Wednesday 5 April 2017

Cabin

Dalam proses untuk membina sebuah cabin di laman rumah. Ia lebih kepada ruang aku untuk menempatkan koleksi buku-bukuku yang sudah terlalu banyak itu. Cabinnya akan berwarna kuning nanti warna pilihan suami. Ia akan jadi ruang lepak dan santai kami di siang hari. Akan diletakkan aircond dan kipas kerana lumrah sifat fizikal cabin sudah tentu lah panas. Banyak yang difikirkan dalam kepala ini macam mana nak hias cabin ni nanti. Cabin ini terletak bersebelahan dengan rumah kucing. Sambil lepak-lepak di situ boleh lah memantau kucing-kucingku. Di cabin ini juga akan ditempatkan semua anak patung kucing dan teddy bear aku yang bersepah dalam bilik tidur kami. Juga semua koleksi kereta mainan dan lain-lain koleksi aku seperti cawan gelas mangkuk. Walaupun aku sudah tua tetapi aku ni banyak koleksi macam kanak-kanak.

Walaupun laman rumahku yang agak luas dan memang boleh besarkan rumah, tetapi aku lebih sukakan ada tanah dan rumput maka kami tidak bercadang untuk membesarkan rumah sedia ada. Ada bebudak berkaki empat dan berbulus ni memang perlukan laman rumah bertanah dan berumput. Lagipun hanya kami berdua sahaja jadi buat apa hendak rumah yang besar.

Sebab itu aku mula membina macam-macam di laman rumahku. Sehingga tiada ruang untuk parking kereta. Ada 3 buah rumah kucing bersaiz 8x8, 10x8 dan 16x6, stor bersaiz 6x6, mini wakaf dan wakaf besar. Wakaf besar ini lah yang akan diruntuhkan dan ditukarkan kepada cabin kerana masalah anai-anai sudah memakan kayu-kayu wakaf ini. Menjaga wakaf berkayu memang rumit kalau melibatkan anai-anai.

Cabinnya akan jadi lebih kurang macam ini la...






Tapi tak lah sebijik macam ni. Yang macam ini cantik sangat... tak mampu den nak buat... hmmm.. kalau cat warna oren cantik tak?


Sekarang pun aku sedang berjinak-jinak menanam pokok dan sayur-sayuran di laman rumah. Tetapi di dalam pasu lah. Sebabnya tanah rumahku tu jenis keras dan kering. Susah nak mencangkul atau menggemburkan tanah. Bimbang pokok tak hidup nanti. Pokok yang sedia ada 2 pokok rambutan dan 1 pokok mempelam. Sekarang pokok yang sedang membesar pokok mempelam, jambu madu, jambu tempatan, belimbing buluh. Sayur pulak cili api, cili besar. Sedang disemai sawi, bayam, kangkung, tomato, daun ketumbar dan daun bawang. Oooo serai yang aku belum tanam. Nanti nak tanam daun sup pulak.

No comments: