Friday 29 December 2017

Dari Mr. Google






















Kenangan


Kenangan ... yang masih ada ... ada juga yang telah tiada ....

 Kiah yang selalu cantik...


Dia sudah tiada...
 
 Dia sudah tiada...


Anak-anak Henda masih ada... mereka dah ada 4 ekor adik kecik...
 

Cleo sudah semakin tua...
 
 Cici dan 6 ekor anak-anaknya...

 Linton masa kecik... Sekarang dah besar...


 Koko yang demuk...







Rumah Kucing Baru

Rumah kucing baru ...

Taraa..... rumah kucing baru... kondo 4 bilik berwarna putih. Lantai tiles dan dinding polycarbonate kiri kanan sahaja. Buat masa ini penghuninya adalah Kiah, Koko, Budak garang dan Ibu baru nak bersalin...

Tahun hadapan nak beli lagi rumah baru lain.

Mary's Cabin
29/12/2017






Wednesday 27 December 2017

We

We will survive with the cats!

Tuesday 19 December 2017

Life is Simple

Make your life as simple.

Tak suka kau jangan ambik. Dah sayang jaga elok-elok. Senang kan? 

Kesayangan orang jangan diambik. Kebencian orang jangan dibuang.  
Orang tak suka kita tak apa lah, tak menjadi kudis pun. Yang penting jaga diri. Selalu positif. 
Hidup ini indah kalau kita tahu dan sedar untuk menghargainya. 

Mary's Cabin 
19/12/2017

Thursday 7 December 2017

Perihal Pejabat

Sekarang aku mengambil sikap yang bersahaja dan tidak begitu bersungguh-sungguh untuk apa-apa perihal pejabat. Aku akan siapkan urusan berkaitan kerja aku sahaja. Hal-hal kerja orang lain aku sudah tidak berminat untuk ambil tahu. Kalau dulu aku agak rajin menyelesaikan masalah urusan kerja orang lain. Sekarang aku amalkan tutup pintu dan tutup hati. 

Tindakan aku ini sekurang-kurangnya telah mengurangkan beban kerja aku. Banyak masa boleh difokuskan kepada kerja aku sendiri. Tekanan kerja juga dapat dikurangkan bila mana mereka sudah takut untuk meminta bantuanku. Hidup aku jadi lebih senang.

Sekarang masa untuk fokus kepada Mary's Cabin. Tambahkan lebih banyak koleksi. Bila tiba masanya aku sudah bersedia dengan beberapa rancangan. 

Melihat kehidupan dengan lebih positif. Buat apa yang aku suka dan minat. Lupakan yang lain yang bersifat negatif. Jadi lah diri sendiri yang unik. Banyak perkara lain yang masih belum diterokai. Sebagaimana banyak tempat dalam Malaysia yang masih belum dilawati.

'Mencipta berbanding Mengikut'

Mary's Cabin
7/12/2017

Tiny Shop










Sesaja kumpul jadi contoh dari Mr. Google.