Tuesday 6 January 2015

Buku dan mini perpustakaan

Aku memang banyak mengumpul buku-buku dari pelbagai genre. Yang paling banyak sudah tentu novel. Novel-novel yang dipilih adalah berdasarkan minat dan kesukaan aku, bukan disebabkan kepopularan novel itu. Penulisnya pun sudah tentu pelbagai latar belakang. Ada yang memang sudah terkenal dan ada yang baru nak meningkat naik. Sekiranya cover novel dan intisari novel itu menarik, baru lah aku akan membelinya.

Aku juga suka mengumpul majalah komik, sudah tentu Majalah Gila Gila (suami punya). Pernah mengumpul siri kartun Islamic yang disiarkan di suratkhabar Utusan Malaysia beberapa tahun dahulu. Aku gunting dan lekatkan di kertas keras supaya senang dan lama disimpan. Sekarang ini sudah lama tidak membeli suratkhabar Utusan Malaysia dan sudah tidak jumpa siri kartun yang berkualiti. Mungkin kena belek belek semula Utusan Malaysia ni.

Sekarang tengah planning untuk restructure balik almari buku dan majalah supaya dapat dijadikan mini perpustakaan. Pernah belajar kepustakawanan ni kena lah aplikasikan ilmu itu. Bernasib baik kerana bidang pekerjaan suami pun perpustakaan juga, dan suka mengumpul buku yang menarik juga. Sebuah bilik perlu diperuntukkan untuk mini perpustakaan dan pelbagai koleksi comel aku. Hmm... muat ke dengan bilik kecil tu? Kena kreatif nih. Takpa suami ada, biar dia tolong fikirkan...

Sekarang pun sedang mengumpul buku-buku lama terpakai keluaran tahun 1980-an dan 1990-an. Agak susah nak jumpa buku-buku lama yang menarik hatiku.

Memang sangat menarik bila bercakap mengenai buku ni, tak habis nak ditulis .....

No comments: