Tuesday 31 March 2015

Cerita Laut Tuan Kucing

Lirik Lagu Kembara - Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung...Mimpi tentang untung
Bibit hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan...Ada balasannya

Mega mendung...Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak hidup sesat haluan
Sang mentari terlindung...Pantai tak kelihatan
Tawar kau jalan akhirnya...

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan



Cerita Kucing Tuan 1

Belacan masih belum balik... Tidak tahu ke mana... Tapi rasanya masih berkeliaran di taman ini. Agaknya dia masih belum puas melihat dunia luas, mencari partner berkenan di hati. Tak apa lah, nanti kami pergi cari dia esok-esok...

Kitten kecik sudah tidak ada semalam. Serangan virus cirit birit. Kami tak pandai jaganya agaknya... Bungkam, sedih, sesal ... tak tahu nak kata apa...perasaan yang sama selalu...

Cerita Kartun Kucing

Ini adalah koleksi kartun oleh Emit Ahmad Nazri Mahmood. Saya suka!













Monday 30 March 2015

Cerita Tanah Tuan Kucing

Lagu Johari Teh
Tanah Sebidang

Hanya dialah sendirian meneruskan usaha
Peninggalan orang tuanya tanpa rasa bosan
Begitu lah tiap hari mengharungi batas dan sawah
Lumpur dan pacat di kaki peluh di dahi menitik ke tanah

Suatu ketika buminya luas tak terhingga
Kini cuma sekangkang kera yang ada padanya
Pusaka yang ada itu untuk bekalan anak cucu
Berhujan berpanas tidak menyalahkan harapan masa depan

Dedaun di pohon berguguran
Air di sungai lesu mengalir
Tanah sebidang jadi rebutan
Sedangkan hidup belum berakhir

Hari kan pulang terus berganti, dia masih gigih
Usia lanjut tidak menghalangi semangat di hati
Tak dihiraukan kesakitan atau cabaran yang mendatang
Hanya satu cita-cita memajukan pusaka yang hilang

Cerita Kucing Tuan

Malam tadi keluarkan Belacan dari rumahnya dalam pukul 9.00 malam. Sebab petangnya tak sempat keluarkan dia. Cencalok, Gen2, Kunyit pun dikeluarkan juga. Cuma Ibu Putih je tak dibenarkan keluar sebab bimbang dia lambat balik nanti kalau dah merayau. Biasanya mereka ni semua jarang keluar jauh dari rumah, mesti berkeliaran di laman rumah saja.

Rupanya Belacan ni pulak yang tak balik rumah. Sehingga ke pagi tadi pun Belacan masih tak balik rumah. Agaknya dia merayap nak mencari partner mengawan. Di rumah susah nak mengawan sebab kalau keluar tidak bersama-sama serentak dengan yang betina.

Doa semoga Belacan balik rumah dengan segera selepas misi dia tercapai. Bagi peluang Belacan melihat dunia luar. Balik rumah ye Belacan!

Cerita Wanita Tua dan Kucing

Cerita ini telah dikisahkan beberapa kali di beberapa blog. Aku ambil yang ini dari blog  https://hazis.wordpress.com/artikel/kisah-wanita-tua-dengan-saekor-kucing-di-mekah/

Begini...

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan. Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya. Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.

Seronok baca cerita ini...

Cerita Tuan Kucing

Nak pelihara kucing ni kena rajin, tak boleh malas-malas. Kena kurangkan tidur, lebihkan berjaga tengokkan kucing-kucing. Kena kreatif susun atur kemasan kandang kucing dan perkakasan mereka.

Impian Hidup Yang Idealistik

Rasanya mesti ramai yang suka sekiranya tidak perlu bekerja, mengejar traffic jem saban hari, tekanan di tempat kerja. Kepenatan melalui semua ini membuatkan kita berangan alangkah seronoknya jika dapat duduk di rumah membuat kerja-kerja yang kita suka tanpa tekanan yang melampau. Isunya pula kalau tidak bekerja tiada lah duitnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Alangkah seronoknya kalau rumah kita jauh dari sesaknya orang ramai, dapat pula menanam pokok-pokok buah-buahan, sayur-sayuran, memelihara pula binatang seperti lembu, itik, ayam, kambing, kucing etc. Alangkah seronoknya hidup aman damai tanpa gangguan. Di mana hendak dicari suasana begitu?


Hidup ini Meletihkan

Dengan hiruk pikuk manusia mencari penghidupan, dengan segala pael manusia yang seringkali meloyakan, membuatkan diri ini sungguh keletihan menghadapinya! Ia bukan lagi masalah mengenai kerja tetapi lebih kepada sikap manusia di dalamnya... Arghhhh!!! Mereka yang lain juga begitu, tiada siapa bersalah... begitulah keadaannya... hadapinya...

Jadilah diri sendiri yang penuh dengan kekurangan. Sayangi diri sendiri...

Monday 16 March 2015

Malas dan Bosan...

Sekarang ni bila berada di opis sahaja mula la rasa malas dan bosan. Semangat untuk bekerja tu macam dah lari ke laut. Yang tinggal cuma sisa-sisa untuk menghabiskan sehari bekerja dengan segera. Ingin pulang ke rumah segera! Apa yang ada di rumah? Bebudak bulus ler...

Ke mana hilangnya semangat itu?