Thursday 7 December 2017

Perihal Pejabat

Sekarang aku mengambil sikap yang bersahaja dan tidak begitu bersungguh-sungguh untuk apa-apa perihal pejabat. Aku akan siapkan urusan berkaitan kerja aku sahaja. Hal-hal kerja orang lain aku sudah tidak berminat untuk ambil tahu. Kalau dulu aku agak rajin menyelesaikan masalah urusan kerja orang lain. Sekarang aku amalkan tutup pintu dan tutup hati. 

Tindakan aku ini sekurang-kurangnya telah mengurangkan beban kerja aku. Banyak masa boleh difokuskan kepada kerja aku sendiri. Tekanan kerja juga dapat dikurangkan bila mana mereka sudah takut untuk meminta bantuanku. Hidup aku jadi lebih senang.

Sekarang masa untuk fokus kepada Mary's Cabin. Tambahkan lebih banyak koleksi. Bila tiba masanya aku sudah bersedia dengan beberapa rancangan. 

Melihat kehidupan dengan lebih positif. Buat apa yang aku suka dan minat. Lupakan yang lain yang bersifat negatif. Jadi lah diri sendiri yang unik. Banyak perkara lain yang masih belum diterokai. Sebagaimana banyak tempat dalam Malaysia yang masih belum dilawati.

'Mencipta berbanding Mengikut'

Mary's Cabin
7/12/2017

No comments: