Tuesday 31 July 2018

Hari ke 21 - Rumah Kecil Kami

Rumah kami ni kecil sahaja. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Barang-barang kami pulak tersangat la banyaknya. Kami berdua ni jenis yang suka menyimpan barang. Bukan barang mahal tapi barang 'keropeh' sahaja. Kami selalu bergaduh mengenai barang-barang ini sebab pada aku barang dia lagi banyak daripada barang aku. Tapi bila aku kemas mengemas nampak gaya macam barang aku lagi banyak daripada barang dia. Cumanya aku ada Kabin yang dia buatkan untuk simpan barang-barang aku. Sedangkan dia simpan barang dalam rumah. 

Rumah kami nampak sempit kerana keberadaan barang-barang ini. Nak buang sayang, nak simpan takde ruang dah. Tapi sehingga kini kami masih menyimpan barang-barang tu semua.Tak apa lah walau rumah kami nampak sempit penuh dengan barang asalkan kami bahagia. Nak kata apa lagi ye dak? Tetamu sila ignore yer kalau nampak barang-barang kami yang banyak ini. 

Aku sangat suka dan sayang dengan rumah ini. Lamannya yang luas (padat dengan rumah kucing dan Kabin) tapi puas hati kerana boleh beriadah di laman ini :- kejar mengejar kucing (senaman), membaca buku dalam Kabin (tidur sebenarnya dengan kipas on dan angin sepoi sepoi), menyapu sampah (senaman), lari-lari anak (senaman), melompat (kait buah mempelam), menyiram tanaman sekali sekala (rendang tak berbuah) dan kemas mengemas yang tak pernah selesai kerjanya. Penyelenggaraan rumah ni pun senang jer sebab kecil. Porch kami juga penuh dengan rumah kucing dan sangkar kucing. Barang-barang lain pun banyak juga. Haishhhh teruk betul la kami ni menguruskan kekemasan rumah. Hmmmm entah la bila nak berubah ni...

Aku dan dia
Mary's Cabin 
30/7/2018.


Monday 30 July 2018

Hari ke 20 - Buku Masakan


Suka dapat beli buku masakan ini semalam di Popular. Konon-kononnya nak masak menggunakan Air Fryer dan Pressure Cooker. Huh tak tahu lah berjaya ke tak memasak dengan lebih kerap dengan 2 peralatan ini. 
 
 
Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  30/7/2018.

Hari ke 17 hingga 20 - Misi Menurunkan Berat Badan

Misi untuk menurunkan berat badan sehingga 20kg sedang bermula. Dijangkakan akan mengambil masa selama 20 bulan. Harap kali ini berjaya demi masa hari tua kelak. Badan pendek memang tidak sesuai dengan berat 68kg. Yang utama perlu buat exercise sekurang-kurangnya 30 minit sehari 3 kali seminggu. 

Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  27 hingga 30/7/2018.

Thursday 26 July 2018

Hari Ketiga hingga ke 16

Bukan senang rupanya untuk konsisten menulis. Tak kiralah menulis di blog, FB atau pun diari. 
Menulis memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi. Contohnya aku ni sudah 13 hari rupanya tidak menulis semenjak 9 Julai 2018. 

19 - 24 Julai aku balik kampung menguruskan pertukaran nama pada geran tanah pusaka arwah mek. Pejabat tanah mengeluarkan notis bicara pada 24 Julai. Adik beradik yang tidak dapat hadir perlu mengisi borang DDA. 
Penat menguruskan hal pejabat tanah, petang 24 Julai aku terus ambik flight balik ke KL. Legaaa...

Sudah rindu dengan kucensku yang sudah 7 hari tak berjumpa. Kemas mengemas rumah kucing ambik masa 2 jam juga. Penat tapi happy. 

 
Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
12 hingga 26/7/2018.

Wednesday 11 July 2018

Hari Kedua dan Ketiga - Menghargai apa yang ada

Hari Kedua tak sempat nak menulis. Tak tahu lah nak kata sibuk ke apa. Rasanya sebab terlupa. 
Setiap hari memikirkan apakah kebaikan yang ingin dilakukan. 

Manusia akan berubah bila tiba masanya. 

Berubah kerana diri sendiri bukan kerana paksaan orang lain atau ikut-ikutan. 

Menghargai apa yang ada... Melepaskan jika bukan rezekinya...

Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
10 dan 11/7/2018.

Monday 9 July 2018

Hari Pertama - Buat lah kebaikan di muka bumi ini

Cabaran untuk menulis setiap hari selama 100 hari...

Susah sebenarnya untuk konsisten melakukan perkara baik setiap hari kecuali makan... 

Buatlah kebaikan di dunia ini sebelum diri dijemput Allah ke Tanah kekal abadi.

Buat lah semua yang dihajati untuk kegembiraan semua. 

Fikirkan jika hanya ada 100 hari sahaja lagi untuk kehidupan di dunia ini...

Aku dan dia ... 

Mary's Cabin 
9/7/2018.