Bermula sekarang nak fokus kepada berkebun lah pulak. Mahu menggunakan peluang laman yang luas sebaik mungkin. Tanah rumah ni jenis keras kalau menanam sayuran tidak menjadi. Kena tanam dalam pasu.
Melihat orang lain bertanam mudah sahaja rasa cemburu pulak. Sayuran sekarang pun harga mahal, terasa sangat kalau beli sayur kemudian dibiar kering dalam peti sejuk. Nak berkebun kerana baca maklumat cara berkebun dulu takut nanti menanam tak menjadi.
Semalam, aku pindahkan Henda dan 2 anak tuanya daripada Rumah 3 ke dalam sangkar. Kerana aku nak jadikan Rumah 3 sebagai rumah untuk semua kucens bersantai santai secara bergilir-gilir terutama untuk yang Jantan. Kesian pulak mereka duduk berlama-lama dalam sangkar. Kena dilepas bebas sekali sekala. Kalau dilepas bebas dalam laman habis diserang Jantan lain dalam sangkar. Walau bersangkar pun tetap mereka bergaduh bertumbuk. Menakutkan je. Jadi selepas ini setiap hari mereka akan berpeluang duduk bebas di dalam Rumah besar mengikut giliran.
Aku dan dia
Mary's Cabin
24/12/2018
No comments:
Post a Comment