Friday 30 June 2017

My Kabin








Akhirnya Kabinku siap jugak pada hari Jumaat sebelum hari raya. Hari Sabtu tu aku sibuk mengemas Kabin. Aku angkut semua buku-buku daripada bilik depan dan bilik aku. Hasilnya bilik depan sudah lapang. Aku letak karpet merah dalam Kabin dan semua mainan aku termasuk beg-beg comel, teddy bear dan teddy cat. Penuh dah Kabin aku nih. Majalah-majalah dah dimasukkan dalam kotak-kotak. Nanti balik dari Mekah baru nak kemas semua semula. Suka sangat dengan Kabin ini. Di sebelah Kabin ini ada kerusi batu warna orange. Jadi aku sudah boleh menghabiskan masa lapang aku di Kabin ini sambil bermain dengan kucing dan membersihkan laman rumah. Aku nak cuba cari rak buku yang murah untuk buku-buku aku nih. Sekarang hanya guna rak yang mana ada sahaja. Rumah pun dah jadi lapang. Tapi ada banyak lagi barang dalam rumah yang perlu dikemas dan disusun elok-elok.

No comments: