Friday 14 August 2009

Kerinduan itu...

Tiba-tiba hari ini aku terasa begitu rindu dengan kehidupan lalu.. di zaman kanak-kanak.. di zaman kemiskinan... Dulu rumahku sangat usang...kopak sana sini... dengan ahli rumah seramai 10 orang berhimpit di ruang yang kecil. Tapi kami bahagia sekali. Kawan-kawanku hanyalah adik beradikku. Dengan segala kesusahan dan kekurangan, kami mencipta impian sendiri, tidak mahu dihimpit kemiskinan lagi. Dan kakak sulungku adalah pembuka masa depan kami. Dengan segala pengorbanannya yang tidak mungkin terbalas, kami keluar dari semak dan denai kemiskinan mencari ruang bernafas lega. Bukan kekayaan yang dikejar, tetapi lebih kepada 'survival' dan maruah.
Kini kami berjaya dengan cara sendiri.. dengan cabaran baru..



No comments: