Wednesday 27 March 2019

BB (2011-2019)

Pergilah BB untuk selamanya selepas 8 tahun bersama. Semalam kali terakhir kau bersamaku... Kau kujumpai tahun 2011 di simpang jalan dilanggar motor barangkali. kecederaan yang teruk di mulut. Vet operate pasangkan besi supaya BB dapat makan. Kalau tidak BB akan mati tak dapat makan dan minum. Masa tu mungkin kau sudah berusia 1-2 tahun. Kau berjaya menggunakan besi dan kemudian dikeluarkan apabila kau sudah sembuh. Kau jantan yang tak banyak kerenah tetapi mudah bergaduh dengan kucing jantan lain. Kau sangat besar berbulu panjang.
 
Begitu lah pusingan kehidupan ... hidup dan mati ...
 
Mary's Cabin
27 Mac 2019