Friday, 30 June 2017

Mereka Yang Masih Ada

1. Rumah 1 - kitten kuning,  + 6 anak-anaknya , junior, cici + 2 anak-anaknya 5 anak-anaknya
2. Rumah 2 - ibu tumpang, ibu putih, Phuket, Dagang, Oyen, Ratu, KJ, rimbun, Koko, Chiko
3. Rumah 3 - budak nakal, Linton, Rimau, Bugara, Kimchi, Budak baru
4. Sangkar 1 - berantai Kunyit
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - Cleo
7. Sangkar 4 - Gen2
8. Sangkar 5 - 2 kitten kuning orang baru buang Pok Ning
9. Sangkar 6 - Manja
10. Sangkar 7 - Tompok
11. Sangkar 8 - Melati
12. Sangkar 9 - kelabu/Rocky
13. Sangkar 10  - hitam putih/Ronnie) (hilang) 
14. Sangkar 11 - Kiah
15. Sangkar 12 - 
16. Sangkar 13 - BB
17. Sangkar 14 - Henda, honda
18. Bebas luar rumah - tiada
19. Dalam rumah - jinggun + burung merbuk patah kaki, kichi,

Total - 24

Seperti yang dijangkan Pok Ning semakin tidak sihat dan mati pada hari raya ke 4.Tiada apa-apa yang dapat dikata lagi... Aku gagal menjaga mereka sebaiknya kerana jumlah mereka yang ramai...

My Kabin








Akhirnya Kabinku siap jugak pada hari Jumaat sebelum hari raya. Hari Sabtu tu aku sibuk mengemas Kabin. Aku angkut semua buku-buku daripada bilik depan dan bilik aku. Hasilnya bilik depan sudah lapang. Aku letak karpet merah dalam Kabin dan semua mainan aku termasuk beg-beg comel, teddy bear dan teddy cat. Penuh dah Kabin aku nih. Majalah-majalah dah dimasukkan dalam kotak-kotak. Nanti balik dari Mekah baru nak kemas semua semula. Suka sangat dengan Kabin ini. Di sebelah Kabin ini ada kerusi batu warna orange. Jadi aku sudah boleh menghabiskan masa lapang aku di Kabin ini sambil bermain dengan kucing dan membersihkan laman rumah. Aku nak cuba cari rak buku yang murah untuk buku-buku aku nih. Sekarang hanya guna rak yang mana ada sahaja. Rumah pun dah jadi lapang. Tapi ada banyak lagi barang dalam rumah yang perlu dikemas dan disusun elok-elok.

Tuesday, 13 June 2017

Kabin

Kontraktor berjanji untuk menyelesaikan kerja-kerja Kabin esok. Tapi janji kontraktor zaman sekarang memang tak boleh dipakai. Sebab itu lah aku malas nak renovate membesarkan rumah. Duit habis tapi kerja belum tentu siap on time. Menyakitkan hati jer yang lebih.

Mereka Yang Masih Ada


1. Rumah 1 - kitten kuning,  + 6 anak-anaknya , junior, cici + 2 anak-anaknya 5 anak-anaknya
2. Rumah 2 - ibu tumpang, ibu putih, Phuket, dagang, oyen, ratu, KJ, rimbun, koko
3. Rumah 3 - budak nakal, linton, rimau
4. Sangkar 1 - berantai Kunyit
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - Cleo
7. Sangkar 4 - Gen2
8. Sangkar 5 - 2 kitten kuning orang baru buang Pok Ning
9. Sangkar 6 - Manja
10. Sangkar 7 - tompok
11. Sangkar 8 - melati
12. Sangkar 9 - kelabu/Rocky
13. Sangkar 10  - hitam putih/Ronnie) (hilang) chiko
14. Sangkar 11 - kiah
15. Sangkar 12 - kimchi 
16. Sangkar 13 - BB
17. Sangkar 14 - Henda, honda
18. Bebas luar rumah - tiada
19. Dalam rumah - jinggun + burung merbuk patah kaki, kichi, bugara, budak baru.

Total - 25

Kehilangan Ronnie amat dirasakan. Ditambah lagi dengan kematian rimbun yang selalu sihat dan pembersih. Yang pergi tidak akan kembali lagi...  Pok Ning dan kunyit pun makin tidak sihat. Hai entah lah... Ini lah kehidupanku...

Thursday, 25 May 2017

Alam Semulajadi

Nanti suatu hari tamanku bisa jadi taman rahsia dan hutan untuk ku - tempat mengenal alam dan mengenal diri. Biar tidak cantik di mata orang, tapi tenang di jiwa... Biar berpeluh hitam muka tetapi alam terpelihara. Cantiknya alam kurniaan Tuhan secantik makhluk ciptaan Tuhan. Mengapa menganiaya binatang kalau mereka tidak menganggu kita. Tiada simpati kepada alam.

Tanpa alam, manusia akan mati... sematinya...

Friday, 19 May 2017

Cerita Rumah Kami

Rumah kami ni terletak di pinggir kota yang sangat sibuk. Aku sangat suka dengan rumah kami ini kerana ia kecil sahaja dan sesuai untuk kami berdua. Memiliki 3 buah bilik yang dua daripadanya adalah sederhana besar dan sebuah bilik di belakang yang akan kecil. Dapur kami sangat kecil hanya mampu memuatkan aku seorang untuk membuat kerja-kerja dapur dan masakan. Ruang tamu kami juga agak kecil - di situ lah ruang makan dan ruang menonton tv.

Rumah kecil ini sangat sesuai untuk aku menguruskannya seorang diri. Pergerakan pun senang sebab semua benda letak kedudukannya berhampiran di antara satu sama lain.

Rumah kami corner lot. Pagar kami jenis besi. Laman rumah kami sangat luas seluas rumah kami. Kiranya boleh membina sebuah rumah lagi yang sama besar dengan rumah asal. Tapi kami tidak lah sampai mahu meluaskan rumah. Kerana hanya kami berdua sahaja tinggal di rumah ini. Laman kami ada 2 batang pokok rambutan dan sebatang pokok mempelam. Sekitar tahun 2011 hingga 2016 kami telah membina 3 rumah kucing seluas 8x8, 7x12 dan 10x10. Dan sekarang ini pula kami mula membina Kabin seluas 10x10 diperbuat daripada besi. Asalnya lokasi Kabin ini adalah wakaf besar tempat kami menempatkan barang-barang kucing. Tetapi disebabkan laman kami ada banyak anai-anai maka rumah wakaf terpaksa dirobohkan dan digantikan dengan Kabin.

Aku suka Kabin ini kerana ini ideaku. Aku ingin jadikan Kabin ini sebagai mini perpustakaan tempat aku menempatkan semua koleksi buku-buku dan majalahku. Aku juga bercadang nak jadikan Kabin ini tempat lepakku bersama-sama kucingku. Kabin masih belum siap sepenuhnya tetapi Insyallah akan siap sebelum bulan Puasa ini. Kabin ini akan dihiaskan dengan pelbagai jenis anak patung, comforter, kerusi dan lain-lain hiasan. Pintunya jenis sliding door. Di hadapan Kabin ini nanti akan diletakkan kerusi meja konkrit yang tahan hujan dan panas. Juga akan diletakkan 2 buah kerusi kayu untuk bersantai. Semua perabut dan peralatan adalah daripada koleksi kami dan aku tak bercadang pun untuk membeli perabut baru. Aku akan hanya mengguna pakai apa yang sedia ada sahaja. Sebenarnya tak sabar untuk melihat Kabinku sempurna siap. Silap haribulan Kabinku boleh dijadikan gerai jualan. Geramnya sebab seperti biasa lah kontraktor memang selalu lambat buat...

Aku juga ada menanam beberapa jenis tanaman dalam pasu sebab tanah rumah kami nih jenis keras dan susah untuk menanam. Ada pokok mangga, jambu dan limau. Mungkin aku akan susun pokok-pokok ini dikaki lima Kabin. Memang Kabinku ada kaki lima yang sangat luas dan selesa.

Nak post gambar laman dan Kabin tiada dalam simpanan lagi...

Tuesday, 9 May 2017

Little Cabin in The House



Apa persamaan? apa perbezaan? Gerai untuk bulan Ramadhan nanti. Heheheh... Rasa macam-macam nak buat dalam cabin ini nanti. Suka sangat!!! Nak letak kerusi malas kat pavement tu. Pastu dalamnya nak letak gambar kata-kata motivasi. Nak susun buku-buku. Nak letak kerusi dan meja. Nak letak selimut bantal. Nak letak carpet untuk tidur baring. Nak pasang kipas. Seronoknya!!! Rasa macam kanak-kanak dapat coklat. Minggu ini dijangkakan cabin ini akan siap sepenuhnya. Sekali pandang macam gerai, macam stor, macam pondok? Nak letak pasu tanam-tanaman.

Thursday, 13 April 2017

Haji 2017

Insyallah tahun ini kami suami isteri akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji. Semoga dipermudahkan semuanya. Amennn.. Syukur Alhamdulillah. 

Wednesday, 12 April 2017

Berhenti kerja

Setiap hari aku memikirkan untuk berhenti kerja. Disebabkan keseronokan bekerja itu sudah tidak ada. Integriti di tempat kerja sekarang sudah tidak ada. Memikirkan usia yang masih ada ini sepatutnya digunakan untuk berbuat sesuatu yang aku suka, yang aku minat dan yang sesuai dengan jiwaku - yang memberi ketenangan. Kerana lumrahnya kita tahu bahawa umur kita tidak tahu bila akan terhenti. Jadi seeloknya usia yang masih ada ini digunakan untuk berbuat sesuatu yang bermakna.

Jika aku berhenti kerja, apa yang aku nak buat selepas itu untuk dijadikan sumber pendapatan? Perancangan harus dibuat dari sekarang. Dan perancangan itu harus ada banyak supaya dapat jadi back up.

Tarikh keramat -  31 Julai 2018. Horray!!!

Mereka yang ada April 2017

Susunan semula kedudukan mereka:

1. Rumah 1 - kitten kuning,  + 6 anak-anaknya , junior, cici + 7 anak-anaknya
2. Rumah 2 - ibu tumpang, ibu putih, Phuket, dagang, chiko, oyen, ratu, KJ, rimbun, koko
3. Rumah 3 - BB budak nakal,
4. Sangkar 1 - berantai Kunyit
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - Cleo
7. Sangkar 4 - Gen2
8. Sangkar 5 - 2 kitten kuning orang baru buang Pok Ning
9. Sangkar 6 - Manja
10. Sangkar 7 - tompok
11. Sangkar 8 - melati, kimchi
12. Sangkar 9 - kelabu/Rocky
13. Sangkar 10  - hitam putih/Ronnie
14. Sangkar 11 - kiah
15. Bebas luar rumah - tiada
16. Dalam rumah - jinggun + burung merbuk patah kaki, kichi, linton, rimau3 2 stooges sekarang dah tukar nama kepada Honda dan Henda sebab mereka jantan dan betina. Henda dalam rumah. Honda dalam rumah. Rimau adalah kucing baru seusia linton.

Wednesday, 5 April 2017

Cabin

Dalam proses untuk membina sebuah cabin di laman rumah. Ia lebih kepada ruang aku untuk menempatkan koleksi buku-bukuku yang sudah terlalu banyak itu. Cabinnya akan berwarna kuning nanti warna pilihan suami. Ia akan jadi ruang lepak dan santai kami di siang hari. Akan diletakkan aircond dan kipas kerana lumrah sifat fizikal cabin sudah tentu lah panas. Banyak yang difikirkan dalam kepala ini macam mana nak hias cabin ni nanti. Cabin ini terletak bersebelahan dengan rumah kucing. Sambil lepak-lepak di situ boleh lah memantau kucing-kucingku. Di cabin ini juga akan ditempatkan semua anak patung kucing dan teddy bear aku yang bersepah dalam bilik tidur kami. Juga semua koleksi kereta mainan dan lain-lain koleksi aku seperti cawan gelas mangkuk. Walaupun aku sudah tua tetapi aku ni banyak koleksi macam kanak-kanak.

Walaupun laman rumahku yang agak luas dan memang boleh besarkan rumah, tetapi aku lebih sukakan ada tanah dan rumput maka kami tidak bercadang untuk membesarkan rumah sedia ada. Ada bebudak berkaki empat dan berbulus ni memang perlukan laman rumah bertanah dan berumput. Lagipun hanya kami berdua sahaja jadi buat apa hendak rumah yang besar.

Sebab itu aku mula membina macam-macam di laman rumahku. Sehingga tiada ruang untuk parking kereta. Ada 3 buah rumah kucing bersaiz 8x8, 10x8 dan 16x6, stor bersaiz 6x6, mini wakaf dan wakaf besar. Wakaf besar ini lah yang akan diruntuhkan dan ditukarkan kepada cabin kerana masalah anai-anai sudah memakan kayu-kayu wakaf ini. Menjaga wakaf berkayu memang rumit kalau melibatkan anai-anai.

Cabinnya akan jadi lebih kurang macam ini la...






Tapi tak lah sebijik macam ni. Yang macam ini cantik sangat... tak mampu den nak buat... hmmm.. kalau cat warna oren cantik tak?


Sekarang pun aku sedang berjinak-jinak menanam pokok dan sayur-sayuran di laman rumah. Tetapi di dalam pasu lah. Sebabnya tanah rumahku tu jenis keras dan kering. Susah nak mencangkul atau menggemburkan tanah. Bimbang pokok tak hidup nanti. Pokok yang sedia ada 2 pokok rambutan dan 1 pokok mempelam. Sekarang pokok yang sedang membesar pokok mempelam, jambu madu, jambu tempatan, belimbing buluh. Sayur pulak cili api, cili besar. Sedang disemai sawi, bayam, kangkung, tomato, daun ketumbar dan daun bawang. Oooo serai yang aku belum tanam. Nanti nak tanam daun sup pulak.

Friday, 10 March 2017

Kunyit


No automatic alt text available.

Kunyit dulu gemuk... sekarang dah kurus dah... sebab dah tua...

Gen2

No automatic alt text available.

Gen2 yang masih gagah perkasa...

Rumah kucing lagi

Image may contain: plant, tree and outdoor

Gambar lama... saja...

Melati

Image may contain: cat

Ini masa kecik beberapa bulan lalu... sekarang dah besar...

Pokok besar

Image may contain: plant and outdoor

Pokok besar di pagar tu sekarang ni dah tak ada... ditebang oleh DBKL.

 Image may contain: outdoor

Alang dan Nuha lagi dan lagi

No automatic alt text available.

Alang dan Nuha lagi

No automatic alt text available.

Alang dan Nuha

Image may contain: text

Kegemaranku...

No automatic alt text available.

Anak cici

Image may contain: cat

Kiah


Image may contain: 1 person, cat and indoor

Yang Masih Tinggal Mac 2017

1. Rumah 1 - 3 2 stooges, kitten kuning,  + 6 anak-anaknya , junior, cici + 7 anak-anaknya
2. Rumah 2 - ibu tumpang, ibu putih, Phuket, dagang, chiko, oyen, ratu, KJ, rimbun, koko
3. Rumah 3 - BB budak nakal
4. Sangkar 1 - berantai Kunyit
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - Cleo
7. Sangkar 4 - Gen2
8. Sangkar 5 - 2 kitten kuning orang baru buang Pok Ning
9. Sangkar 6 - Manja
10. Sangkar 7 - tompok
11. Sangkar 8 - melati, kimchi
12. Sangkar 9 - kelabu/Rocky
13. Sangkar 10  - hitam putih/Ronnie
14. Sangkar 11 - kiah
15. Bebas luar rumah - tiada
16. Dalam rumah - jinggun + burung merbuk patah kaki, kichi, linton


Harap umur mereka semua akan panjang. aminnnn.... harap tiada lagi kematian. Tompok pun dah biasa tidak berkeliaran di luar rumah. Dia dah biasa dalam sangkar dan keluar sekali sekala mengikut jadual.

Abang kandungku juga sudah dijemput Ilahi pada hari Ahad 26 Feb 2017 yang lalu... terkesan dengan ketiadaannya... semoga rohnya dicucuri Rahmat Ilahi... Aminnn


Cabinku

Cabin di laman rumah in the making. Mungkin dalam 2 minggu nanti akan pasang. Berwarna orange... Mungkin macam ni tak? hehehe...














Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Sebenarnya cabin ni dibuat untuk ditempatkkan buku-bukuku yang dah terlampau banyak dalam rumah tu. Rumah yang sedia kecik akan bertambah sempit disebabkan buku yang banyak itu. Nanti cabin ini akan dipasang aircond sebab sifat dalaman cabin biasanya panas.

Wakaf besar sedia ada terpaksa dirobohkan untuk digantikan dengan cabin ini. Wakaf tu dah banyak anai-anai jadi rasanya lebih baik dirobohkan saja sebelum runtuh menimpa seseorang.

Wednesday, 18 January 2017

Kerja

Setiap hari terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Hingga aku tak terdaya untuk menyiapkannya dalam tempoh yang singkat. Kerja yang tidak pernah habis. Penat... tak tahu kerja yang mana satu yang nak pegang... semua perlu disiapkan. One man show macam ni lah gayanya... Kena fikirkan sesuatu bagaimana mahu percepatkan kerja-kerja ni semua...

Wednesday, 4 January 2017

Laman Rumah

Banyak yang aku rancang untuk menyemarakkan@menyemakkan lagi laman rumahku. Dengan 3 buah rumah kucing + sebuah stor + 2 pokok rambutan + Wakaf besar + wakaf kecik rasanya sudah cukup menyemakkan mata. Tapi aku suka nak menambah lagi kepada tanaman pulak. Nanti nak belajar cara-cara menanam sayur-sayuran dan herba dengan betul. Opps tapi mcm mana dengan nyamuk nanti? hmm..??? Apa pun  mesti seronok melihat laman penuh dengan sayur-sayuran dan herba yang subur. Kucing-kucingku pulak berkejaran ke sana sini menjahanamkan tanamanku .... hahaha sudah ku boleh bayangkan apa yang mereka akan buat.

Aku fikir pada masa hadapan mesti dunia akan mengalami kekurangan sumber makanan disebabkan dunia semakin panas dan iklim yang tidak menentu. Jadi setiap rumah perlu ada ruang untuk mengeluarkan sumber makanan sendiri untuk seisi rumah. Sekarang ni ramai yang rajin menanam di laman masing-masing sama ada besar atau kecil ruang tersebut. Mereka pulak sungguh kreatif.

Bersambung...