Wednesday, 21 March 2018

Kucens

Pernah ada orang komen kepada aku kenapa aku terlalu obses memelihara kucing. Kerana memelihara kucing memerlukan duit yang bukan sedikit apatah lagi kalau jumlah kucing yang begitu banyak. Bukankah lebih baik gunakan duit tersebut menanggung anak yatim piatu daripada membela kucing? Jawapan aku - aku senyum jer kerana aku tak ada jawapan untuk itu. Kadang rasa menolong manusia selalunya tidak dihargai malah disakiti, lebih baik menolong kucing. Lagipun kucing kalau tidak ditolong siapa yang akan menolong mereka. Ramai juga yang tidak suka dengan kucing seperti mahu supaya kucing hidup jauh daripada manusia. Tapi memang kejadian Tuhan kucing dijadikan untuk hidup disamping manusia.

Memelihara kucing bukanlah pelan kehidupan kami. Tidak pernah terfikir pun. Ia bermula tahun 2008 bila Gen2 dan 2 adik beradiknya lahir di rumah banglo mertuaku yang masa tu kami yang duduk di situ. Rupanya ibu Gen2 adalah kucing jiran sebelah kami. Apabila kami berpindah ke rumah sendiri tahun 2011, semenjak dari hari itu kucing kami mula bertambah. Pernah ada sehingga 50 ekor lebih tapi kemudiannya mati seekor demi seekor. Mati sebab pelbagai kebanyakkannya kerana sakit. Ada juga yang pergi berjalan dan tak balik balik rumah. 

Semenjak itu juga kami mula membina rumah kucing dan membeli sangkar-sangkar. Laman kami nampak crowded dengan rumah kucing. Sangkar besar 2 tingkat ada berpuluh puluh. Boleh bayangkan berapa duit yang kami habiskan. Sebuah sangkar 2 tingkat berharga 100.00-250.00. Semata-mata untuk memberi keselesaan kepada kucins. Kami tidak mahu lepas bebas kucing kerana tidak mahu mereka membuat onar di rumah jiran - takut kencing berak di rumah orang atau mencuri makanan di dapur orang. Nampak macam mengurung sedangkan kucing sepatutnya di lepas bebas. Tapi demi keselamatan mereka, tindakan begitu lebih baik. Mereka akan dilepaskan bermain di kawasan rumah dengan pemantauan kami. Kena berlari dengan mereka kalau mereka berlari ke sana ke mari. 

Makanan dan perubatan kucing memang mahal. Jadi korbankan sahaja kehendak kami dan dahulukan keperluan mereka. Kos bulanan mereka 1k-2k. Mesti orang fikir kalau disimpan duit itu mesti kami sudah boleh membeli kereta baru cash. Tetapi takdir Tuhan begitu. Kalau kami tak pelihara kucing pun belum tentu kami akan dapat menyimpan duit itu. Mungkin memang duit itu adalah rezeki kucing.

Tahun lepas Cabin mula dibina menggantikan Wakaf besar kerana wakaf tersebut mula ada anai anai. Rasa rugi juga kerana duit dah habis membina wakaf besar tu. Warna oren dipilih supaya nampak terang. Ianya jadi tempat aku membaca buku. Pelbagai buku aku disusun di situ termasuk la juga mainan aku. Tempat bermeditasi dan berkreatif. Kreatif la sangatttt ... padahal tempat tidur aku sambil pasang kipas.... 

Kos Rumah Kucing : RM1.2k + RM 2k + RM3k = RM6.2k
Kos Condo, Apartment, Semi D : RM 2.6k + RM2.7k = RM600.00 = RM 5.9k 
Kos Sangkar Kucing : RM 150.00 @ 21 = RM3150.00 
Total = RM 15,250.00
Kos bulanan : RM 1500.00 @ 12 bulan @ 9 tahun = RM 162,000.00
TOTAL BESAR = RM 177,250.00 

@@@@

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018


No comments: