu-ibu pasti kebanyakan akan mengiakan lebih betah duduk di rumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Pilihan bekerja perlu dibuat atas tuntutan kehidupan zaman sekarang dengan perbelanjaan yang meningkat setiap tahun. Dengan hutang sana sini yang perlu dilunaskan setiap bulan, ramai terpaksa membuat pilihan bekerja.

Sekiranya pilihan berhenti kerja dibuat, beberapa perancangan perlu dibuat setelah dikaji dengan sebaiknya. Perlu ada perancangan apa yang akan dibuat selepas berhenti. Kerja apa yang akan dibuat untuk mendapatkan pendapatan. Apa kebolehan diri yang boleh digunakan yang boleh mendatangkan kebaikan.

Apa yang boleh dibuat adalah berdoa kepada Allah semoga dapat memberi petunjuk tindakan dan pilihan mana yang lebih baik. Bersabar di Ramadhan yang mulia.......

Fatimah Saidin

Aku juga menggemari karya Fatimah Saidin. Buat masa ini cuma ada 2 buah koleksi sahaja:





Korban Kasih adalah yang paling best dan telah diulang cetak berkali-kali.

Wednesday 2 July 2014

Novel Hartini

Aku paling sayang novel Hartini karya Aziz Afkar ini. Nasib baik aku beli dulu-dulu. Masih elok dalam simpananku. Sudah berapa kali khatam buku ini. Terbitan tahun 1994. Aku sudah lupa tahun berapa aku beli buku. Tiap kali Pesta Buku Antarabangsa, pasti aku bertanya sama ada buku ini ada dalam simpanan Creative Enterprise. Jawapan standard mereka setiap tahun '..tiada..'. Sebab aku mahu membeli senaskah lagi untuk simpanan. Aku google mudah.my. Ada yang jual tetapi harganya walla RM180.00! Mahalnya. Tapi kalau suka dan memang tiada dalam koleksi, berbaloi beli walau dengan harga mahal! Oh ye perpustakaan tempat kerja aku pun ada menyimpannya.


Jibam

Aku ada beli buku ini...






Gambar ni dari Mr. Google tetapi memang aku ada beli buku ini tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa, belum baca lagi. Terus teringat kisah OKU adik Firdaus... Sedih...Tak mampu nak komen banyak-banyak.

Me 2014

Ni gambarku tahun 2014. Sangat la debabnya... mengalahkan husbandku.



Pelbagai Rekabentuk Rumah Kucing

Dari Mr. Google


Doaku



Ada seseorang menghantar puisi ... mungkin boleh dijadikan renungan bersama ...


Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkahlaku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghdapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...

~~~~~Hanya dirimu yang lebih mengenali dirinya... ~~~~~~


-->

??




So cute.. maksudnya??....

Rumah Kami...


Ini lah rumah idaman kami.... ada kucing merayau-rayau, ada pokok memenuhi laman...

This is life (2) - kucing saya

Mana gambar kucing saya nih

Kata Orang

Baru-baru ini seorang kawan ada bagitahu aku yang dulu-dulunya aku pernah diumpat @dikata??? (atau yang sewaktu dengannya) di kalangan kawan-kawan di UiTM dulu yang aku ini 'berlagak' sewaktu hendak berkahwin dan semasa awal perkahwinan. Dan kalangan kawan-kawan itu mungkin adalah kawan-kawan baikku? What should I response to this??? hmmm.....

Kadang-kadang kawan yang kita anggap baik mungkin sebenarnya tidak pernah pun mengganggap kita ini adalah kawan baik. Mungkin sekadar di pinggiran sahaja. Sebab itu ada pepatah kata 'kawan makan kawan'. Susah mencari kawan yang senada dengan kita. Bila nada dan irama mula berlainan dan tidak sekata, haluan pun mungkin sudah bercapang-capang. Masing-masing ada pilihan dan tiada paksaan dalam berkawan. Berkawan lah seadanya mengikut perasa yang bersesuaian. Matlamat dan kehendak kita tak sama. Ada yang suka bergaya, bermegah, menunjuk, sombong dengan apa yang ada. 'Kemewahan' ada di mana-mana. Tiada siapa yang tahu di hati. Tiada yang pelik. Cinta juga tak pelik kan!

This is life (1) - Cinta

Memang aku seorang yang mengagungkan cinta. Cinta itu suci, hadir dalam diri kerana kurniaan Allah dan kerana kita manusia yang memupuknya. Kita menyintai bukan kerana rupa fizikal, harta, pangkat atau yang sewaktu dengannya. Kata orang hidup tidak boleh berlandaskan cinta semata-mata. Kalau dalam perkahwinan, cinta tanpa wang tiada maknanya, akan berantakan jua. Wahai, aku yang merasainya penuh percaya cinta lah yang boleh mengubah segalanya. Cinta lah yang memberi kekuatan dan semangat untuk kita menghadapi cabaran dan dugaan. Kerana cinta, kita sanggup menerima kelemahan seadanya, meneruskan penghidupan dengan penuh rela dan redha. Sungguh wang bukan segala-galanya hingga cinta tiada makna. Cinta tiada bertepi. Cinta itu ada, wujud, kekal selagi akal fikiran waras mengawasinya. Kerana cinta, kemiskinan itu menjadi sangat manis!

Aku lah sang pencinta itu!




This is Life

Banyak orang, banyak la ragamnya. nobody perfect! Ubatnya adalah sabar....