Monday 15 September 2014

Mandulkan Kucing

Mengikut Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus (tidak haram) sekiranya kita mandulkan kucing dengan niat untuk mengelakkan pembiakan yang banyak yang akan memudaratkan masyarakat setempat. Ada pula fatwa lain mengatakan haram kerana ia menentang hukum biologi binatang yang telah ditetapkan Allah.

Di Jepun ada beberapa pulau (dalam pengetahuan ada 2 buah pulau) yang dipenuhi kucing sehingga dinamakan pulau untuk kucing. Persoalan di fikiran aku, adakah mereka memandulkan kucing di pulau ini? Sebab ada banyak kucing di sini. Kalau nak dimandulkan tentulah memakan kos yang bukan sedikit.

Aku pernah mandulkan beberapa kucingku dengan niat tidak mahu ada pembiakan yang tidak dapat dikawal nanti. Tapi sekarang aku tidak lagi memandulkan mana-mana yang ada selepas kejadian seekor kucing betinaku mati selepas dimandulkan... Ekor Panjang dalam kenangan... Aku kawal dengan mengurung asingan mereka antara jantan dan betina. Akan dilepaskan bermain di laman secara berkumpulan batch by batch.  Aku serahkan kepada Allah Taala takdir bagaimana, selepas berusaha mengelakkannya.

No comments: