Wednesday 5 October 2011

Kucing - kucing

Rasanya dari kecil memang family aku ada membela kucing-kucing. Cuma pada masa di kampung, rasanya adik-adik aku lagi rapat dengan kucing2 tu semua. Aku kurang rapat mungkin sebab masa tu lebih seronok menghabiskan masa menonton TV. Tapi yang pentingnya kami sekeluarga memang sudah biasa ada kucing di dalam rumah.

Bila aku sudah menetap di rumah sendiri ni, kesukaan membela kucing tiba-tiba datang. Aku mula betul2 membela kucing lebih kurang 3 tahun yang lalu semasa berada di rumah atas. Masa tu ada seekor ibu kucing (rupa-rupanya ibu kucing ini kepunyaan jiran aku) hendak beranak. Bila dia beranak di stor rumah, maka bermula lah episod pemeliharaan kucingku. Semuanya bermula dengan 3 ekor anak kucing (ibunya meninggalkan rumahku dengan meninggalkan anak2nya). Kerong, Gen2 dan Hitam menjadi kesayanganku. Makan minum, kencing berak semua dijaga seadanya. Suamiku pun suka kucing, jadi tiada masalah untuk membela mereka.

Sekarang ini rumah kecil kami di corner lot penuh dengan 10 ekor kucing. Dan sekarang bertambah lagi dengan 10 ekor babies kucing. Babies ni dari 2 ekor ibunya. harap2 babies ni sumer sihat-sihat hendaknya. Sepanjang di rumah kecil ini dah banyak kucing-kucing kami yg mati disebabkan kemalangan dan penyakit. Ada juga yang menghilangkan diri. Saat-saat kehilangan mereka sangatlah memeritkan. Aku pernah menangis seharian merapati pemergian mereka. Tapi itu lah... ajal maut di tangan Tuhan. Babies mungkin ada dalam 14 ekor yang semuanya dikebumikan di sekeliling rumah kecil kami. Babies mati disebabkan penyakit. Kitten akan gagal hidup sekiranya tiada ibu yang menyusukannya. Penyakit seperti selesema juga antara penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Kadang-kadang kami sudah berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan mereka dengan semestinya membawa mereka berjumpa Vet tetapi sesungguhnya kematian tidak dapat ditahan.

Kami bina rumah kucing supaya mereka terkawal di dalamnya semasa kami keluar bekerja. Hanya Kerong dan Celoreng sahaja dilepas bebas kerana kami yakin mereka berdua mampu menjaga diri mereka selama 8 jam kami di pejabat. Apabila malam, mereka akan tidur di dalam rumah. Ada yang akan tidur di dalam bilik tidur kami berkongsi katil dengan kami. Setiap hari jam 5.00 pagi mereka akan mula buat bising kejutkan kami. Ada yang tidur di dalam bakul yang disediakan, rumah kain kucing, dalam almari Astro, atas almari, bantal besar, bawah katil, bilik air etc di mana-mana sahaja yang mereka suka. Apabila kami ada, baru lah mereka dilepas bebas dengan pemerhatian kami.

Alhamdulillah rumah kami corner lot jadi tidak menganggu jiran tetangga dengan kucing2 kami. Tapi taman ni pun memang banyak kucing sbb kejiranan kami pun memang ramai yang membela kucing.

Aku harap semua manusia di bumi tidak membenci kucing atau binatang2 lain kerana mereka pun makhluk Allah juga. Seperti kucing tidak lah menyusahkan manusia sebenarnya. Mungkin bila mereka lapar yg kadang2 menyebabkan mereka mengambil makanan manusia. Sedekahlah makanan kepada kucing kerana rezeki akan melimpah ruah kepada anda. Akan ada rezeki untuk kucing2 semua.

Jikalau ada yg tidak suka dengan kucing, mungkin mengunjungi rumah kami adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan sebab kalau ke rumah kami, memang penuh dengan kucing2 berkeliaran bermain kejar-kejar dan melompat-lompat di dalam rumah. Makanan + air mereka juga ada di setiap sudut. Anda tidak suka tidak mengapa tetapi kami sangat sayangkan mereka. Mungkin membela mereka agak memenatkan tetapi alah bisa tegal biasa? Sofa memang dibeli untuk kegunaan mereka mencakar kuku. Kerusi kayu sahaja yg jadi kerusi tuan rumah. Sofa baldu adalah untuk si kucing. Hehehehe.....

HIDUP KUCING UNTUK NEGARA???

No comments: