Tuesday 31 October 2017

Mary's Cabin

Introducing Mary's Cabin - soon 2018 😏


Friday 20 October 2017

Berhenti Kerja

Kita dah tua. Dah tidak upaya nak pikat sesapa. Depa pun tidak heran kalau kita berhenti kerja. 
We are replaceable. 
Rasa nak berhenti kerja sangat-sangat sebab rasanya tiada dihargai pun. 
Hanya orang yang mendengar kata bos sahaja yang akan boleh hidup di sini.

Perasaan nak berhenti kerja bermula semenjak tahun 2014 lagi. 
Rasanya sudah boleh fikirkan dengan serius untuk bekerja sendiri.

Mereka Yang Masih Ada

1. Rumah 1 - Cici  yang sedang sarat
2. Rumah 2 - Dagang, Linton, Rimau, Bugara, Kimchi, Budak baru
3. Rumah 3 - Henda dan 2 anaknya
4. Sangkar 1 - kosong
5. Sangkar 2 - kosong
6. Sangkar 3 - Ekor Pendek
7. Sangkar 4 - Kosong
8. Sangkar 5 - Manja
9. Sangkar 6 - Kosong
10. Sangkar 7 - Tompok
11. Sangkar 8 - Kosong
12. Sangkar 9 - Melati
13. Sangkar 10  - Kiah 
14. Sangkar 11 - Gen2
15. Sangkar 12 - 
16. Sangkar 13 - BB
17. Bebas luar rumah - tiada
18. Dalam rumah - koko, cleo, coffee

Chiko dan Ratu hilang semasa kami pergi Mekah dan selepas balik Mekah . diorg tak balik balik lagi... sedih...

Rumah Tuan Kucing





Antara gambaran suasana rumahku. Walau terletak di pinggir kota Kuala Lumpur, tapi lamanku macam laman kat kampung. Rumah kucing kesayanganku. Dah agak buruk tapi masih kukuh. Kena cari masa untuk bersihkan semula jaring dan tiang rumah kucing ini. 

Laman rumah ini agak luas boleh memuatkan sebuah lagi rumah. Redup dengan pokok rambutan yang rimbun. Rumahku tiada renovation, masih sama kekal sama seperti pelan asal. Laman luas ni penatnya bila bab menyapu laman dan merumput sebab rumput cepat naik jugak. Tak tahu lah sampai umur berapa masih mampu merumput nih.

Kabin menempatkan buku-buku dan mainan aku. Seronok berada di dalam Kabin ini. 

Yang tengah sedap tidur tu anak Henda. Takde nama pun lagi. Penakut sungguh mereka ni sebab tak biasa dengan orang lagi. 



Wednesday 4 October 2017

Mary's Cabin




Semua ini pasal Mary's Cabin.

Haji 2017

Kami balik daripada mengerjakan haji tahun ini pada 11 Sept 2017. Alhamdulillah semua sudah selesai dan selamat.