Monday 24 December 2018

Berkebun

Bermula sekarang nak fokus kepada berkebun lah pulak. Mahu menggunakan peluang laman yang luas sebaik mungkin. Tanah rumah ni jenis keras kalau menanam sayuran tidak menjadi. Kena tanam dalam pasu. 
Melihat orang lain bertanam mudah sahaja rasa cemburu pulak. Sayuran sekarang pun harga mahal, terasa sangat kalau beli sayur kemudian dibiar kering dalam peti sejuk.  Nak berkebun kerana baca maklumat cara berkebun dulu takut nanti menanam tak menjadi. 

Semalam, aku pindahkan Henda dan 2 anak tuanya daripada Rumah 3 ke dalam sangkar. Kerana aku nak jadikan Rumah 3 sebagai rumah untuk semua kucens bersantai santai secara bergilir-gilir terutama untuk yang Jantan. Kesian pulak mereka duduk berlama-lama dalam sangkar. Kena dilepas bebas sekali sekala. Kalau dilepas bebas dalam laman habis diserang Jantan lain dalam sangkar. Walau bersangkar pun tetap mereka bergaduh bertumbuk. Menakutkan je. Jadi selepas ini setiap hari mereka akan berpeluang duduk bebas di dalam Rumah besar mengikut giliran.

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  24/12/2018

Friday 21 December 2018

2018 View

Kebahagiaan itu didalam hati. Bukan luaran. Tiada apa di luaran yang boleh mempengaruhi kebahagian didalam hati. Saat menempuh dugaan pun sekiranya hati rasa bahagia ia tetap akan bahagia. 

2018 berjalan dengan baik - kerana hidup itu adalah sepatutnya sebegitu. Apa yang dilalui itu lah takdir kehidupan. Tiada yang buruk atau terlalu bagus. Semuanya adalah kehidupan yang perlu dilalui. Suka atau duka atau apa saja yang ingin dinamakan ia tetap kehidupan yang telah ditetapkan.

Hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. 

Daripada dulu aku ingin tetap menjadi diriku sendiri - keunikan aku sendiri. Aku adalah aku dan aku tidak ingin menjadi orang lain. Aku berperang dengan diriku sendiri. Aku bersahabat dengan diriku sendiri. Tetapi aku tidak bersendirian kerana aku sentiasa ada aku. Trust yourself!

Luarannya aku selalu bergaduh dengan dia. Dari awal tahun hingga akhir tahun, dari tahun 1999 hingga hujung nyawa pun aku dan dia akan tetap bergaduh. Begitu lah kami....

Jangan bangga dengan diri sendiri tetapi sayangi dan percayalah kepada diri sendiri. 
 
Ada agenda ada perancangan 2019 yang lebih mencabar. Mencabar diri sendiri fizikal dan mental. Perlahan-lahan pasti berpuas hati. 

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  21/12/2018

Cats Photos











Aku dan dia
Mary's Cabin 
  21/12/2018

Kabin Kecil


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  21/12/2018

Berat Hati...


Dengan berat hati .....

Setakat ini : 
1. Rumah Kucing 1 -
Penghuni : 2 anak Budak Baru (Adeq sudah mati kerana lumpuh punggungnya akibat terjatuh dari tempat tinggi), Rimau + 4 anak   
2. Rumah Kucing 2 -
Penghuni : Koko, Dagang, Kimchi, 2 Anak Rimau tua, Linton, 1 anak Cici yg paling nakal
3. Rumah Kucing 3 -
Penghuni : Henda + 6 anak 2 anak di sangkar lain dan dalam rumah (4 dah mati) + 2 anak tua. 
4. Condo 4 bilik -
Penghuni : Miranda + 4 anak, Anak Cici + 3 kitten, Anak Cici + 4 kitten
5. Semi D - 
Penghuni : Lengkuas, halia (dua-dua nih anak Lengkuas)
6. Apartment  2 bilik - 
Penghuni - Mak Leng + 2 kitten, BB 
7. Apartment 9 bilik -
Penghuni : Ekor Pendek, Manja (mati walaupun dia lah seekor kucing paling besar), Tompok, Gen2, Budak Baru (dah jadi mak kena duk sorang-sorang sebab anak-anak dah besar), Anak Cici, Anak Cici, Anak Cici, Anak Cici (ada 3 ekor anak Cici kat  Apartment 9 bilik)
8. Sangkar 1 - Cici
9. Sangkar 2 - Rocky
10. Sangkar 3 - Melati
11. Sangkar 4 - Whitey
12. Sangkar 5 - Tompok Jantan Anak Cici
13. Sangkar 6 - Kiah 
14. Sangkar 7 - Kembar Putih 
15. Sangkar 8 - Karato (Budak Kurap)
16. Sangkar 9 - Anak Henda 
17. Dalam Rumah Kami
Penghuni : Anak Henda
Semua total =56

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  21/12/2018

Hari ke 86 - 100

Berjaya turukan 2 kg berat badan... itu jer 

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  4/10/2018 hingga 18/10/2018.

Malas

Penyakit malas nak tulis apa-apa...

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  21/12/2018.

Wednesday 3 October 2018

Buku Kegemaran






Buku kegemaran. Satu resepi baru dicuba. Buku ini berbeza daripada buku masakan yang lain kerana ia mengandungi cerita-cerita novel Noor Suraya. Sangat menarik!!


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  3/10/2018.

Kandang Kucing Baru




Baru-baru ni tempah kandang kucing baru. Ini untuk lepaskan kucing jantan bermain di sini supaya dia tak bergaduh dengan kucing jantan lain. Kucing jantan dewasa sangat mudah bergaduh sesama mereka walaupun di dalam kandang berbeza dan jauh. Sangat susah nak leraikan mereka. Jadi alternatifnya aku buat kandang macam ini untuk diorg bermain main. Selepas tu masukkan mereka semula ke dalam sangkar mereka. Kadang-kadang rasa kesian kepada kucing jantan kerana tidak dapat dilepas bebas. Sebab kalau dilepas bebas mereka akan pergi menyerang kucing stray dibelakang rumah atau sesiapa sahaja yang diorg jumpa. Susah hati dibuatnya. 
Kandang ini berukuran 5 kaki @ 4 keping = 20 kaki. Lebar 2 kaki. 

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  3/10/2018.

Hari ke 65 - 85

Pada 30/9/2018 aku sudah memulakan sesi baru dalam kehidupan. Berubah dengan menetapkan matlamat untuk berjalan kaki 10,000 langkah sehari. Hari Ahad itu memang la mudah capai 10,000 langkah sehari tetapi kalau hari bekerja agak sukar kerana perjalanan dari rumah ke tempat kerja tidak mungkin dapat mencapati 10,000. Langkah drastik yang aku ambil adalah mula menggunakan perkhidmatan awam ke pejabat. Bermula dengan menaiki ERL dan kemudiannya LRT Putra. Aku akan berjalan kaki daripada hadapan LRT Star BTS hingga ke ERL BTS. Kemudian dari LRT Putra TJ aku berjalan kaki hingga ke pejabat. Setiap hari perjalanan ini hanya akan mencapai 4,000 - 5,000 langkah sahaja. Tapi tak apa lah. Aku rasa ianya sudah memadai untuk aku seusia ini. Selepas 3 hari badan terasa agak ringan. Tapi kaki juga perlu dijaga supaya tidak sakit sewaktu berjalan.

Setiap Sabtu dan Ahad pula aku akan mula training movefit dengan Intan. Sangat mengujakan! Apa pun perlu kekalkan consistency aktiviti ini. Nak consistent tu la susahhhh..... Tak apa cuba sahaja! Jangan lupa pemakanan perlu dijaga juga. Sekarang berat badan 68kg. Harap dapat turun 10kg.


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  13/9/2018 hingga 3/10/2018.

Wednesday 12 September 2018

Hari ke 50 - 64


Kadang-kadang kita perlu melalui kepayahan dan kesusahan dalam kehidupan untuk membentuk jati diri. Membuat kita berfikir dan menghargai apa yang kita ada. Kepayahan membuat kita lebih bersemangat untuk maju dan kental diri. Dunia ini bukan apa-apa. Kita tidak mampu melawan arus pemodenan dunia tetapi kita mampu kekal dengan diri kita. Berusaha dan terus berusaha! Berani dan tawakal kepada Allah!


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  28/8/2018 hingga 12/9/2018.

Monday 27 August 2018

Hari ke 30 - 49

Hahaha lama betul tak menulis. Bosan, lemah semangat segala bagai. Asyik duk fikir nak pencen awal jer ni. Tapi isu kerja apa nak buat tidak juga selesai walau ada beberapa perancangan di fikiran. 

Bosan dengan suasana kerja. Bosan dengan bos bos. Bosan dengan traffic jem. Bosan segala lah jawabnya. 

Aku nak duduk rumah jaga kucing jaga rumah jaga perut jaga dia jaga mata jaga mulut jaga hati!


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  9 hingga 27/8/2018.

Wednesday 8 August 2018

Hari ke 24 - 29

Uih lamanyatak update blog. Memang payah betul nak update blog setiap hari. Haish the konsisten langsung. Kalau Sabtu dan Ahad confirm tak akan menulis sebab banyak aktiviti harian nak buat. 

Ada terfikir nak beli lagi sangkar kucing yang besar 5x5x3 harganya RM1000.00 sudah turun harga ke RM800.00. Tapi malangnya memang sudah tak ada ruang untuk letak sangkar besar macam tu. Lagipun sudah terlalu banyak rumah dan sangkar kucing yang ada sekaramg. 

 Setakat ini : 

1. Rumah Kucing 1 -
Penghuni : 7 ekor tanpa nama - campuran anak Cici dan Kimci. Diorang nih dah besar pun. Asal 9 ekor tapi 2 ekor dah mati kerana sakit. Yang lain pun sakit jugak tetapi dapat diselamatkan. 
2. Rumah Kucing 2 -
Penghuni : Koko, Dagang, Bugara dah mati, 2 Anak Rimau yang besar, Linton
3. Rumah Kucing 3 -
Penghuni : Henda + 6 anak baru + 2 anak tua. 4 ekor anak dia yang berbulu putih dan hitam dan bermata biru sebelah mata kuning sebelah semua mati waktu dah remaja kerana sakit.
4. Condo 4 bilik -
Penghuni : Miranda + 4 kitten, Cici, Budak Baru + 3 kitten, Rimau + 4 kitten
5. Semi D - 
Penghuni : Budak Kedai + 2 anak
6. Apartment  2 bilik - 
Penghuni - Melati, BB 
7. Apartment 9 bilik -
Penghuni : Ekor Pendek, Manja, Rocky, Tompok, Gen2 
 
8. Dalam Rumah Kami
Penghuni : Kimchi

Semua total = 47


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  3 hingga 8/8/2018.

Thursday 2 August 2018

Hari ke 22 dan 23


Tahun lepas plan untuk pencen awal bermula 31/7/2018. Sampai tarikhnya masih tak pencen pencen jugak. Sekarang set plan tarikh lain pulak iaitu 30/6/2023 iaitu 5 tahun lagi. Hidup lagi ke idak pada masa tu nanti? Rasa macam nak travel dalam negara jer - jalan-jalan dan makan-makan makanan tempatan. 

Kadang rasa rindu dengan kampung tetapi kampung seolah tidak serasi denganku. Bila balik kampung tak ada apa yang boleh dibuat. Hanya lepak di rumah sahaja atau balik kampung Tok Che'. Kampungku masih juga begitu, orang-orangnya masih begitu. Yang tua-tua ramai yang telah meninggal dunia. Yang muda-muda ramai yang telah berhijrah ke kota. Siapa lagi yang ada di sana? Entah?

Bukan lah aku suka sangat bandar ini. Tapi banyak perkara boleh dibuat di bandar maklum lah tempat mencari rezeki. Menetap di bandar semenjak 1994 mengutip seribu pengalaman hidup. Kepayahan di bandar ini menyebabkan terkadang terasa ingin kembali ke kampung. Tetapi kemudahan di bandar lebih banyak berbanding kampung. Mungkin kalau sudah betul-betul menetap di kampung akan terasa keseronokan hidup di kampung seperti waktu kecil-kecil dahulu.

Aku dan dia
Mary's Cabin 
1 dan 2/8/2018.

Tuesday 31 July 2018

Hari ke 21 - Rumah Kecil Kami

Rumah kami ni kecil sahaja. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Barang-barang kami pulak tersangat la banyaknya. Kami berdua ni jenis yang suka menyimpan barang. Bukan barang mahal tapi barang 'keropeh' sahaja. Kami selalu bergaduh mengenai barang-barang ini sebab pada aku barang dia lagi banyak daripada barang aku. Tapi bila aku kemas mengemas nampak gaya macam barang aku lagi banyak daripada barang dia. Cumanya aku ada Kabin yang dia buatkan untuk simpan barang-barang aku. Sedangkan dia simpan barang dalam rumah. 

Rumah kami nampak sempit kerana keberadaan barang-barang ini. Nak buang sayang, nak simpan takde ruang dah. Tapi sehingga kini kami masih menyimpan barang-barang tu semua.Tak apa lah walau rumah kami nampak sempit penuh dengan barang asalkan kami bahagia. Nak kata apa lagi ye dak? Tetamu sila ignore yer kalau nampak barang-barang kami yang banyak ini. 

Aku sangat suka dan sayang dengan rumah ini. Lamannya yang luas (padat dengan rumah kucing dan Kabin) tapi puas hati kerana boleh beriadah di laman ini :- kejar mengejar kucing (senaman), membaca buku dalam Kabin (tidur sebenarnya dengan kipas on dan angin sepoi sepoi), menyapu sampah (senaman), lari-lari anak (senaman), melompat (kait buah mempelam), menyiram tanaman sekali sekala (rendang tak berbuah) dan kemas mengemas yang tak pernah selesai kerjanya. Penyelenggaraan rumah ni pun senang jer sebab kecil. Porch kami juga penuh dengan rumah kucing dan sangkar kucing. Barang-barang lain pun banyak juga. Haishhhh teruk betul la kami ni menguruskan kekemasan rumah. Hmmmm entah la bila nak berubah ni...

Aku dan dia
Mary's Cabin 
30/7/2018.


Monday 30 July 2018

Hari ke 20 - Buku Masakan


Suka dapat beli buku masakan ini semalam di Popular. Konon-kononnya nak masak menggunakan Air Fryer dan Pressure Cooker. Huh tak tahu lah berjaya ke tak memasak dengan lebih kerap dengan 2 peralatan ini. 
 
 
Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  30/7/2018.

Hari ke 17 hingga 20 - Misi Menurunkan Berat Badan

Misi untuk menurunkan berat badan sehingga 20kg sedang bermula. Dijangkakan akan mengambil masa selama 20 bulan. Harap kali ini berjaya demi masa hari tua kelak. Badan pendek memang tidak sesuai dengan berat 68kg. Yang utama perlu buat exercise sekurang-kurangnya 30 minit sehari 3 kali seminggu. 

Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  27 hingga 30/7/2018.

Thursday 26 July 2018

Hari Ketiga hingga ke 16

Bukan senang rupanya untuk konsisten menulis. Tak kiralah menulis di blog, FB atau pun diari. 
Menulis memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi. Contohnya aku ni sudah 13 hari rupanya tidak menulis semenjak 9 Julai 2018. 

19 - 24 Julai aku balik kampung menguruskan pertukaran nama pada geran tanah pusaka arwah mek. Pejabat tanah mengeluarkan notis bicara pada 24 Julai. Adik beradik yang tidak dapat hadir perlu mengisi borang DDA. 
Penat menguruskan hal pejabat tanah, petang 24 Julai aku terus ambik flight balik ke KL. Legaaa...

Sudah rindu dengan kucensku yang sudah 7 hari tak berjumpa. Kemas mengemas rumah kucing ambik masa 2 jam juga. Penat tapi happy. 

 
Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
12 hingga 26/7/2018.

Wednesday 11 July 2018

Hari Kedua dan Ketiga - Menghargai apa yang ada

Hari Kedua tak sempat nak menulis. Tak tahu lah nak kata sibuk ke apa. Rasanya sebab terlupa. 
Setiap hari memikirkan apakah kebaikan yang ingin dilakukan. 

Manusia akan berubah bila tiba masanya. 

Berubah kerana diri sendiri bukan kerana paksaan orang lain atau ikut-ikutan. 

Menghargai apa yang ada... Melepaskan jika bukan rezekinya...

Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
10 dan 11/7/2018.

Monday 9 July 2018

Hari Pertama - Buat lah kebaikan di muka bumi ini

Cabaran untuk menulis setiap hari selama 100 hari...

Susah sebenarnya untuk konsisten melakukan perkara baik setiap hari kecuali makan... 

Buatlah kebaikan di dunia ini sebelum diri dijemput Allah ke Tanah kekal abadi.

Buat lah semua yang dihajati untuk kegembiraan semua. 

Fikirkan jika hanya ada 100 hari sahaja lagi untuk kehidupan di dunia ini...

Aku dan dia ... 

Mary's Cabin 
9/7/2018.

Monday 25 June 2018

Yang Pergi Lagi

Beberapa ekor lagi pergi meninggalkanku di hujung Ramadhan: 

1. Anak Kimchi 
2. Anak Henda - 2 ekor putih bulu panjang dan 1 ekor hitam bulu panjang
3. Bughara 

Ini lah kehidupan...

Tuesday 5 June 2018

Kehilangan lagi

Malam tadi, 2 ekor lagi kucingku kembali ke Penciptanya dengan tiba-tiba. Si Putih Bulu Panjang rupanya selsema teruk. Manakala Anak Cici tiba-tiba sahaja mati mengejut bila aku jengok dia pagi ini. 

Tak apa lah. Sudah ketentuan Ilahi. Yang pergi diganti dengan anak baru Henda 6 ekor. Tenangkan hatiku dengan redha yang tak sudah. Pejam mata rapat-rapat dan ingat lah semua yang ada di atas muka bumi ini hanya pinjaman sahaja... 

Remuk hatiku...

Wednesday 30 May 2018

Yang Lahir

Yang pergi patah tumbuh hilang berganti. Yang tiada digantikan dengan kelahiran baru anak daripada Rimau 4 ekor dan Budak Baru 3 ekor. 

Si Hidung Penyet kucing ala ala persian juga telah mati mengejut di waktu pagi sebelum Blackie dan Emerald lagi.
Begitu lah kehidupan..... 

Monday 28 May 2018

Yang pergi

Sebelum masuk bulan puasa hari tu, anak kucing si hitam (Blakie) kerana FIP. Dan kemudian sehari selepasnya si putih (Emerald) pulak mati kerana FIP juga dan diikuti Smokey kerana terjatuh dalam sangkar.  Tiada kata yang mampu diucapkan...
Pergi lah... itu mungkin lebih baik...

Tuesday 27 March 2018

Laman dan Rumah

Kadang-kadang aku membayangkan untuk mengambil pencen pilihan dan menghabiskan waktu di rumah / lamaan rumahku sahaja. Pelbagai benda yang aku rancang nak dibuat. Antaranya: 

1. Menanam sayur-sayuran
2. Menyusun tanaman supaya menjadi taman ala-ala hutan
3. Membuat tapak-tapak dalam laman seperti taman 
4. Membuka perpustakaan mini di kabin
5. Membuat perniagaan kecil-kecilan seperti jualan kraftangan dan lain-lain jualan di kabin 
6. Menyediakan taman meja dan bangku taman 
7. Melukis di dinding rumah kucing dan kabin
8. Memelihara pokok-pokok hutan seperti senduduk

Aku masih belum jumpa gambar daripada google yang hampir sama menggambarkan laman rumahku. Maknanya aku kena ambil gambar sendiri lah gayanya... Yang ada dalam google seperti di bawah






Ada yang menulis di fb mengatakan kita sebenarnya hanya memerlukan rumah yang kecil sahaja untuk hidup yang ringkas. Jadi kita kena jadi seorang yang meringkaskan semuanya. Barang dalam stor perlu disedekahkan, dijual atau dibuang. Tapi setiap kali nak buat begitu mesti akan fikir haish barang ini boleh guna lagi ni...akhirnya simpan semula.


Banyak yang aku nak buat tapi macam tiada masa. Kalau sudah pencen nanti adakah aku akan ada banyak masa? Aku rasa tidak juga... Akhirnya nanti nak buat apa? Fikirkan...


Mary's Cabin 
27/3/2018



Wednesday 21 March 2018

Kucens

Pernah ada orang komen kepada aku kenapa aku terlalu obses memelihara kucing. Kerana memelihara kucing memerlukan duit yang bukan sedikit apatah lagi kalau jumlah kucing yang begitu banyak. Bukankah lebih baik gunakan duit tersebut menanggung anak yatim piatu daripada membela kucing? Jawapan aku - aku senyum jer kerana aku tak ada jawapan untuk itu. Kadang rasa menolong manusia selalunya tidak dihargai malah disakiti, lebih baik menolong kucing. Lagipun kucing kalau tidak ditolong siapa yang akan menolong mereka. Ramai juga yang tidak suka dengan kucing seperti mahu supaya kucing hidup jauh daripada manusia. Tapi memang kejadian Tuhan kucing dijadikan untuk hidup disamping manusia.

Memelihara kucing bukanlah pelan kehidupan kami. Tidak pernah terfikir pun. Ia bermula tahun 2008 bila Gen2 dan 2 adik beradiknya lahir di rumah banglo mertuaku yang masa tu kami yang duduk di situ. Rupanya ibu Gen2 adalah kucing jiran sebelah kami. Apabila kami berpindah ke rumah sendiri tahun 2011, semenjak dari hari itu kucing kami mula bertambah. Pernah ada sehingga 50 ekor lebih tapi kemudiannya mati seekor demi seekor. Mati sebab pelbagai kebanyakkannya kerana sakit. Ada juga yang pergi berjalan dan tak balik balik rumah. 

Semenjak itu juga kami mula membina rumah kucing dan membeli sangkar-sangkar. Laman kami nampak crowded dengan rumah kucing. Sangkar besar 2 tingkat ada berpuluh puluh. Boleh bayangkan berapa duit yang kami habiskan. Sebuah sangkar 2 tingkat berharga 100.00-250.00. Semata-mata untuk memberi keselesaan kepada kucins. Kami tidak mahu lepas bebas kucing kerana tidak mahu mereka membuat onar di rumah jiran - takut kencing berak di rumah orang atau mencuri makanan di dapur orang. Nampak macam mengurung sedangkan kucing sepatutnya di lepas bebas. Tapi demi keselamatan mereka, tindakan begitu lebih baik. Mereka akan dilepaskan bermain di kawasan rumah dengan pemantauan kami. Kena berlari dengan mereka kalau mereka berlari ke sana ke mari. 

Makanan dan perubatan kucing memang mahal. Jadi korbankan sahaja kehendak kami dan dahulukan keperluan mereka. Kos bulanan mereka 1k-2k. Mesti orang fikir kalau disimpan duit itu mesti kami sudah boleh membeli kereta baru cash. Tetapi takdir Tuhan begitu. Kalau kami tak pelihara kucing pun belum tentu kami akan dapat menyimpan duit itu. Mungkin memang duit itu adalah rezeki kucing.

Tahun lepas Cabin mula dibina menggantikan Wakaf besar kerana wakaf tersebut mula ada anai anai. Rasa rugi juga kerana duit dah habis membina wakaf besar tu. Warna oren dipilih supaya nampak terang. Ianya jadi tempat aku membaca buku. Pelbagai buku aku disusun di situ termasuk la juga mainan aku. Tempat bermeditasi dan berkreatif. Kreatif la sangatttt ... padahal tempat tidur aku sambil pasang kipas.... 

Kos Rumah Kucing : RM1.2k + RM 2k + RM3k = RM6.2k
Kos Condo, Apartment, Semi D : RM 2.6k + RM2.7k = RM600.00 = RM 5.9k 
Kos Sangkar Kucing : RM 150.00 @ 21 = RM3150.00 
Total = RM 15,250.00
Kos bulanan : RM 1500.00 @ 12 bulan @ 9 tahun = RM 162,000.00
TOTAL BESAR = RM 177,250.00 

@@@@

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018


Rumah Kucing dan Mereka

Keobsesan kami:

1. Rumah Kucing 1 -
Penghuni : Cici + 6 anak, Kimci + 3 anak = 11 ekor

2. Rumah Kucing 2 -
Penghuni : Dagang, Rimau + 4 anak, Bugara, Budak baru, Budak Kedai + 3 anak = 12 ekor

3. Rumah Kucing 3 -
Penghuni : Henda + 6 anak = 7 ekor

4. Condo 4 bilik -
Penghuni : Kiah, Miranda, Koko, Melati = 4 ekor 

5. Semi D - 
Penghuni : Whitey = 1 ekor 

6. Apartment  2 bilik - 
Penghuni - Hidung Penyet, BB = 2 ekor 

7. Apartment 9 bilik -
Penghuni : Ekor Pendek, Manja, Rocky, Tompok, Gen2, Linton = 6 ekor 

Total = 43 ekor  (wah wah wah, baru perasan 43 ekor rupanya hehehehe...)

Semua kediaman mereka berwarna putih. Laman dan porch kami penuh dengan kediaman mereka. Percuma siap ada cleaner lagi. aku la tu.. Aku rasa macam nak hias laman supaya jadi taman kucing lah. Aci tak?

Ada 24 ekor lagi belum diberi nama. Nak bagi nama apa ye?

Condo tu sangat selesa satu bilik boleh duduk 3 ekor. Tetapi aku letak seekor sahaja dalam setiap bilik.

Bila anak-anak kucing sudah besar, kami kena asingkan mengikut jantina. Nak mandulkan ke tak? Aku rasa perlu mandulkan yang tua-tua dulu kemudian baru lah yang muda-muda.

Malam tadi aku gigih ke DIY membeli bidai kayu untuk dipasang di Rumah Kucing 2. Sekarang ni selalu hujan lebat di waktu petang, kesian budak budak kucens kena tempias. Dulu aku pasang plastik tapi bila lama-lama plastik jadi hancur lalu aku biar jer kosong. Dalam kelam malam guna lampu dahi terus suami aku pasang bidai tu. Berpeluh jugak la dalam gelap-gelap tu. Petang ini kalau hujan lagi nak tengok kena tempias lagi ke tak.



Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018

Kancil Baru 1

Daripada dulu-dulu lagi aku memang sangat sukakan Kancil. Kereta ini sahaja yang aku mampu bawa kerana aku penakut dan tidak yakin bawa kereta lain yang lebih besar. Serasa aku Axia tu pun rasanya sudah sangat besar untukku. Orang lain hairan kenapa aku pilih Kancil kereta second hand yang sudah berbelas tahun usia. Orang lain tak faham betapa sukanya aku terhadap Kancil.Ini lah kereta idamanku. Sekarang Kancil berwarna Hijau. Aku ingat nak cat baru ke warna Kuning. Lepas tu nak cantikkan sikit Kancil nih.

Sekarang aku sudah mula memandu Kancil ke pejabat ditemani suami di sebelah. Masih tak pandai nak naik tingkat tinggi dan parking. Perlahan-lahan la ye aku belajar nanti. 

Aku tak pandai bawak kereta tapi aku ada 4 kereta : Gen2, SAGA, Viva dan sekarang Kancil. Suka kumpul kereta ye? Hehehe...

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018

Tuesday 13 March 2018

Meniti Hari-hari Usang

Kadang-kadang selalu terfikir untuk berhenti kerja sekarang juga. Kadang-kadang rasa boleh sahaja bertahan 6 tahun lagi. 

Tapi apa yang akan berlaku di hadapan kita tak akan pasti. Entah apa yang akan berlaku.Berbaloi ke ditunggu 6 tahun lagi dalam rasa tidak gembira dan sakit hati? Kalau mati mengejut tanpa sempat berbuat sesuatu yang kita suka dan minati, alangkah ruginya. Cuma tidak semua yang kita hajati kita akan perolehi kerana mungkin sesuatu perkara itu tidak sesuai untuk kita jadi Allah tidak permudahkan lorongan itu. 

Jadinya kalau aku tidak berhenti kerja (pencen pilihan) pada hujung tahun ini, maka jawabnya aku akan ambik pencen pilihan 6 tahun lagi la ...... huhuhu

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
13/3/2018

Tuesday 6 March 2018

Koleksi JS



Koleksi JS kegemaranku - Jaja dan Din dan Surat Untuk Nuha

Mary's Cabin 
6/3/2018


Apartment dan Semi-D

Bulan Feb lepas sampai lah di rumahku Apartment 9 bilik dan Semi-D baru untuk Kucens. Apartment tu tak kena saiz ukurannya jadi penjual akan menghantar sebuah lagi Semi-D sebagai ganti rugi. 



Alhamdulillah 

Mary's Cabin
6/3/2018

Kancil Baru

Seekor Kancil telah dimiliki secara rasmi pada 3 Mac 2018.
Alhamdulillah.

Mary's Cabin
6/3/2018

Thursday 22 February 2018

Kancil


Teruja menunggu seekor kancil...

Mary's Cabin
22/2/2018

Friday 26 January 2018

Life is Wonderful

Banyak perkara berlaku mewarnai hari-hari yang dilalui. Indah atau tidak tetap ada fungsinya.
Itu lah kehidupan...

Wednesday 3 January 2018

Berhenti kerja

Rancangnya nak berhenti kerja - pencen pilihan pada 31/8/2018 setelah cukup 10 tahun berkhidmat. Ataupun cukupkan sehingga 31/12/2018. 

Tapi persoalan kerasnya adalah nak buat apa selepas berhenti untuk menjana pendapatan? Walau macam mana pun mesti kena ada pendapatan, mesti ada pekerjaan untuk menampung kehidupan harian dan membuat simpanan. Walaupun banyak rancangan diatur apa yang akan dibuat, tetapi keyakinan rancangan itu akan berjaya masih lagi kabur...

Apa aktiviti yang boleh mendatangkan duit? Pecah otak memikirkannya...

Kenapa nak berhenti kerja sedangkan gaji ok dan kerja pun sudah mahir? Kerana keseronokan bekerja sudah tidak ada dengan pelbagai polisi dasar yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Bekerja ni bukan semata-mata kerana duit. Ada perkara lain yang kita perlukan.

Pasti ada jalan yang Allah akan tunjukkan. Berusaha lah.

Mary's Cabin
3/1/2018