Wednesday 18 January 2017

Kerja

Setiap hari terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Hingga aku tak terdaya untuk menyiapkannya dalam tempoh yang singkat. Kerja yang tidak pernah habis. Penat... tak tahu kerja yang mana satu yang nak pegang... semua perlu disiapkan. One man show macam ni lah gayanya... Kena fikirkan sesuatu bagaimana mahu percepatkan kerja-kerja ni semua...

Wednesday 4 January 2017

Laman Rumah

Banyak yang aku rancang untuk menyemarakkan@menyemakkan lagi laman rumahku. Dengan 3 buah rumah kucing + sebuah stor + 2 pokok rambutan + Wakaf besar + wakaf kecik rasanya sudah cukup menyemakkan mata. Tapi aku suka nak menambah lagi kepada tanaman pulak. Nanti nak belajar cara-cara menanam sayur-sayuran dan herba dengan betul. Opps tapi mcm mana dengan nyamuk nanti? hmm..??? Apa pun  mesti seronok melihat laman penuh dengan sayur-sayuran dan herba yang subur. Kucing-kucingku pulak berkejaran ke sana sini menjahanamkan tanamanku .... hahaha sudah ku boleh bayangkan apa yang mereka akan buat.

Aku fikir pada masa hadapan mesti dunia akan mengalami kekurangan sumber makanan disebabkan dunia semakin panas dan iklim yang tidak menentu. Jadi setiap rumah perlu ada ruang untuk mengeluarkan sumber makanan sendiri untuk seisi rumah. Sekarang ni ramai yang rajin menanam di laman masing-masing sama ada besar atau kecil ruang tersebut. Mereka pulak sungguh kreatif.

Bersambung...