Thursday 19 November 2015

Cerita Kucing Tuan : Semuanya tiada sedikit demi sedikit





Ajal maut ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti mati...


Dalam sebulan dua ini banyak kucingku yang sudah mati. Walau ada 3 rumah kucing tidak menjanjikan jangka hayat kucing-kucingku... sedih tapi sudah ketentuan begitu... aku yang salah tidak pandai menjaga mereka... sedih sangat sedih

Yang telah tiada ...

1. cencalok
2. tecit
3. hitam Kecik
4. cirit
5. semua kittens
6. putih kecik
7. Tamtam
8. Tatami

Yang tinggal

1. Rumah 1 - kunyit, gen2
2. Rumah 2 - ibu putih, junior, oyen, dagang, chiko, kelabu, putih hitam, ratu
3. Rumah 3 - yingying, pokning, phuket, rimbun, KJ, ibu tumpang, tehtam, budak baru, koko
4. Sangkar 1 - berantai
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - manja
7. Sangkar 4 - BB
8. Bebas luar rumah - tompok, cleo
9. Bebas dalam rumah - kiah
10. Kucing mendatang - kawan putih, kawan kuning

Pasir sudah tidak digunakan lagi, tukar kepada serbuk kayu lebih ringan senang untuk aku mengemas rumah dan sangkar mereka. Tapi ada yang tak nak guna kayu. Haish kena hantar diorg gi sekolah penggunaan kayu nih.


Friday 4 September 2015

Cerita Rumah Kucing : Esok

Esok akan mula memindahkan dan menyusun rumah kucing C. Kerusi dan sangkar kucing akan dimasukkan dalam rumah ini. Kucing yang kat dalam rumah sudah boleh dimasukkan dalam rumah kucing. Laman rumah juga perlu dibersihkan dan dikemaskan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh kontraktor. Esok yang akan meletihkan tetapi juga menggembirakan.

Thursday 3 September 2015

Cerita Rumah Kucing : Rumah Kucing ke 3

Alhamdulillah, hari ni rumah kucing yang ke 3 telah siap. Kali ini bersaiz 14x6 kaki. Rumah ni dinamakan Rumah Kucing C. Rumah kucing yang pertama kali dibuat bersaiz 8x8 kaki boleh dinamakan Rumah Kucing A. Rumah kucing kedua pulak bersaiz 10x10kaki dinamakan Rumah Kucing B. Nama rumah kucing ini akan berubah bila dapat nama lain yang lebih sedap.

Maka tertunai sudah impian nak buat rumah kucing yang terakhir ini. Lepas ni dah tak boleh tambah lagi rumah kucing sebab laman rumah sudah penuh dengan rumah kucing dan wakaf-wakaf/pondok-pondok lain. Rumah tuan kucing kecik je tapi rumah kucing pulak yang besar. Untuk Rumah Kucing C akan ada lukisan mural di dindingnya sebab kali dindingnya dari konkrit setinggi 2 kaki. Nanti nampak lah seperti tabika pulak sebab penuh dengan lukisan.



Yang kena buat lepas ini adalah menghias laman kucing ini dengan pelbagai hiasan pokok-pokok bunga, herba, kerusi meja dan replika itu ini yang kiut miut. (Itu pun kalau ada duit ler...).  Puas hati!. Buah rambutan pun harap-harapnya akan berbuah lebat lagi tahun ini. Boleh duduk bersantai di laman sambil bermain dengan kucing-kucing dan makan rambutan. Horrayyy!!! Nanti nanti nak tempek gamborrr...

Kalau dapat jadikan laman kucing macam ni pun cun jugak...





Wednesday 12 August 2015

Cerita Tuan Kucing : Teruskan Perjuangan

Aku akan terus belajar dan memperbaiki serta menambah ilmu penjagaan kucing. Aku tidak boleh mengalah, mesti teruskan perjuangan. Tidak boleh putus harapan. Tidak boleh undur ke belakang. Hidup mesti diteruskan!
Aku yang paling pendek!

Monday 10 August 2015

Cerita Pandangan Tuan Kucing : Sangkar/Kandang Kucing

Dua tiga hari lepas ada baca cerita di FB mengenai kucing seseorang ini dipukul hingga lemah oleh jiran dan dibiarkan digigit oleh anjing. Jiran ini mungkin tidak suka sangat sangat kepada kucing.

Sebab itu lah aku selalu ingin tekankan kepada pencinta kucing atau pemelihara kucing tidak kira di rumah bertanah atau rumah berlangit (flat/apartment) supaya menyediakan sangkar/kandang kucing dan tidak dibiarkan lepas bebas tanpa pengawasan kita.

Memang lah kita kasihan kepada kucing kalau tidak dilepaskan. Tetapi sekarang ini dunia semakin kejam. Kita tidak tahu hati budi orang lain lebih lebih lagi jiran sebelah menyebelah. Entah mereka suka entah tidak. Kadang-kadang mereka bermanis mulut di hadapan kita konon suka kucing, tapi di belakang kita dihambatnya kucing kita macam tak cukup tanah.

Oleh itu kurung lah kucing anda dalam sangkar/kandang dan kemudian lepaskan dari semasa ke semasa dengan pengawasan kita. Iaitu kita sentiasa berada bersama-samanya semasa mereka hendak bermain dan jangan biarkan mereka terlepas ke kawasan jiran tetangga. Jangan lepaskan kemudian kita masuk rumah duk diam diam dalam rumah. Ini untuk keselamatan kucing kita dari dipukul atau diracun oleh orang. Mana lebih kasihan? Kurung dan selamat atau lepas bebas tetapi tidak selamat?

Menjaga kucing memang memerlukan banyak pengorbanan - tenaga, masa, wang ringgit dan jiwa. Sekali anda memberi komitmen untuk menjaga kucing, maka seumur hidup lah anda perlu bertanggungjawab atas keputusan anda ini. Anda mungkin mudah kehilangan kawan, jiran dan saudara mara jika membuat keputusan memelihara kucing. Kalau tidak seekor dua kucing mungkin tidak ada masalah. Kalau dah 42 ekor kucing? Hehehehe... Fikir lah...

Ini pilihan aku...


Wednesday 5 August 2015

Cerita Tuan Kucing : Lepaskan

Lepaskan semua yang terpendam, mungkin jua dendam yang terindah. Bila kita lepaskan semuanya, kelegaan itu dapat dirasakan. Semuanya telah kembali pulih seperti sedia kala.... Bukan mengalah cuma mengambil yang penting-penting sahaja.

Monday 6 July 2015

Cerita Tuan Kucing : Alhamdulillah

Aku suka dengan kehidupan sekarang yang serba ringkas semuanya:

@ Rumah kecil yang comel
@ Kucens yang berkeliaran
@ Rumah kucens yang bersepah-sepah
@ Laman rumah yang luas
@ Pokok rambutan sepohon dua
@ Pokok mempelam
@ Wakaf berselerak
@ Dedaun kering yang perlu disapu setiap hari
@ Senyuman dan gelak ketawa, air mata, masam mencuka
@ Segalanya dari sudut hati...

Tiada tempat seindah di hati... dengan dia yang setia di situ...

Ramadhan 2015

Syukur dengan semuanya. Semoga semuanya indah-indah belaka....

Friday 10 April 2015

Cerita Kucing Tuan : Cencalok

Cencalok mula tidak ceria semenjak saudaranya Belacan masih belum balik-balik lagi. Kami akan masukkan Cencalok supaya dia boleh berkawan dengan Junior. 

Wednesday 8 April 2015

Cerita Kerja Tuan Kucing

Hari ni bos tuan kucing kata 'wah terer awak satu hari je dah boleh siapkan 3 paperworks'. Hehehehe...????

Monday 6 April 2015

Cerita Kucing Tuan : Kak Chah

Kak Chah yang lincah pun sudah pergi buat selama-lamanya jangkitan virus cirit birit... Sesalan yang tak sudah...

Cerita Rambut Tuan Kucing

2 minggu lepas aku gunting rambut sendiri ... sebabnya rasa tak berbaloi dengan harga gunting kat kedai. Nak gunting potong lurus biasa-biasa je. Ambik cermin dan gunting. Berdiri di hadapan cermin lepas tu terus gunting dengan yakinnya. Hasilnya not bad la untuk rambut potongan biasa, bukan ada fesyen apa-apa pun. Gunting rambut pun sebab nak mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya.  Suami kata ok je tak nampak cacat sangat rambutnya maka ok la tu. Jimat duit RM20.00. Hihihihi.

Wednesday 1 April 2015

Cerita Duit Tuan Kucing

Sekarang ni aku nak kena berjimat. Matlamatnya nak berbelanja cuma RM5.00 sehari untuk makanan. Tak mau lebih dari jumlah itu. (Walau berkemampuan), tapi dek kerana GST dan kenaikan harga semua barang, terfikir bagaimana lah keadaan orang miskin membuat catuan mereka dengan kenaikan semua ini. Sekarang ni akan selalu bawak bekal sama ada untuk sarapan atau makan tengahari. Bawak lah apa saja macam roti ke, spageti ke, telor rebus ke, asalkan ada bekal. Yang penting kena minum air putih banyak-banyak. Alhamdulillah

Tuesday 31 March 2015

Cerita Laut Tuan Kucing

Lirik Lagu Kembara - Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung...Mimpi tentang untung
Bibit hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan...Ada balasannya

Mega mendung...Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak hidup sesat haluan
Sang mentari terlindung...Pantai tak kelihatan
Tawar kau jalan akhirnya...

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan



Cerita Kucing Tuan 1

Belacan masih belum balik... Tidak tahu ke mana... Tapi rasanya masih berkeliaran di taman ini. Agaknya dia masih belum puas melihat dunia luas, mencari partner berkenan di hati. Tak apa lah, nanti kami pergi cari dia esok-esok...

Kitten kecik sudah tidak ada semalam. Serangan virus cirit birit. Kami tak pandai jaganya agaknya... Bungkam, sedih, sesal ... tak tahu nak kata apa...perasaan yang sama selalu...

Cerita Kartun Kucing

Ini adalah koleksi kartun oleh Emit Ahmad Nazri Mahmood. Saya suka!













Monday 30 March 2015

Cerita Tanah Tuan Kucing

Lagu Johari Teh
Tanah Sebidang

Hanya dialah sendirian meneruskan usaha
Peninggalan orang tuanya tanpa rasa bosan
Begitu lah tiap hari mengharungi batas dan sawah
Lumpur dan pacat di kaki peluh di dahi menitik ke tanah

Suatu ketika buminya luas tak terhingga
Kini cuma sekangkang kera yang ada padanya
Pusaka yang ada itu untuk bekalan anak cucu
Berhujan berpanas tidak menyalahkan harapan masa depan

Dedaun di pohon berguguran
Air di sungai lesu mengalir
Tanah sebidang jadi rebutan
Sedangkan hidup belum berakhir

Hari kan pulang terus berganti, dia masih gigih
Usia lanjut tidak menghalangi semangat di hati
Tak dihiraukan kesakitan atau cabaran yang mendatang
Hanya satu cita-cita memajukan pusaka yang hilang

Cerita Kucing Tuan

Malam tadi keluarkan Belacan dari rumahnya dalam pukul 9.00 malam. Sebab petangnya tak sempat keluarkan dia. Cencalok, Gen2, Kunyit pun dikeluarkan juga. Cuma Ibu Putih je tak dibenarkan keluar sebab bimbang dia lambat balik nanti kalau dah merayau. Biasanya mereka ni semua jarang keluar jauh dari rumah, mesti berkeliaran di laman rumah saja.

Rupanya Belacan ni pulak yang tak balik rumah. Sehingga ke pagi tadi pun Belacan masih tak balik rumah. Agaknya dia merayap nak mencari partner mengawan. Di rumah susah nak mengawan sebab kalau keluar tidak bersama-sama serentak dengan yang betina.

Doa semoga Belacan balik rumah dengan segera selepas misi dia tercapai. Bagi peluang Belacan melihat dunia luar. Balik rumah ye Belacan!

Cerita Wanita Tua dan Kucing

Cerita ini telah dikisahkan beberapa kali di beberapa blog. Aku ambil yang ini dari blog  https://hazis.wordpress.com/artikel/kisah-wanita-tua-dengan-saekor-kucing-di-mekah/

Begini...

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan. Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya. Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.

Seronok baca cerita ini...

Cerita Tuan Kucing

Nak pelihara kucing ni kena rajin, tak boleh malas-malas. Kena kurangkan tidur, lebihkan berjaga tengokkan kucing-kucing. Kena kreatif susun atur kemasan kandang kucing dan perkakasan mereka.

Impian Hidup Yang Idealistik

Rasanya mesti ramai yang suka sekiranya tidak perlu bekerja, mengejar traffic jem saban hari, tekanan di tempat kerja. Kepenatan melalui semua ini membuatkan kita berangan alangkah seronoknya jika dapat duduk di rumah membuat kerja-kerja yang kita suka tanpa tekanan yang melampau. Isunya pula kalau tidak bekerja tiada lah duitnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Alangkah seronoknya kalau rumah kita jauh dari sesaknya orang ramai, dapat pula menanam pokok-pokok buah-buahan, sayur-sayuran, memelihara pula binatang seperti lembu, itik, ayam, kambing, kucing etc. Alangkah seronoknya hidup aman damai tanpa gangguan. Di mana hendak dicari suasana begitu?


Hidup ini Meletihkan

Dengan hiruk pikuk manusia mencari penghidupan, dengan segala pael manusia yang seringkali meloyakan, membuatkan diri ini sungguh keletihan menghadapinya! Ia bukan lagi masalah mengenai kerja tetapi lebih kepada sikap manusia di dalamnya... Arghhhh!!! Mereka yang lain juga begitu, tiada siapa bersalah... begitulah keadaannya... hadapinya...

Jadilah diri sendiri yang penuh dengan kekurangan. Sayangi diri sendiri...

Monday 16 March 2015

Malas dan Bosan...

Sekarang ni bila berada di opis sahaja mula la rasa malas dan bosan. Semangat untuk bekerja tu macam dah lari ke laut. Yang tinggal cuma sisa-sisa untuk menghabiskan sehari bekerja dengan segera. Ingin pulang ke rumah segera! Apa yang ada di rumah? Bebudak bulus ler...

Ke mana hilangnya semangat itu?

Wednesday 25 February 2015

Me and him...



Cinta di Usia Tua...


I will always be with you... young forever ... hihihihi

Tuesday 24 February 2015

Kebebasan mereka...

Bagaimana mahu menguruskan kucing dengan lebih berkesan? Kadang-kadang rasa susah hati apabila perlu mengurung mereka di dalam rumah kucing/kandang kerana bimbangkan keselamatan mereka. Faham yang mereka adalah haiwan yang menyukai kebebasan sebagai fitrah mereka. Sebab itu pada setiap kelapangan akan diusahakan untuk melepaskan mereka lepak-lepak dan bermain-main di halaman. Berlari lah mereka kegirangan memanjat pokok rambutan berkejaran sesama mereka. Terpancar di wajah mereka itu lah hari kemerdekaan mereka.

Kadang-kadang takut sekiranya apa yang dibuat selama ini menyalahi agama sekiranya kebajikan dan kebebasan mereka diabaikan. Susah hati memikirkannya...Rasa bersalah itu sentiasa tenggelam timbul ...

Thursday 5 February 2015

Penat...

Sekarang ini sangat penat rasanya berulang alik dari rumah ke pejabat kerana terpaksa menempuh traffic jem yang teruk. Adush! Menyebabkan rasa fed-up nak kerja. Rasanya kena keluar rumah jam 5.45 pagi kot?

Tuesday 20 January 2015


Kandang Kucing Baru

Ahad lepas dengan tiba-tiba terus buat keputusan untuk beli 3 lagi kandang kucing. Sebab nak keluarkan semua kucing dalam rumah dan letakkan di luar rumah sahaja supaya dalam rumah tidak berdebu dan berpasir disebabkan ada kucings.

Ke Bandar Tasik Permaisuri dan terus beli dengan harga RM 230.00 + RM 230.00 + RM 290.00. Semua jenis 3 tingkat. Balik rumah terus pasang kandang (dengan sakit-sakit belakang). Lepas tu terus masukkan diorg dalam kandang masing-masing. Macam biasa Cleo dan Kiah memang tak suka duduk dalam kandang. Asyik menggapai tangan mintak dilepaskan. Kesian... tapi kena berlaku adil. Kalau semua duduk kat luar maka semua lah kena duduk kat luar. Harap-harap mereka ok ok aje duduk diluar.

Setelah dicongak-congak, sekarang ada 18 kandang kucing bersaiz besar dan 2 buah rumah kucing dengan mereka-mereka:

1. Rumah Kucing Lama (dalamnya ada 2 kandang) - 5 ekor (Gen2, Kunyit, Belacan, Cencalok, Putih)

2. Rumah Kucing Baru (dalamnya ada 3 kandang) - 12 ekor (Oyen + 4 kitten, Koko, Tatami, Tecik, Chiko, Ibu Tumpang, Adik, Tehtam)

3. Kandang 6 - Berantai
4. Kandang 7 - Pokning + Phuket
5. Kandang 8 - Manja
6. Kandang 9 - Dagang + 2 kitten
7. Kandang 10 - Tamtam + 4 kitten
8. Kandang 11 - Ekor Pendek
9. Kandang 12 - Yingying
10. Kandang 13 - BB
11. Kandang 14 - Rimbun + 3 budak tecik
12. Kandang 15 - Tompok
13. Kandang 16 - Junior
13. Kandang 17 - Kiah
14. Kandang 18 - Cleo

Jumlah Besar mereka = 40 ekor

Walla. Meriahnya!

Tiap-tiap hari bila balik dr opis mesti habiskan masa 2-3 jam membersihkan rumah dan kandang diorang, bagi makan dan lepaskan diorg bermain-main. Kalau weekend atau cuti, lebih lama sikit lepaskan mereka.

Harap-harap mereka sihat selalu. Kalau tak sihat, itu lah yang sangat merisaukan aku...

Monday 19 January 2015

Kami Berdua




 
Kami berdua yang semakin mengembang melebar ke depan kiri kanan dan kerepot meniti usia kematangan dan ketuaan...
Harap kami selalu begini...biar begini...semoga diberikan Allah kesihatan yang baik sokmo...
...jangan kata apa-apa...

Monday 12 January 2015

Rumah Kecil

Aku suka google mengenai semua perkara mengenai 'rumah kecilku' sehingga berjumpa dengan pelbagai rekabentuk rumah kecil. Kerana rumahku juga kecil, maka suka benar aku mengenai apa-apa bernama 'kecil dan comel'...






Comel kan?

Tuesday 6 January 2015

Rindu...

Saya rindu mek... ayoh... yang telah tiada...

Buku dan mini perpustakaan

Aku memang banyak mengumpul buku-buku dari pelbagai genre. Yang paling banyak sudah tentu novel. Novel-novel yang dipilih adalah berdasarkan minat dan kesukaan aku, bukan disebabkan kepopularan novel itu. Penulisnya pun sudah tentu pelbagai latar belakang. Ada yang memang sudah terkenal dan ada yang baru nak meningkat naik. Sekiranya cover novel dan intisari novel itu menarik, baru lah aku akan membelinya.

Aku juga suka mengumpul majalah komik, sudah tentu Majalah Gila Gila (suami punya). Pernah mengumpul siri kartun Islamic yang disiarkan di suratkhabar Utusan Malaysia beberapa tahun dahulu. Aku gunting dan lekatkan di kertas keras supaya senang dan lama disimpan. Sekarang ini sudah lama tidak membeli suratkhabar Utusan Malaysia dan sudah tidak jumpa siri kartun yang berkualiti. Mungkin kena belek belek semula Utusan Malaysia ni.

Sekarang tengah planning untuk restructure balik almari buku dan majalah supaya dapat dijadikan mini perpustakaan. Pernah belajar kepustakawanan ni kena lah aplikasikan ilmu itu. Bernasib baik kerana bidang pekerjaan suami pun perpustakaan juga, dan suka mengumpul buku yang menarik juga. Sebuah bilik perlu diperuntukkan untuk mini perpustakaan dan pelbagai koleksi comel aku. Hmm... muat ke dengan bilik kecil tu? Kena kreatif nih. Takpa suami ada, biar dia tolong fikirkan...

Sekarang pun sedang mengumpul buku-buku lama terpakai keluaran tahun 1980-an dan 1990-an. Agak susah nak jumpa buku-buku lama yang menarik hatiku.

Memang sangat menarik bila bercakap mengenai buku ni, tak habis nak ditulis .....

Kehidupan

Bila menginjak usia 40-an ini, persepsi pada kehidupan sudah berubah. Kemewahan bukan lagi kemestian. Imej dan personaliti gah bukan lagi kegilaan. Semuanya lebih kepada kesederhanaan dan keringkasan. Matlamat kehidupan lebih kepada minimalis. Tahu membezakan antara keperluan dan keberadaaan.Tidak perlu menunjuk-nunjuk (dahulunya pun bukan juga).

Pengalaman hidup miskin dan susah banyak mengajar kepayahan yang serba serbi, biasa menerima untuk tidak ada dan tidak memiliki.

Sesetengah dari kita makin payah meneruskan kehidupan yang penuh keras.

Indahnya...

...Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Surah al-Talaq : 2-3

Indahnya...


Menalar MAKNA DIRI

Baca lah buku Menalar Makna Diri tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Sangat menyentuh sanubari... meneliti ayat demi ayat, tiada satu pun tertinggal... Menyusuk kalbu.

Baca lah...




I love this life. Wonderful!