Monday 13 November 2017

Me and him (cats and books)


Minat kami yang sama. Tapi banyak lagi perbezaan kami.

Mary's Cabin 
13/11/2017

Untuk mereka


Tidak sedikit air mata yang tumpah untuk mereka... dari tahun 2009. Mengapa mereka harus pergi dulu... hanya Tuhan yang tahu... kerana aku tidak pandai segalanya...


Mary's Cabin 
13/11/2017

Saturday 11 November 2017

1 - Gen2




Gen2 seingat aku lahir tahun 2009 semasa aku tinggal di rumah atas. Ibunya kucing jiran sebelah. Lahir 3 beradik - Kerong, Hitam dan Gen2. Bila aku pindah ke rumah sekarang tahun 2011 aku bawa mereka semua. Tapi masa tu Hitam sudah tak ada , mati di kedai petshop semasa bunting sulong. Masa itu aku ada kursus di Pahang. Sedih sangat bila kedai petshop call bagitahu Hitam sudah mati. Tak tahu apa sebabnya. Gen2 dan Kerong jantan. Gen2 telah aku mandulkan. Kerong tak sempat sebab mati dilanggar van sekolah di subuh pagi. Kerong sangat manja. Bukan sedikit air mata aku tumpah waktu Kerong dah tak ada.

Kiranya sudah 8 tahun usia Gen2. Dia masih sihat, gebu dan suka memancut sekali sekala. Dia sangat manja dengan kami terutama dengan Mr. David. Suka gesel gesel dan duduk di riba kami. Suka memanjat kalau kami duduk di kerusi. hahaha seronok dengan Gen2 nih. Tapi dia sangat garang dengan kucing luar. Semenjak beberapa bulan ni ada seekor kucing putih hidung penyek (kucing spesis mahal tu) yang selalu bertandang di rumah kami. Kami panggil dia si Penyek. Sekali tu aku lepaskan Gen2 tak sangka si Penyek ada di lamanku. Gen2 kejar si Penyek macam tak cukup tanah, bergusti sampai bulu-bulu habis bertaburan. Kesian si Penyek melarikan diri.

Gambar di atas sewaktu Gen2 pada tahun 2010. Sekarang pun masih sama macam tu. 
Semoga Gen2 selalu sihat hendaknya.
Mary's Cabin

Tuesday 7 November 2017

I love this life

What a wonderful life!