Tuesday 20 January 2015


Kandang Kucing Baru

Ahad lepas dengan tiba-tiba terus buat keputusan untuk beli 3 lagi kandang kucing. Sebab nak keluarkan semua kucing dalam rumah dan letakkan di luar rumah sahaja supaya dalam rumah tidak berdebu dan berpasir disebabkan ada kucings.

Ke Bandar Tasik Permaisuri dan terus beli dengan harga RM 230.00 + RM 230.00 + RM 290.00. Semua jenis 3 tingkat. Balik rumah terus pasang kandang (dengan sakit-sakit belakang). Lepas tu terus masukkan diorg dalam kandang masing-masing. Macam biasa Cleo dan Kiah memang tak suka duduk dalam kandang. Asyik menggapai tangan mintak dilepaskan. Kesian... tapi kena berlaku adil. Kalau semua duduk kat luar maka semua lah kena duduk kat luar. Harap-harap mereka ok ok aje duduk diluar.

Setelah dicongak-congak, sekarang ada 18 kandang kucing bersaiz besar dan 2 buah rumah kucing dengan mereka-mereka:

1. Rumah Kucing Lama (dalamnya ada 2 kandang) - 5 ekor (Gen2, Kunyit, Belacan, Cencalok, Putih)

2. Rumah Kucing Baru (dalamnya ada 3 kandang) - 12 ekor (Oyen + 4 kitten, Koko, Tatami, Tecik, Chiko, Ibu Tumpang, Adik, Tehtam)

3. Kandang 6 - Berantai
4. Kandang 7 - Pokning + Phuket
5. Kandang 8 - Manja
6. Kandang 9 - Dagang + 2 kitten
7. Kandang 10 - Tamtam + 4 kitten
8. Kandang 11 - Ekor Pendek
9. Kandang 12 - Yingying
10. Kandang 13 - BB
11. Kandang 14 - Rimbun + 3 budak tecik
12. Kandang 15 - Tompok
13. Kandang 16 - Junior
13. Kandang 17 - Kiah
14. Kandang 18 - Cleo

Jumlah Besar mereka = 40 ekor

Walla. Meriahnya!

Tiap-tiap hari bila balik dr opis mesti habiskan masa 2-3 jam membersihkan rumah dan kandang diorang, bagi makan dan lepaskan diorg bermain-main. Kalau weekend atau cuti, lebih lama sikit lepaskan mereka.

Harap-harap mereka sihat selalu. Kalau tak sihat, itu lah yang sangat merisaukan aku...

Monday 19 January 2015

Kami Berdua




 
Kami berdua yang semakin mengembang melebar ke depan kiri kanan dan kerepot meniti usia kematangan dan ketuaan...
Harap kami selalu begini...biar begini...semoga diberikan Allah kesihatan yang baik sokmo...
...jangan kata apa-apa...

Monday 12 January 2015

Rumah Kecil

Aku suka google mengenai semua perkara mengenai 'rumah kecilku' sehingga berjumpa dengan pelbagai rekabentuk rumah kecil. Kerana rumahku juga kecil, maka suka benar aku mengenai apa-apa bernama 'kecil dan comel'...






Comel kan?

Tuesday 6 January 2015

Rindu...

Saya rindu mek... ayoh... yang telah tiada...

Buku dan mini perpustakaan

Aku memang banyak mengumpul buku-buku dari pelbagai genre. Yang paling banyak sudah tentu novel. Novel-novel yang dipilih adalah berdasarkan minat dan kesukaan aku, bukan disebabkan kepopularan novel itu. Penulisnya pun sudah tentu pelbagai latar belakang. Ada yang memang sudah terkenal dan ada yang baru nak meningkat naik. Sekiranya cover novel dan intisari novel itu menarik, baru lah aku akan membelinya.

Aku juga suka mengumpul majalah komik, sudah tentu Majalah Gila Gila (suami punya). Pernah mengumpul siri kartun Islamic yang disiarkan di suratkhabar Utusan Malaysia beberapa tahun dahulu. Aku gunting dan lekatkan di kertas keras supaya senang dan lama disimpan. Sekarang ini sudah lama tidak membeli suratkhabar Utusan Malaysia dan sudah tidak jumpa siri kartun yang berkualiti. Mungkin kena belek belek semula Utusan Malaysia ni.

Sekarang tengah planning untuk restructure balik almari buku dan majalah supaya dapat dijadikan mini perpustakaan. Pernah belajar kepustakawanan ni kena lah aplikasikan ilmu itu. Bernasib baik kerana bidang pekerjaan suami pun perpustakaan juga, dan suka mengumpul buku yang menarik juga. Sebuah bilik perlu diperuntukkan untuk mini perpustakaan dan pelbagai koleksi comel aku. Hmm... muat ke dengan bilik kecil tu? Kena kreatif nih. Takpa suami ada, biar dia tolong fikirkan...

Sekarang pun sedang mengumpul buku-buku lama terpakai keluaran tahun 1980-an dan 1990-an. Agak susah nak jumpa buku-buku lama yang menarik hatiku.

Memang sangat menarik bila bercakap mengenai buku ni, tak habis nak ditulis .....

Kehidupan

Bila menginjak usia 40-an ini, persepsi pada kehidupan sudah berubah. Kemewahan bukan lagi kemestian. Imej dan personaliti gah bukan lagi kegilaan. Semuanya lebih kepada kesederhanaan dan keringkasan. Matlamat kehidupan lebih kepada minimalis. Tahu membezakan antara keperluan dan keberadaaan.Tidak perlu menunjuk-nunjuk (dahulunya pun bukan juga).

Pengalaman hidup miskin dan susah banyak mengajar kepayahan yang serba serbi, biasa menerima untuk tidak ada dan tidak memiliki.

Sesetengah dari kita makin payah meneruskan kehidupan yang penuh keras.

Indahnya...

...Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Surah al-Talaq : 2-3

Indahnya...


Menalar MAKNA DIRI

Baca lah buku Menalar Makna Diri tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Sangat menyentuh sanubari... meneliti ayat demi ayat, tiada satu pun tertinggal... Menyusuk kalbu.

Baca lah...




I love this life. Wonderful!