Monday 10 December 2012

Kerja...

Oh ya, aku dah bertukar jabatan. tempat baru ni lebih relax sikit. Dah tak perlu outstation. Dok aje kat opis. Sangat menyenangkan! Kadang-kadang rasa teringin nak jadi Librarian dan bekerja di PPPAS. Boleh berada dekat dengan husband 24 jam. HAHAHA tentu membosankan buat husband. Agaknya suatu hari nanti kalau ad banyak duit, aku boleh bukak kedai buku dan jadi Librarian sendiri. Cat's Lovers Gallery! Di atas 2 ekar tanah yang ada ladang dan rumah kucing. Wah berangannya! Tengok lah nanti!

Meminjam

Bukan tidak mahu memberi pinjaman kepada tuan puan tetapi kewangan saya yang tidak sebarapa ini saya peruntukkan untuk anak anak kucing saya dan kucing terbiar. Mereka lebih memerlukan dari tuan puan. Tuan masih punya kudrat dan akal untuk mencari wang. Apa pun saya doakan tuan puan berhasil dalam pencarian.

Notes : Dulu masa saya tak punya kucing, boleh la saya bagi tuan puan hutang. Sekarang saya sendiri berjimat cermat. Yang sedikit itu lah yang istimewa.... lebih dihargai. Seekor ikan kecil untuk anak kucingku....

...

Lama kelamaan hati kita akan rasa bahawa kekayaan tidak bisa membahagiakan atau menyenangkan hati kita. Kekayaan yang dibahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan akan memberi kepuasaan kepada kita. Hidup lah bersederhana. Biar mereka memandang serong, tetapi hakikatnya hati kita puas dapat melakukan kebaikan atas muka bumi ini sebelum jasad meninggalkan alam dunia ini.

Setelah sekian lama...

Banyak cerita... banyak peristiwa... kemalasan melanda... mood yang kureng etc... makanya diam lah seribu bahasa...

Thursday 31 May 2012

Mek

Genap 10 bulan kepergian ayah ke Rahmatullah, mek pula menyusul tanggal 16 Mei 2012 akibat serangan jantung. Aku berada di sisinya hingga saat terakhir. Dapat aku lihat betapa sakitnya apabila mendapat serangan jantung. Walhal sebelum ini, mek tidak ada tanda-tanda sakit jantung. Suratan takdir begitu. Mungkin mek rindukan ayah... selalu mimpikan ayah... Alhamdulillah aku ada balik menjengok mek 2 minggu sebelum kepergian mek. Begitu juga adik-adik perempuanku yang lain. Sempat lah kami berborak-borak dengan Mek. Mek yang rajin berkebun... membersihkan tanah baru... semua mek nak buat...

Kami anak2 perempuan berada di sisi mek saat pengurusan mandian dan kapankan jenazah. Tidak ada sedikit pun perasaan takut saat itu, terasa seperti berada di sisi mek yang sedang tidur lena... sungguh lena... wajah yang suci bersih... seorang ibu tua yang berkorban segala-galanya untuk anak-anak... yang tidak mengeluh... tidak kenal erti penat... Mana ada ibu yang tidak pernah berkorban untuk anak-anak kan? Urusan pengkebumian mek sangat cepat. Segalanya berlaku dengan pantas. Terima kasih tidak terhingga kepada mertua adikku yang menjadi ketua menguruskan jenazah. Sikapnya yang tidak cakap banyak sepanjang pengurusan jenazah sangat aku puji dan sanjung.

Bilakah pula masa kita akan dijemput Allah? Semua manusia akan menuju ke alam abadi.....

Ibu - P Ramlee
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Tuesday 10 April 2012

Nota Peribadi..

Kemaafan dipinta dari semua...

Moga ada keampunan dalam diam...
Bertawakal dan berserah .... pada YANG SATU
Hidup tidak lama... semuanya sementara sahaja...
Yang kekal abadi menunggu di sana...

Taubat nasuha berkali-kali...
Moga keampunan Ilahi diperolehi...
Bekal menuju alam abadi...

Ketaatan tidak berbelah bagi...
Walau susah diberi...
Dia yang satu kekal di hati...

Istighfar beribu kali...
Pengubat nafsu di hati...
Moga jalan yang ditempuhi...
Disinari cahaya Ilahi.

Berkati dan lindungilah diri ini...MUSAFIR...

Friday 6 April 2012

Potsdam, Berlin, German (17 Mac - 24 Mac 2012)







Hari tu berpeluang ke Berlin German. Bawak husband sekali. Rasanya biasa-biasa aje ke sana sebab mungkin memang bukan minat sangat ke luar negara. Dah ada govt sponsor pergi aje ler.

Cuaca kat sana sejuk dlm 5-10 celcius. Bila malam ya ampun sejuknya sampai ke tulang. Ikut kawan shopping malam-malam, tapi muka jd pucat sebab tak tahan sejuk. Kulit bibir pecah2 sebab sejuk, badan gatal-gatal sebab sejuk, hidung berdarah sebab sejuk. La... semuanya sebab sejuk. Nampak sgt badan tak boleh adjust dgn cuaca sejuk mcm ni. Kat sana kul 6.00 ptg dah gelap gulita. Sangat lah boringnya di luar negara sama mcm pengalaman di Bangalore dan Bangkok. Nasib baik kali ni bawak husband so tak der la rasa sunyi sangat. Semuanya dlm Bahasa German sama ada perbualan mahupun tulisan. So memang tak paham apa masa shopping. Guna bahasa insyarat je. Orang lain shopping sakan terutamanya beg mcm LV dan Long Cham. Regenya sgt la mahal sampai ribu riban. Sebab 1 Euro=RM4.035. So end up kami suami isteri tak beli apa2 yg mahal melainkan brg survenier. Itu pun dlm rege RM16 ke atas sekeping. Rasa membazir duit shopping di luar negara sebab duit tak berapa nak ada banyak. Lagipun rasanya better duit tu digunakan untuk kucens kami. Kalau beli handbag LV dlm RM4800.00, rasanya dgn nilai mcm tu brapa tahun kucens kami boleh mkn enak2 tu.

Rasa tak menyesal tak beli apa-apa sebab barang2 tu semua pun ada jugak kat M'sia. Lagi senang sebab ada banyak masa nak pilih-pilih. Tapi confirmkan la aku takkan ler nak beli handbag rege RM4800.00.

So ini la few photos kami kat Potsdam dan Berlin. ULASAN JELAS : TAK BEST PUN KE LUAR NEGARA NI, KAT DALAM MALAYSIA LAGI BEST!!!

Tuesday 6 March 2012

Rumah Kucen I



Ini la rumah kucen I. Rumah ni bersebelahan je dgn rumah kucen II. Di tengah2nya ada pokok rambutan.

Rumah Kucen Baru










Ini lah rumah kucen II. Modified daripada wakaf...Rumah kucen I masih ada seperti biasa. Rumah kucen I untuk kucens besar (5 ekor), rumah kucen II untuk kucens kecik (7 ekor). Yg tak suka dok dalam rumah kucens dan dibiarkan berkeliaran ada 3 ekor (cleo, celoreng dan ibu tumpang). Yg dok dalam 2 cages besar ada 2 ekor (BB dan ekor panjang). So semua total ada 17 ekors. Rumah ni siap hari Jumaat, hari Ahad dah ada pelawat couple cina dengan cucunya datang tengok2 rumah kucens. Diorg kata best la dok rumah corner lot, orang tak boleh kacau, boleh pelihara banyak kucens. Kat rumah dia susah sebab jiran2 tak suka kucens dan diorg suka report kat polis. Couple ni siap cakap, 'u jaga kucens ni nanti bila u dah tua, kucens ini akan doakan u'. Couple ni tahu pasal rumah ku + kucens bila anaknya yg selalu menggunakan jalan rumahku selalu melihat rumahku yg ada rumah kucens + banyak kucens. (Ish betul ke ayat ini?)

Semalam pulak ada dramatis + suami + anak yg dok area rumah ni meninjau2 rumah kucens ku. Lepas tu pulak ada seorang ibu dengan anak2nya melihat-lihat rumah kucens ku dan menunjukkan kpd anak2nya betapa byknya kucens di rumahku. Wah rumah kucens + kucensku dah ada ramai peminat. Tapi rumah kucen II ni kena modified lagi sebab kalau hujan lebat, takut kena tempias. Duduk elok2 ye semua kucens ku!

Monday 5 March 2012

Rumah Kucing II

Rumah kucing II dah siap pada hari Jumaat lepas! Yeay!! Dapat la kucen2ku ruang yang lebih luas untuk berkejaran... hehehe... Nanti ada masa nak upload gambar weh! Ok jugak me and my husband buat kerja keras tangan ni ye... Tp mine of course la tak brapa cantik sangat!(or langsung tak cantik?) org yg jenis tak sabar buat kerja macam tu ler...

Tuesday 28 February 2012

Hari Keluarga PPAS Jan 2012









PPAS mengadakan hari keluarga mereka di Gambang Resort, Kuantan. Ini ada beberapa gambar suasana di dalam resort ni... Pada aku resort ni sesuai utk yg ada kanak2 je ler... utk pesen mcm aku yg tak brapa gemar air ni kira bukan good option la utk ke sini. TARA!!!

Sabtu dan Ahad




Sabtu dan Ahad

Siapkan rumah kucens kedua - tapi tak siap2 jugak disebabkan kekangan masa dan tenaga. Susah jugak ye nak buat rumah + bertukang ni. Almaklum ler kita tak pandai sangat. Habis luka-luka dan pecah jari jemariku... Rumah kucens yang kedua ini asalnya daripada wakaf besar 8x8 yang jarang kami duduk tu. Untuk bg keselesaan kepada the kucens, maka kami ubahsuai wakaf tu jd rumah mereka dengan disambung 4x4 lagi ke belakang. Jadi lebih besar ler sikit. The kucens yg besar2 boleh la dok rumah wakaf ni, yg kecik2 pulak kekal la dok dalam rumah dulu. Senang nanti nak uruskan mereka. Tak payah lepaskan mereka kecuali hari cuti atau ada sebelah petang...

Ke D'Reebu - cari pondok comel untuk menggantikan pondok besar... Semua pondok2 kat situ lawa-lawa belaka. Duit aje yg tak lawa... so pilih pondok comel sesuai dengan duit yang comel je... 2 minggu lagi sampai la pondok comel tu kat rumahku... suka... suka!

Nak kawasan rumah mcm kat atas buleh tak?

Thursday 9 February 2012

Tanak Kampung

Lirik Lagu Tanak Kampung (Versi Melayu) -Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

(ulang Chorus)

Back to Basic...




Dah tua-tua ni, aku sudah kurangkan banyak keinginan. Sekarang keinginanku menjadi seminimum yang mungkin. Yang biasa-biasa sahaja. Nak hidup macam zaman batu atau zaman nomad dulu. Yang penting kami sihat dan kuat untuk melaksanakan tangggungjawab... Back to Basic!

Kehijauan... kedamaian... ketenangan...keindahan...itu lah yang dicari...

Friday 3 February 2012

Terlalu Istimewa

Adibah Noor - Terlalu Istimewa Lyrics

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

Falsafah Kucing



Quote daripada e-mail dsjkamarul@gmail.com

Makanan kesukaan kucing ialah ikan.
Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.
Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??
Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.
Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…
untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?
Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.
Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.
Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.
Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.
Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…
Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.
Maka jika begitu… apalah gunanya?????

Wednesday 1 February 2012

Tidak Mendengar Kata...


...
bila kamu tidak mahu mendengar kataku, maka jangan lagi bertanya apa-apa kepadaku...
orang muda zaman sekarang memang tidak mahu mengalah walau mereka yang salah...
masalahnya penyelesaian dan keputusan kamu itu memang salah...
dan bila kamu bermasalah dengan masalah yang kamu ciptakan, mengapa masa itu pulak kamu mencari aku mencari idea menyelesaikan masalah?...
atau aku kah yang mulut banyak ?...

hmmm... mungkin ini perasaan aku seorang yang menginjak usia tua...

Thursday 26 January 2012

http://kucing2terbiar.blogspot.com/


Mintak-mintak la blog http://kucing2terbiar.blogspot.com/ segera sembuh selepas kena hacked. I missed that blog so much! Banyak info dan cerita-cerita menarik. My most fav blog! Everything about cats, dogs and nature.

Wednesday 25 January 2012

Rumah Saya..




Rumah saya ada banyak kucing... rumah saya rumah kucing... kalau awak tak suka kucing, awak tak payah datang rumah saya pun takpe... saya tak kisah...

Friday 20 January 2012

Sedih...

Setiap kali membaca berita kematian kucing-kucing di dalam blog-blog, hati aku jadi amat sedih. Sesedih mengenang kematian Kerong ... apatah lagi kalau kematian mereka adalah disebabkan kemalangan. Mengapa lah pemandu2 di taman-taman suka memandu laju2. Ini kan taman, bukan jalan besar. Kenapa tak berhati2 membawa kereta tu....

Membaca berita shark di http://shomeyshayang.blogspot.com/ sungguh menyedihkan... mengapa ini yang terjadi? Allah saja yang Maha Mengetahui.

Tuesday 17 January 2012

Hari Gambar Sedunia

Hari ini saje2 nak boh gambar byk2 kat blog....

Ops sambung gambar dia lagi...





Gambar Dia pulak...



Masa Dulu-dulu



Ini masa zaman muda-muda, kat uitm. Semuanya kecik molek je masa tu...

Makan-makan


Ini gambar makan-makan kat pejabat hari tu. Aku makan 4 pinggan hari tu! Sedap punya pasal kot... Makan jangan tak makan... Kat dalam gambar tu, aku sorang je yg sudah tua... dah nak masuk 40...

Wakaf Kami...


Ini pulak wakaf idaman kami.... bila la nak dapat mcm ni ye... penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan... wangi... kucing berak dan kencing merata pun tak bau busuk sebab wanginya bunga-bungaan menguasai halaman...

Rumah Kami...


Ini lah rumah idaman kami.... ada kucing merayau-rayau, ada pokok memenuhi laman...

Muhasabah Diri ...


Kadang-kadang terasa badan ini letih, lenguh dan lesu dalam menjalankan tugas-tugas harian. Apabila selesai sahaja semua kerja-kerja harian, tidur sahaja yang menjadi waktu merehatkan badan. Tetapi selalu tanamkan dalam diri, ini adalah pilihanku, jadi aku perlu teruskan. Alah bisa tegal biasa. Menjadi manusia perlu berani untuk melakukan sesuatu kebaikan untuk makhluk sejagat sebelum jasad dijemput Yang Berkuasa. Ada kebaikan yang ingin ditanam di atas muka bumi ini... kepuasan diri.