Wednesday 12 August 2015

Cerita Tuan Kucing : Teruskan Perjuangan

Aku akan terus belajar dan memperbaiki serta menambah ilmu penjagaan kucing. Aku tidak boleh mengalah, mesti teruskan perjuangan. Tidak boleh putus harapan. Tidak boleh undur ke belakang. Hidup mesti diteruskan!
Aku yang paling pendek!

Monday 10 August 2015

Cerita Pandangan Tuan Kucing : Sangkar/Kandang Kucing

Dua tiga hari lepas ada baca cerita di FB mengenai kucing seseorang ini dipukul hingga lemah oleh jiran dan dibiarkan digigit oleh anjing. Jiran ini mungkin tidak suka sangat sangat kepada kucing.

Sebab itu lah aku selalu ingin tekankan kepada pencinta kucing atau pemelihara kucing tidak kira di rumah bertanah atau rumah berlangit (flat/apartment) supaya menyediakan sangkar/kandang kucing dan tidak dibiarkan lepas bebas tanpa pengawasan kita.

Memang lah kita kasihan kepada kucing kalau tidak dilepaskan. Tetapi sekarang ini dunia semakin kejam. Kita tidak tahu hati budi orang lain lebih lebih lagi jiran sebelah menyebelah. Entah mereka suka entah tidak. Kadang-kadang mereka bermanis mulut di hadapan kita konon suka kucing, tapi di belakang kita dihambatnya kucing kita macam tak cukup tanah.

Oleh itu kurung lah kucing anda dalam sangkar/kandang dan kemudian lepaskan dari semasa ke semasa dengan pengawasan kita. Iaitu kita sentiasa berada bersama-samanya semasa mereka hendak bermain dan jangan biarkan mereka terlepas ke kawasan jiran tetangga. Jangan lepaskan kemudian kita masuk rumah duk diam diam dalam rumah. Ini untuk keselamatan kucing kita dari dipukul atau diracun oleh orang. Mana lebih kasihan? Kurung dan selamat atau lepas bebas tetapi tidak selamat?

Menjaga kucing memang memerlukan banyak pengorbanan - tenaga, masa, wang ringgit dan jiwa. Sekali anda memberi komitmen untuk menjaga kucing, maka seumur hidup lah anda perlu bertanggungjawab atas keputusan anda ini. Anda mungkin mudah kehilangan kawan, jiran dan saudara mara jika membuat keputusan memelihara kucing. Kalau tidak seekor dua kucing mungkin tidak ada masalah. Kalau dah 42 ekor kucing? Hehehehe... Fikir lah...

Ini pilihan aku...


Wednesday 5 August 2015

Cerita Tuan Kucing : Lepaskan

Lepaskan semua yang terpendam, mungkin jua dendam yang terindah. Bila kita lepaskan semuanya, kelegaan itu dapat dirasakan. Semuanya telah kembali pulih seperti sedia kala.... Bukan mengalah cuma mengambil yang penting-penting sahaja.