Thursday 25 May 2017

Alam Semulajadi

Nanti suatu hari tamanku bisa jadi taman rahsia dan hutan untuk ku - tempat mengenal alam dan mengenal diri. Biar tidak cantik di mata orang, tapi tenang di jiwa... Biar berpeluh hitam muka tetapi alam terpelihara. Cantiknya alam kurniaan Tuhan secantik makhluk ciptaan Tuhan. Mengapa menganiaya binatang kalau mereka tidak menganggu kita. Tiada simpati kepada alam.

Tanpa alam, manusia akan mati... sematinya...

Friday 19 May 2017

Cerita Rumah Kami

Rumah kami ni terletak di pinggir kota yang sangat sibuk. Aku sangat suka dengan rumah kami ini kerana ia kecil sahaja dan sesuai untuk kami berdua. Memiliki 3 buah bilik yang dua daripadanya adalah sederhana besar dan sebuah bilik di belakang yang akan kecil. Dapur kami sangat kecil hanya mampu memuatkan aku seorang untuk membuat kerja-kerja dapur dan masakan. Ruang tamu kami juga agak kecil - di situ lah ruang makan dan ruang menonton tv.

Rumah kecil ini sangat sesuai untuk aku menguruskannya seorang diri. Pergerakan pun senang sebab semua benda letak kedudukannya berhampiran di antara satu sama lain.

Rumah kami corner lot. Pagar kami jenis besi. Laman rumah kami sangat luas seluas rumah kami. Kiranya boleh membina sebuah rumah lagi yang sama besar dengan rumah asal. Tapi kami tidak lah sampai mahu meluaskan rumah. Kerana hanya kami berdua sahaja tinggal di rumah ini. Laman kami ada 2 batang pokok rambutan dan sebatang pokok mempelam. Sekitar tahun 2011 hingga 2016 kami telah membina 3 rumah kucing seluas 8x8, 7x12 dan 10x10. Dan sekarang ini pula kami mula membina Kabin seluas 10x10 diperbuat daripada besi. Asalnya lokasi Kabin ini adalah wakaf besar tempat kami menempatkan barang-barang kucing. Tetapi disebabkan laman kami ada banyak anai-anai maka rumah wakaf terpaksa dirobohkan dan digantikan dengan Kabin.

Aku suka Kabin ini kerana ini ideaku. Aku ingin jadikan Kabin ini sebagai mini perpustakaan tempat aku menempatkan semua koleksi buku-buku dan majalahku. Aku juga bercadang nak jadikan Kabin ini tempat lepakku bersama-sama kucingku. Kabin masih belum siap sepenuhnya tetapi Insyallah akan siap sebelum bulan Puasa ini. Kabin ini akan dihiaskan dengan pelbagai jenis anak patung, comforter, kerusi dan lain-lain hiasan. Pintunya jenis sliding door. Di hadapan Kabin ini nanti akan diletakkan kerusi meja konkrit yang tahan hujan dan panas. Juga akan diletakkan 2 buah kerusi kayu untuk bersantai. Semua perabut dan peralatan adalah daripada koleksi kami dan aku tak bercadang pun untuk membeli perabut baru. Aku akan hanya mengguna pakai apa yang sedia ada sahaja. Sebenarnya tak sabar untuk melihat Kabinku sempurna siap. Silap haribulan Kabinku boleh dijadikan gerai jualan. Geramnya sebab seperti biasa lah kontraktor memang selalu lambat buat...

Aku juga ada menanam beberapa jenis tanaman dalam pasu sebab tanah rumah kami nih jenis keras dan susah untuk menanam. Ada pokok mangga, jambu dan limau. Mungkin aku akan susun pokok-pokok ini dikaki lima Kabin. Memang Kabinku ada kaki lima yang sangat luas dan selesa.

Nak post gambar laman dan Kabin tiada dalam simpanan lagi...

Tuesday 9 May 2017

Little Cabin in The House



Apa persamaan? apa perbezaan? Gerai untuk bulan Ramadhan nanti. Heheheh... Rasa macam-macam nak buat dalam cabin ini nanti. Suka sangat!!! Nak letak kerusi malas kat pavement tu. Pastu dalamnya nak letak gambar kata-kata motivasi. Nak susun buku-buku. Nak letak kerusi dan meja. Nak letak selimut bantal. Nak letak carpet untuk tidur baring. Nak pasang kipas. Seronoknya!!! Rasa macam kanak-kanak dapat coklat. Minggu ini dijangkakan cabin ini akan siap sepenuhnya. Sekali pandang macam gerai, macam stor, macam pondok? Nak letak pasu tanam-tanaman.