Monday 10 December 2012

Kerja...

Oh ya, aku dah bertukar jabatan. tempat baru ni lebih relax sikit. Dah tak perlu outstation. Dok aje kat opis. Sangat menyenangkan! Kadang-kadang rasa teringin nak jadi Librarian dan bekerja di PPPAS. Boleh berada dekat dengan husband 24 jam. HAHAHA tentu membosankan buat husband. Agaknya suatu hari nanti kalau ad banyak duit, aku boleh bukak kedai buku dan jadi Librarian sendiri. Cat's Lovers Gallery! Di atas 2 ekar tanah yang ada ladang dan rumah kucing. Wah berangannya! Tengok lah nanti!

Meminjam

Bukan tidak mahu memberi pinjaman kepada tuan puan tetapi kewangan saya yang tidak sebarapa ini saya peruntukkan untuk anak anak kucing saya dan kucing terbiar. Mereka lebih memerlukan dari tuan puan. Tuan masih punya kudrat dan akal untuk mencari wang. Apa pun saya doakan tuan puan berhasil dalam pencarian.

Notes : Dulu masa saya tak punya kucing, boleh la saya bagi tuan puan hutang. Sekarang saya sendiri berjimat cermat. Yang sedikit itu lah yang istimewa.... lebih dihargai. Seekor ikan kecil untuk anak kucingku....

...

Lama kelamaan hati kita akan rasa bahawa kekayaan tidak bisa membahagiakan atau menyenangkan hati kita. Kekayaan yang dibahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan akan memberi kepuasaan kepada kita. Hidup lah bersederhana. Biar mereka memandang serong, tetapi hakikatnya hati kita puas dapat melakukan kebaikan atas muka bumi ini sebelum jasad meninggalkan alam dunia ini.

Setelah sekian lama...

Banyak cerita... banyak peristiwa... kemalasan melanda... mood yang kureng etc... makanya diam lah seribu bahasa...