Sunday 18 January 2009

Januari - April 2009


Bermula Januari hingga April tahun ini, aku tidak akan mempunyai aktiviti sosial seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad. Dan aku juga tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumah apalagi memasak!!! Hmmm.....

Hijrah

.... sehebat manapun pencapaian kita, kita tidak ada jadual untuk membangunkan jiwa. Cerdik akal dan cerdik hati tidak ada sama sekali...
Hijrah merupakan satu hidayah dari Allah SWT. Ia bukan untuk dicari-cari atau dirangka-rangka tetapi hijrah perlu ada penghayatan diri.
(Dr. Robiah H. Hamzah)

Mutiara Kata



Orang yang membiarkan dirinya

berbohong sekali akan menyedari

bahawa lebih mudah berbohong untuk

kali kedua dan ketiga kali

sampai menjadi kebiasaan

(Thomas Jefferson)

Apapun pendapat orang

terhadap anda, entah mereka

mengkritik, entah mereka memuja,

lakukanlah hal-hal yang anda

yakini benar

(Pythagoras)

The Beauty of Love

This has been written long time ago.....

For many reason I write this words for the most wonderful man in my life
who always be there for me since the day we've been together
you gave me so many things and you know how much I appreciate that
you gave me love and power so we can passed all those difficulties we have
and thanks to Allah we made it
You know how much I love you and I know how much you love me
and deep in my heart I always feel warm love and it make me smile
and strong while I'm thinking of you
Every night I close my eyes and pray to Allah, please keep this relationship
with me, coz I never have someone as wonderful as you
and I don't want anybody else but you
I pray to Allah with the purity inside me, let him be my first and the last
Let me live with him for the rest of my life
No one can take this lovely man's place in my heart
May our love live forever for the rest of our life
I believe I chose the right man, the one who will share my life with forever......


Friday 9 January 2009

Be Your Self


Just be yourself !

Hmmm


Terkejut bila baca blog Anis. Sebab tak sangka dia seorang yang begitu perindu sekali dengan kenangan lama. Hehehehe. Anis .... Anis..... Masih disimpan semuanya dalam memori ye.
Aku pun masih mengingati kenangan-kenangan lama tu jugak. Yang aku paling ingat, aku ni suka sangat tidur awal tiap-tiap malam masa di Kolej Anggerik, masa kawan-kawan dok borak-borak kat tepi katil aku tu, aku dah pun melayang entah ke mana... zzzzzz... tidur le apa lagi. Aku juga suka makan roti coklat atas katil, lepas tu aku akan terus tidur. Sebab itu la masa kat UiTM tu badan aku gemuk. Aku pun rasanya jarang outing ke bandar sebab selalunya waktu weekend aku akan balik ke rumah kakak aku di Meru, Klang, lagi pun duit mana ada nak outing selalu. hehehehe. Orang miskin la katakan.

Saturday 3 January 2009

Cerita Kesombongan - Peringatan Untuk Aku


Ini adalah petikan artikel dari majalah NUR Nov 2008 :

Sombong ! Memang selalu, kita manusia bersikap sombong. Kadangkala apabila kita lebih daripada orang lain, kita rasa diri sudah baik dan mulalah rasa meninggi diri. Malah kerapnya kita terlupa, kita sendiri tidak lebih hanya ciptaan Allah yang tidak memiliki apa-apa di sisi-NYA.

Sesungguhnya kita manusia memang tidak punya kehebatan apa-apa pun jika dibandingkan dengan kebesaran Allah. Kisah mengenai kesombongan dan ketakburan sememangnya suatu cerita lama yang lebih tua berbanding kisah permulaan hidup manusia di muka bumi ini.

Kesombongan, walaupun hanya sekecil batu kerikil atau sehalus biji sawi tetap akan menghitamkan hati. Itu lah yang diperingkatkan Rasulullah daripada Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari iman". (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Bola! Bola! Bola!


Dalam rumahtangga aku, cuma ada satu musuh ketat yang menjadi pemisah di antara aku dan suamiku _ BOLA! Bola ni sudah jadi madu aku yang pertama. Disebabkan bola, suamiku tidak akan memandang aku langsung. Dan kalau dia sedang menonton perlawanan bola (macam sekarang ni) jangan lah diganggu dia, tambah-tambah kalau pasukan Liverpool sedang bertarung. Mukanya akan jadi masam berkerut dengan harapan Liverpool akan menang. Aku pun tak paham apa la yg best sangat dengan bola ni. Huh!

Friday 2 January 2009

My Sisters and Brothers


Bila dah besar, rasa macam 8 orang adik-beradik pun masih belum ramai lagi.




Thursday 1 January 2009

Catatan Untuk Seorang Isteri 2


Rasulullah S.A.W bersabda :


"kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa"


"sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya"


"sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada, maka Allah akan menganugerahkannya dengan kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar"


Catatan Untuk Seorang Isteri 1

Isteri yang lurus hatinya tidak buruk sangka, hasad dengki, cemburu buta, sombong, ego, cinta dunia, tidak amanah dan lain-lain sifat keji. Dia tidak mudah melatah serta berbuat kesilapan.

Suami wajib ditaati dan dimuliakan kerana itulah tiket utamanya mendapat keredhaan Allah. Redha suami bererti redha Allah. Walau orang memandang rendah dan tidak menghormati suaminya, dia tetap menyanjunginya. Dia tidak membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain sebab dia merasakan suaminya orang yang berjasa menyelamatkan dan melindungi maruah dirinya.

Sumpah suami ialah berjanji ketika mengakad nikah bahawa akan menjaga isterinya dengan baik, menunaikan segala tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal dan pakaian secukupnya, memberi didikan, sabar dengan kesusahan dan lain-lain.

Impian Kami


Walau hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, impian kami tetap yang satu itu ..... memiliki ZURIAT kami sendiri. Tiada apa di dunia ini yang paling membahagiakan suami isteri melainkan mempunyai zuriat penyambung keturunan kami. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai anak-anak. Bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi yang tidak terhingga ini. Namun kami masih bahagia berdua... mungkin inilah dugaan Allah untuk kami... dugaan yang membuatkan kami masih teguh menyusuri kehidupan penuh dengan keindahan ini. Seperti kata seorang pakar perubatan kepadaku ... 'mengapa mesti membiarkan orang lain menentukan kebahagiaan hidup kita'... maka aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Mereka boleh berkata apa sahaja mengenai kami, tetapi mereka tidak boleh merampas kebahagiaan hidup kami. Our life is our choice!


Bila Kami Dah Tua Nanti


Mungkinkah kami akan sentiasa begini apabila kami sudah tua nanti..... Ada yang akan gelak nanti. Tapi aku masih begini dari dulu-dulu lagi ..... suka menyendengkan kepala ke sisi suamiku. Hehehehe. Macam budak-budak...




Gambar Baru









Saje nak up date kan gambar yg terbaru. Ok lah jugak ni. Nampak sweet jugak lah.

Diari Baru


Tahun Baru ini akan dimulakan dengan buku baru dengan menutup buku lama. Harapan, cita-cita dan semangat baru. Hmmm.... Moga segalanya berjalan seiring dengan doa yang tulus.