Tuesday 30 December 2014

Di mana letaknya nilai seorang kawan?

Aku tidak akan terdesak untuk mengikut kata kawan?... dulu-dulu semasa di universiti masih lagi bodoh, jadi ikut saja kata kawan...sekarang sudah dewasa sudah ada prinsip sendiri...

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur atas rezekiNya... ketenangan yang diberiNya... rezeki yang diberiNya...takdir yang dianugerahkanNya... bulan-bulan yang indah... bahagia itu bila kita ingin dan rasa bahagia, bukan disebabkan sekeliling kita...bukan mudah untuk jujur... bukan mudah untuk berubah...bukan mudah untuk segalanya...Akulah aku...

Monday 8 December 2014

Untuk yang pertama dan terakhir kalinya aku menyatakan... Itu rumahku! rumahku!

Hmm...
Aku punya cara kehidupanku yang tersendiri... tidak sama dengan kawan-kawanku, sekelilingku bahkan adik beradikku sekalipun.
Inilah pilihan hidupku...Aku dan kucing-kucing gelandanganku...
Benar... aku tidak pernah menjemput kawan-kawanku ke rumahku kerana aku sangat privasi dengan rumahku. Hanya berapa kerat sahaja kawan-kawanku yang pernah ke rumahku... kebetulan sahaja. Sehingga suatu ketika nanti, sehingga saat aku memang aku tidak akan menjemput kawan-kawan ke rumahku.
Tiada yang pelik dalam rumahku. Tiada! biasa biasa saja macam rumah orang lain. Cumanya rumahku...penuh dengan...kucing-kucing gelandangan yang kukutip merata tempat. Sekarang sudah ada 31 ekor kucing. Aku sediakan 2 buah rumah di luar rumah berukuran 8x8 dan 10x10. Di sekeliling porchku pula bersusun dengan kandang-kandang kucing pelbagai saiz besar. Makanan kucing bertong dengan pelbagai peralatannya juga penuh tersusun di bawah porchku. Malah wakaf besar aku pun penuh dengan barangan kucing. Tak ada hiasan di laman rumah, tiada pokok bunga cantik atau dedaun hijau. Yang ada hanyalah pokok rambutan dan mempelam tempat kucingku bergayut dan bercakaran.

Untuk kesekian kalinya aku ingin katakan itu rumahku! itu rumahku! Biarkan kami berdua di rumah itu dengan cara kehidupan kami sendiri!

Friday 5 December 2014

Makan-makan

Hari ni kawan-kawan ajak makan di Mid Valley sebab hari Jumaat kan masa rehatnya panjang... Tapi hari ini rupanya traffic jem sangat teruk di Federal Highway dan sudah tentu dalam Mid Valley juga. Berjam-jam berpusing-pusing mencari tempat parking kereta. Akhirnya ambik juga Reserved Parking, sebab dah takde ruang parking lain dah. Sebab sudah rasa terlalu lapar sangat.

Hari ini aku menghabiskan duit hampir RM 100.00 hanya untuk makanan saja. RM49.00 untuk pelbagai kek coklat. Dan selebihnya spagetti dan air. Fuh!! Minggu depan kena slowkan cara pemakanan. Huh!

Jatuh Cinta

Aku jatuh cinta berkali-kali dengan si dia. Berkali-kali juga aku rasa marah sangat kepada si dia tapi akhirnya bila hati aku sejuk aku tahu aku tetap mencintainya seumur hidupku... Si dia juga tahu aku mencintainya seluruh jiwaku. Dan aku juga tahu si dia terlebih dulu lebih mencintai aku lebih dari segalanya...

Baik

Bagaimana mahu menjadi insan yang baik? Baik kepada semua orang, bukan sahaja kepada ahli keluarga, dan sudah tentu kepada diri sendiri? Kata orang kalau suka makan benda pedas pedas perasaan akan mudah marah dan naik angin. Ok nanti saya kurangkan makan makanan pedas ye.

Wednesday 3 December 2014

Blog

Kenapa masih suka menulis dalam blog? Ntah! tak tahu... cuma suka-suka saja. Takde sapa baca pun tak apa. Suka sebab nampak cantik kemas tersusun, dan boleh baca blog orang lain juga!

Tuesday 2 December 2014

I love my life

Hihihi.. I love my wonderful life so much! Alhamdulillah Allah.

Bergaduh... bertekak...bergurau...bermasam muka...berbaling baling... berbalas mulut...semuanya menyeronokkan. Mencahayakan hidupku in a small our house, indeed our home! Ribut taufan, angin kencang, tumbuk menumbuk akan datang lagi...tapi rumah kita moga akan tetap teguh walau sengetnya tetap ada di mana-mana penjuru.


Kerja lagi...

Kalau umur panjang dan masih nak kerja dengan Kerajaan, makanya aku ada 20 tahun lagi ... long way to go untuk kekal sebagai Saya Yang Menurut Perintah. Adoi! Kalau umur pendek dan sebelum ajal tiba masih tidak menunaikan impian di hati, alangkah tidak berbaloinya hidup di dunia ini kan? Atau memang tak semua di dunia ini akan kita dapat? Statement yang biasa kita dengar... Kita tak cukup berani untuk buat apa yang kita suka? hmm... lagi dan lagi... thinking... alots!

Kemas Yang Tak Terkini

Di bahagian baru ni memang selesa dan tidak ada banyak masalah. Cumanya kena tukar sikap sikit... kena jadi saya yang menurut perintah. Walau macam tak kena dari segi dasar dan membuat keputusan, aku terpaksa pejamkan mata dan kuncikan hati... sudah begitu keputusan mereka orang atasan. Part aku dah cakap sudah, kalau tak nak dengar ikut suka hati tuan ler....

Sekarang ini aku lebih kepada mencari perkara yang mudah dan ringkas. Tak mahu fikir benda-benda yang boleh merosakkan fikiran dan hati (pasal kerja la ni). Kalau tahu salah, bagitahu mereka, kalau mereka tak mau dengar, sudah lah... biarkan saja.

Aku lebih nak fikirkan mengenai anak-anak kucingku saja. Makan minum mereka, kebersihan rumah mereka dan sakit pening mereka. Letih memang la letih menguruskan mereka tapi.... never never give up... serahkan saja semuanya kepada Allah Taala.

Sekarang ni musim tak sihat. Aku tak kisah, kucing pun ada yang tidak sihat. Redha jer lah.

Seronoks  sebenarnya melalui alam kehidupan 40-an ini. Sudah melalui fasa matang, berpengalaman, pandang ke depan dan dah pandai menjangkakan apa yang akan berlaku. Hmmm... matlamat kehidupan juga sudah berubah. Suka nak blog walking, view pengalaman orang lain macam berkebun, menternak kambing etc. Seronok... enjoy! Walau hanya di alam maya.

Seronok bila memikirkan berani ke nak keluar dari comfort zone kerja makan gaji? Dare to do business? Your own business? Hihihihi... duit bukan lagi keutamaan. Ketenangan dan keringkasan itu yang dicari. Tapi tak mahu la pulak jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Apa pun just forgive and forget benda yang lepas. Enjoy sekarang dan akan datang. Tentukan dan capai impian diri sebelum ajal menjemput!  

Wednesday 29 October 2014

Tukar Bahagian Lagi...

Berkuatkuasa 20 Oktober 2014, aku mendapat surat arahan bertukar bahagian. Rasanya baru setahun 3 bulan aku di Unit ini. Kenapa dan mengapa aku ditukarkan tiada siapa pun mahu memberitahu aku kenapa. Bila bertanya dengan Bahagian Sumber Manusia pun mereka tidak mahu menjawab apa-apa. Memandangkan di Unit aku report duty direct kepada Dato' CEO, makan bolehlah aku menganggap bahawa selama setahun 3 bulan ini Dato' CEO tidak berkenan dengan aku. Walaupun memang lah pada awal aku masuk ke Unit ini pada tahun lepas aku pernah berterus terang dengan Dato' yang aku memang tidak suka diletakkan di Unit beliau. Mungkin sekarang ni bila beliau akan menamatkan perkhidmatan maka terus dia menunaikan hasrat aku tidak suka berada di Unit ini. Semua orang terlalu berahsia kenapa aku ditukarkan dalam notis 2 hari sahaja. Malas nak pikir panjang dan menjawab pertanyaan orang lain, aku katakan mungkin aku tak perform maka Dato' tukarkan aku. What ever lah...

Bos baru pulak minta aku melaporkan diri pada beliau hanya pada 1 Nov 2014 agar aku dapat menyelesaikan semua hal-hal mesyuarat di Unit. Lagi sekali what ever lah...

Jadinya 1 Nov aku mulakan dengan cerita baru, peal baru, angin baru... Dushh!!!

Tuesday 28 October 2014

Hati... sabar lah...

Aku sebenarnya sudah tidak tahan bekerja dengan kerajaan nih. Segala keputusan memang tidak masuk akal. Tapi sebab orang atasan telah memutuskan sedemikian.

Benci... benci... tak terluah... tetap diteruskan jua...

Mesti berusaha mencari alternatif lain?

Pok Tam

Pok Tam telah pun tiada hujung minggu lepas kerana sakit, mungkin tidak mendapat cukup makanan semasa kehilangannya.

Kucing belaan rumah ni macam tu la. Kalau hilang, mesti diorg tak dapat nak hidup berdikari. Tak pandai cari makanan sendiri dan tak pandai nak berebut dengan kucing jalanan yang lain. Diorg sudah biasa makanan disediakan dan mencukupi.

Sedih memang sedih... tetapi ini lah kehidupan... Pok Tam bermata satu tetap dalam kenangan...

Tuesday 21 October 2014

Pok Tam

Pok Tam dah dijumpai pada hari Ahad lepas. Kurus, selsema dan berkurap. Kesian dia...

Wednesday 8 October 2014

Pok Tam

Pok Tam pula telah meninggalkan rumah kami sama seperti Blakie entah ke mana dan masih belum balik-balik lagi. Semoga Pok Tam (mata sebelah) dan Blakie sihat selalu walau di mana mereka berada.

Sabarlah hati...

Loreng

Loreng pula pergi menemui penciptanya pada 2 Oktober 2014 (Khamis) sebelah petang kerana penyakit FIP.

Sabarlah hati...

Wednesday 24 September 2014

Veterinar

Ini adalah kali terakhir aku ke Klinik Veterinar. Selepas ini aku tak akan ke sana lagi. Aku rasa diorg tidak merawat kucingku dengan baik. Sock telah pergi petang ini jam 4.00 ptg.

Selepas ini aku akan menjaga dan merawat kucing-kucingku dengan caraku sendiri. Noktah!

Klinik Veterinar

Kadang-kadang tak boleh percaya dengan cara perubatan veterinar. Tambah kalau budak vet baru. Kucing tak bertambah sihat. Makin lemah pulak jadinya... Kena rawat sendiri nampak gayanya...

Monday 22 September 2014

Biar gambar berbicara - ini sebahagian dari mereka sahaja









Bidan Terjun

Malam tadi jadi mak bidan memotong tali pusat 5 anak-anak Chiko kerana terbelit di perut dan kaki memasing. Yang kesiannya yang paling kecik telah mengalami kecacatan kaki kerana belitan tali pusat yang sangat kuat. Hampir sejam aku berusaha memotong tali pusat mereka. Nak dibawa ke veterinar jam sudah pukul 9.30 malam. Rupanya tali pusat ni sangat kuat dan sukar diputuskan. Kena berhati-hati membuat keputusan memotong supaya tidak ada yang tercedera. Ya Allah, harap anak-anak ini umurnya panjang. Ameenn.

Thursday 18 September 2014

Penat

Kadang-kadang rasa penat sangat bila perlu menyemak kerja-kerja orang lain dan selaraskan. Yang memenatkan itu apabila kesalahan yang sama berulang. Adakah mereka tak pernah ambik port pun kesalahan dulu atau memang tak pernah ambik kisah sebab memang ada orang lain (aku) yang akan menyemaknya semula? Adakah ini sememangnya attitude generasi baru yang memang malas untuk membaca atau menggunakan otak sedikit? Grrr.... Sabar... sabar...

Wednesday 17 September 2014

Blakie...

Blakie masih belum pulang. Kucing yang paling cerdik dan cool. Badan besar dan bagak. Sekali jeling semua kucing lain takut. Blakie tak pernal jalan jauh-jauh. Hanya sekitar sebelah rumah, dan pasti akan pulang ke rumah. Blakie suka duduk atas pangku. Blakie selalu teman aku menyidai kain kat belakang rumah, atau temankan aku ke lorong belakang rumah cari kucing. Blakie faham bahasa aku bila suruh ikut aku. Blakie suka makan ayam dan ikan.

Jenuh aku mencari keliling taman perumahan ini, namun masih belum jumpa...

Kalau ada rezeki lagi Blakie akan bersama aku lagi... Kalau tak ada rezeki, setakat itu sahaja kenangan yang ada...Aku doakan yang baik-baik sahaja.

Tuesday 16 September 2014

Blakie

Blakie masih belum balik-balik sejak dari Maghrib Ahad. Risau sungguh dengan Blakie ni. Ke mana lah si Blakie ni pergi. Selama ni Blakie tak pergi ke mana mana. Jenuh aku keliling taman ni cari Blakie, tapi hampa..... aku hampa....

Monday 15 September 2014

Mandulkan Kucing

Mengikut Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus (tidak haram) sekiranya kita mandulkan kucing dengan niat untuk mengelakkan pembiakan yang banyak yang akan memudaratkan masyarakat setempat. Ada pula fatwa lain mengatakan haram kerana ia menentang hukum biologi binatang yang telah ditetapkan Allah.

Di Jepun ada beberapa pulau (dalam pengetahuan ada 2 buah pulau) yang dipenuhi kucing sehingga dinamakan pulau untuk kucing. Persoalan di fikiran aku, adakah mereka memandulkan kucing di pulau ini? Sebab ada banyak kucing di sini. Kalau nak dimandulkan tentulah memakan kos yang bukan sedikit.

Aku pernah mandulkan beberapa kucingku dengan niat tidak mahu ada pembiakan yang tidak dapat dikawal nanti. Tapi sekarang aku tidak lagi memandulkan mana-mana yang ada selepas kejadian seekor kucing betinaku mati selepas dimandulkan... Ekor Panjang dalam kenangan... Aku kawal dengan mengurung asingan mereka antara jantan dan betina. Akan dilepaskan bermain di laman secara berkumpulan batch by batch.  Aku serahkan kepada Allah Taala takdir bagaimana, selepas berusaha mengelakkannya.

Rezeki itu biar berkat

Ya Allah, rezeki itu biar berkat. Ameen.

Pelaburan Hartanah

Aku quote ni daripada sebuah forum...

"hukum membeli hartanah dengan niat menjual semula untuk mendapat keuntungan adalah harus. Namun jika urusniaga berkenaan dibuat secara menindas dan menafikan hak orang lain yang memerlukan maka hukumnya adalah haram. Ini kerana cara urusniaga tersebut dilakukan secara monopoli. Sistem ini diharamkan dalam Islam kerana ia menindas dan menganiayai hak orang lain. manakala menjual barangan dengan harga yang tinggi dengan keredhaan (pembeli dan penjual) adalah harus. Ia tidak dikira riba kerana riba dinilai dari sudut pinjaman atau caj lebihan di sebalik sesuatu urusniaga yang dilakukan. Justeru, Tuan/puan dinasihatkan supaya meninggalkan urusniaga berkenaan kerana rezeki yang diperolehi dari unsur yang haram walaupun banyak pasti tidak ada keberkatannya. Wallahua’lam."

Daripada dulu aku memang anti dengan pelaburan hartanah yang menindas golongan miskin/bawahan. Sebab itu sehingga kini aku masih belum membeli rumah sendiri. Nak kumpul duit sedikit demi sedikit dan kemudian baru buat rumah.

Berniaga

Kalau nak berniaga, mesti ada sifat jujur. Jujur dengan produk dan jujur dengan pelanggan!

Delete list friends dan follows di FB

Hari ni sambil-sambil buat kerja, sambil mendelete friends dan followers di FB sebab tidak suka dengan bahasa yang mereka gunakan. Aku memang banyak follows mereka yang cats rescuer atau pencinta kucing. Tapi kalau sudah tidak pandai menggunakan bahasa yang lebih elok dan suka menegakkan benang basah, terpaksa lah ambik tindakan unfollow mereka. Hati pun tak sakit. Ala diorg pun tak kisah unfollow  diorg.

Gambar atas ... Kerong dalam kenangan...

Thursday 11 September 2014

Bandingkan

Bandingkan pula dengan rumah miskin

Jadinya, syukur lah dengan rumah yang ada. Ada juga rumahnya tegak berdiri berbanding dengan orang yang kadang-kadang tidak punya rumah pun.

Rumah Kecik

Satu lagi rumah comel.


Rumah Kabin

Sekarang ni suka pulak dengan rumah kabin yang comel je













Sebab berdua je kan, jadi sangat comel la rumah kabin nih. Cumanya di Malaysia ni kan cuacanya panas je, macam tak sesuai lah pulak dengan bentuk rumah kabin.

Hachiko






Aku suka dengan filem lama ni. Pernah ada kucing bernama Kerong yang seperti Hachiko. Begitu la kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati... patah tumbuh hilang berganti.

Dunia utamaku hanyalah opis, suami, rumah, kucing dan rumah kucing. Yang lain-lain tu hanya sekali sekala.

Rupanya ramai yang kehidupannya hanya begitu... rutin yang sama.. laluinya juga dengan senyum... kerana kita seronok dengan semua itu. Agaknya bila kita sudah mencapai umur 40 tahun, tiada lagi kita terkejar-kejar dengan impian tak pasti. Kita mula ingin membuat apa yang kita suka buat selama ini. Lebih pedas berkata-kata kerana sudah banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Sudah banyak asam garamnya. Sudah ada semua yang kita rasa perlu. Tak mahu cari-cari benda yang tidak perlu.

Suka dengan kehidupan sendiri!

Kecil Hati

Aku memang setahun dua ini kecil hati dengan kawan-kawan UiTM. Sementelah bila aku dikhabarkan apa yang mereka umpatkan pasal aku di belakang aku. Sebab itu aku mengambil sikap berdiam diri saja. Apa lagi yang mengata aku tu sebenarnya di kalangan kawan-kawan yang dikatakan agak rapat dengan aku. Tapi tak apa lah, lupakan saja. Itu belum lagi dikira aku terasa sesuatu yang hambar bila berbual dengan mereka. Bagai ada sesuatu yang tak kena...

Kalau nak kira aku kecil hati dengan orang lain, orang lain pun boleh kecil hati dengan aku juga. Jadi sama- sama saja lah. Sebab itu aku kata lupakan saja. Aku pun buat silap juga. Agaknya lagi silap daripada mereka.

'Mr. Google'

Gemuk

Setiap kali berjumpa seseorang yang dah agak lama aku tak jumpa, mesti diorang akan kata 'akak dah makin gemuk ye... tak apa la orang senang hati tentu la gemuk'... aku senyum je. Memang aku dah gemuk sekarang ni, badan dan muka makin dipam-pam. Tak tahu silap di mana. Sudah tentu la sebab makan banyak. Selera tengah nak ada ye, makan je lah.

Bulan ini dan bulan seterusnya akan cuba untuk berkata-kata sesuatu dalam blog ini setiap minggu. Ini cara untuk menzahirkan apa yang dirasa supaya boleh dibaca semula suatu hari nanti bila sudah tua. Sudah tentu bukan untuk tinggalan anak-anakku kerana rezeki yang satu tu mungkin jauh lagi untuk kami miliki. Tak apa, kami tak apa-apa pun. Sedih tidak, kecewa pun tidak, biasa-biasa saja.

Tak ada apa-apa

Semalam terjumpa blog yang pada aku sangat menarik kerana berkaitan dengan kehidupan dan impian aku. Blog ini memberi inspirasi kepada aku untuk bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang... macam biasa la... pasal tempat kerja.

Memang susah untuk kita jumpa dengan kerja yang bersesuaian dengan jiwa kita sementelah kita pulak bukan orang kaya-kaya yang boleh buka perniagaan atau buat pekerjaan apa saja dengan mudah. Kita nak berniaga pun kena fikir nak cari modal dan barang perniagaan yang nak dijual.

Apa-apa pun semua impian yang kita hendak capai mesti bermula dengan satu langkah, baru lah kejayaan boleh mengekori kita. Selagi tak dicuba kita tak akan tahu keupayaan kita.

Beruntung mereka yang mempunyai bakat dan kemudiannya digilap untuk dijadikan mata pencarian. Seperti orang yang pandai menjahit, bertukang, melukis, menulis, berkebun dan sebagainya. Bekerja pejabat ni sungguh membosankan. Tapi kalau dah itu sahaja rezeki kita, bersyukur sahaja!

Aku minat dengan buku-buku dan majalah tapi rezeki bukan terarah kepada itu.

Banyak perkara nak dibuat dalam hidup ini. Rancang dan laksanakan langkah demi langkah. Senyum lah...

Thursday 17 July 2014

Ramadhan...


Dah hujung-hujung sut bulan puasa ini, badan terasa begitu letih sekali...
Traffic jem yang makin menggila setiap hari...
Hilang modal idea nak masak resepi apa...
hmmm..

Friday 11 July 2014

Kampung

Selalu rasa rindu kat kampung... tempat jatuh lagi di kenang kan?

Thursday 3 July 2014

Berhenti Kerja Kerajaan

Semenjak dah masuk umur 40 tahun ini, telah berkali-kali aku memikirkan rancangan untuk berhenti kerja kerajaan, walaupun baru 6 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan. Banyak perkara perlu dipertimbangkan apabila hendak berhenti. Hakikatnya aku merasakan tidak lagi seronok bekerja dengan kerajaan. Sudah tidak ada feel. Mungkin juga tempat kerja ini yang sudah tidak best atau aku ini sendiri yang sudah membosankan! Bukan semudah itu hendak berhenti dengan niat yang telah ada di hati. Perlu berfikiran rasional dan menjangkakan apa yang akan berlaku kelak. Kenapa masih tidak berani untuk berhenti? Rasanya kerana diri sendiri tidak percaya dengan rezeki Allah agaknya. Kedhaifan diri. Diri masih takut dengan bayang-bayang bahawa hanya kerajaan yang mampu memberi pendapatan selamat padahal di muka bumi ini masih banyak ruang untuk mencari rezeki asalkan rajin berusaha.  Agaknya sebab sudah terbiasa dengan comfort zone? Tak berani melangkah ke dunia luar? Terasa tiada sumbangan kepada masyarakat pun apabila bekerja di sini. Semuanya terasa hambar dan kosong. Dengan dasar dan polisi serta keputusan pihak atasan yang rasanya tidak menjaga kebajikan pelajar dan ibu bapa serta orang awam, terasa seperti melakukan kerja yang sia-sia. Tiada makna! Kadang-kadang tertanya-tanya apa tujuan semua ini dilakukan kalau ia akhirnya tidak mendatangkan faedah? Dengan terkejar-kejar dari pagi hingga ke petang, ke mana semua ini pergi?


Tanyalah mana-mana isteri-isteri atau ibu-ibu pasti kebanyakan akan mengiakan lebih betah duduk di rumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Pilihan bekerja perlu dibuat atas tuntutan kehidupan zaman sekarang dengan perbelanjaan yang meningkat setiap tahun. Dengan hutang sana sini yang perlu dilunaskan setiap bulan, ramai terpaksa membuat pilihan bekerja.

Sekiranya pilihan berhenti kerja dibuat, beberapa perancangan perlu dibuat setelah dikaji dengan sebaiknya. Perlu ada perancangan apa yang akan dibuat selepas berhenti. Kerja apa yang akan dibuat untuk mendapatkan pendapatan. Apa kebolehan diri yang boleh digunakan yang boleh mendatangkan kebaikan.

Apa yang boleh dibuat adalah berdoa kepada Allah semoga dapat memberi petunjuk tindakan dan pilihan mana yang lebih baik. Bersabar di Ramadhan yang mulia.......

Fatimah Saidin

Aku juga menggemari karya Fatimah Saidin. Buat masa ini cuma ada 2 buah koleksi sahaja:





Korban Kasih adalah yang paling best dan telah diulang cetak berkali-kali.

Wednesday 2 July 2014

Novel Hartini

Aku paling sayang novel Hartini karya Aziz Afkar ini. Nasib baik aku beli dulu-dulu. Masih elok dalam simpananku. Sudah berapa kali khatam buku ini. Terbitan tahun 1994. Aku sudah lupa tahun berapa aku beli buku. Tiap kali Pesta Buku Antarabangsa, pasti aku bertanya sama ada buku ini ada dalam simpanan Creative Enterprise. Jawapan standard mereka setiap tahun '..tiada..'. Sebab aku mahu membeli senaskah lagi untuk simpanan. Aku google mudah.my. Ada yang jual tetapi harganya walla RM180.00! Mahalnya. Tapi kalau suka dan memang tiada dalam koleksi, berbaloi beli walau dengan harga mahal! Oh ye perpustakaan tempat kerja aku pun ada menyimpannya.


Jibam

Aku ada beli buku ini...






Gambar ni dari Mr. Google tetapi memang aku ada beli buku ini tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa, belum baca lagi. Terus teringat kisah OKU adik Firdaus... Sedih...Tak mampu nak komen banyak-banyak.

Me 2014

Ni gambarku tahun 2014. Sangat la debabnya... mengalahkan husbandku.



Pelbagai Rekabentuk Rumah Kucing

Dari Mr. Google


Doaku



Ada seseorang menghantar puisi ... mungkin boleh dijadikan renungan bersama ...


Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkahlaku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghdapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...

~~~~~Hanya dirimu yang lebih mengenali dirinya... ~~~~~~


-->

??




So cute.. maksudnya??....

Rumah Kami...


Ini lah rumah idaman kami.... ada kucing merayau-rayau, ada pokok memenuhi laman...

This is life (2) - kucing saya

Mana gambar kucing saya nih

Kata Orang

Baru-baru ini seorang kawan ada bagitahu aku yang dulu-dulunya aku pernah diumpat @dikata??? (atau yang sewaktu dengannya) di kalangan kawan-kawan di UiTM dulu yang aku ini 'berlagak' sewaktu hendak berkahwin dan semasa awal perkahwinan. Dan kalangan kawan-kawan itu mungkin adalah kawan-kawan baikku? What should I response to this??? hmmm.....

Kadang-kadang kawan yang kita anggap baik mungkin sebenarnya tidak pernah pun mengganggap kita ini adalah kawan baik. Mungkin sekadar di pinggiran sahaja. Sebab itu ada pepatah kata 'kawan makan kawan'. Susah mencari kawan yang senada dengan kita. Bila nada dan irama mula berlainan dan tidak sekata, haluan pun mungkin sudah bercapang-capang. Masing-masing ada pilihan dan tiada paksaan dalam berkawan. Berkawan lah seadanya mengikut perasa yang bersesuaian. Matlamat dan kehendak kita tak sama. Ada yang suka bergaya, bermegah, menunjuk, sombong dengan apa yang ada. 'Kemewahan' ada di mana-mana. Tiada siapa yang tahu di hati. Tiada yang pelik. Cinta juga tak pelik kan!

This is life (1) - Cinta

Memang aku seorang yang mengagungkan cinta. Cinta itu suci, hadir dalam diri kerana kurniaan Allah dan kerana kita manusia yang memupuknya. Kita menyintai bukan kerana rupa fizikal, harta, pangkat atau yang sewaktu dengannya. Kata orang hidup tidak boleh berlandaskan cinta semata-mata. Kalau dalam perkahwinan, cinta tanpa wang tiada maknanya, akan berantakan jua. Wahai, aku yang merasainya penuh percaya cinta lah yang boleh mengubah segalanya. Cinta lah yang memberi kekuatan dan semangat untuk kita menghadapi cabaran dan dugaan. Kerana cinta, kita sanggup menerima kelemahan seadanya, meneruskan penghidupan dengan penuh rela dan redha. Sungguh wang bukan segala-galanya hingga cinta tiada makna. Cinta tiada bertepi. Cinta itu ada, wujud, kekal selagi akal fikiran waras mengawasinya. Kerana cinta, kemiskinan itu menjadi sangat manis!

Aku lah sang pencinta itu!




This is Life

Banyak orang, banyak la ragamnya. nobody perfect! Ubatnya adalah sabar....

Monday 9 June 2014

Hehehe

Walau aku pencinta kucing, tapi aku bukan lah seorang yang baik sangat tau. Aku pun manusia biasa, ada kelemahan, ada darjah kemarahannya!

Obses

Aku pun tidak pasti mengapa aku begitu obses dengan kucing. Padahal aku bukanlah kategori pencinta kucing maut. Memang dari kecil aku dibesarkan dengan kucing di sekeliling. Kerana emak  memang suka memelihara kucing. Adik-adikku juga suka kucing sampaikan dulu adik lelakiku sanggup membawa anak kucing tidur satu selimut dengannya sampai kucing terberak dalam selimut dia.

Perasaan sangat suka kepada kucing hadir semasa kami menetap di rumah banglo adik iparku apabila ada ibu kucing melahirkan 3 ekor anaknya di stor rumah. Semenjak itu, aku mula mempelajari dan memahami tabiat kucing.

Selepas berpindah ke rumah sendiri di corner lot, obses aku semakin menjadi-jadi. Ada saja kucing jalanan yang aku kutip dan aku pelihara di rumah. Sehinggakan aku sediakan 2 buah rumah kucing dan beberapa biji sangkar kucing. Telah beribu-ribu duit dihabiskan untuk makan minum, ubat-ubatan, rumah/sangkar kucing. Alhamdulillah mungkin sudah takdir dan rezeki Allah rumahku yang agak jauh dari orang lain memberi keselesaan untuk aku memelihara banyak kucing. Setakat ini ada 30 ekor kucing di rumahku.

Sepanjang beberapa tahun ini, sudah banyak juga kucing jagaanku dan gelandangan yang mati kerana sakit, dilanggar dan kemalangan. Mereka datang dan pergi membawa seribu kenangan kepadaku. Semuanya dikuburkan di laman rumahku tanpa tanda. Biar lah. Sekurang-kurangnya semasa hayatnya mereka pernah menikmati makanan yang sedap, dakapan kasih sayang dan perhatian manusia kecil aku dan suami. 

Hidup mati ketentuan Allah. Tidak semestinya kucing jagaan manusia akan kekal hidup sihat selamanya. Dan tidak semestinya kucing gelandangan cepat mati dan tidak sihat. Semuanya ketentuan Allah. Apa boleh dibuat aku adalah berusaha memberi makanan, menjaga kesihatan dan kasih sayang buat mereka semasa hayatnya.

Buat mereka yang tidak sukakan kucing, tidak mengapa, cuma jangan didera kucing itu, jangan dihambat seperti pengemis. Jika tidak suka, halau lah dengan santun kerana mereka juga makhluk Allah. Dunia ini bukan milik kita selamanya. Apa lah hanya kerana tidak sukakan bau mereka, kencing berak mereka sampai dibunuh begitu sekali. Apa lah salahnya jika dibersihkan saja dengan air. Rumah yang cantik dan bersih bukan boleh dibawa masuk ke kubur. Berpada lah kalau sayangkan kebersihan dan kecantikan rumah sekali pun. Kalau lah semua manusia bencikan kucing, ke mana lagi harus mereka membawa diri sedang kejadian mereka Allah tetapkan untuk berkeliaran bersama manusia. Kejamkah Allah menghidupkan kucing di kalangan manusia kalau hanya untuk disakiti manusia? Mengapa ular dan harimau tidak dijadikan Allah di sekeliling kalangan manusia? Mengapa ular dan binatang liar lain dijadikan Allah hidup di dalam habitat hutan, jauh dari manusia? Kerana hadirnya kucing adalah untuk disayangi dan menyayangi manusia. Mereka tidak berbahaya kepada manusia. Tapi masih dibenci manusia. Kadang-kadang ular pula lebih disayangi manusia. Pelik!

Kesedihan tetap ada dengan seribu sesalan tiap kali ada kucingku atau gelandangan yang mati. Namun aku sedar dunia ini hanya pinjaman. Sudah ketetapan Allah begitu. Bersabar. Akan ada yang menggantikan yang telah pergi.

40 tahun

Kawan kata bila usia perkahwinan melebihi 15 tahun, objektif kehidupan akan berubah. Hidup menjadi lebih ringkas. Kehendak pun tidak lagi banyak seperti awal muda-muda dulu. Begitu agaknya pusingan kehidupan. Datang dan pergi...

Kehendakku kini juga berbeza. Tidak mahu lagi yang serabut-serabut (complicated?). Mahu hidup yang lebih tenang dan mudah. Makan pun yang ringkas-ringkas sahaja.

Mencintai kehidupan yang sedia ada dianugerahkan Tuhan sangat menenangkan. Kita yang tidak dianugerahkan kekayaan jutaan mungkin saja tidak perlukan semua kemewahan itu:
* Duit yang banyak untuk ke luar negara? Tidak perlu kerana aku tidak suka melancong ke luar negara. Takut naik kapal terbang dan berjalan di tanah asing.
* Duit yang banyak untuk membeli rumah mewah yang besar? Tidak perlu kerana aku tidak larat untuk membersihkan dan menguruskan rumah yang besar. Apa lagi aku sangat takut pada gelap dan hantu?
* Duit yang banyak untuk membeli makanan mewah dan sedap-sedap? Tidak perlu kerana aku tidak makan makanan yang banyak mewah-mewah.
* Duit yang banyak untuk membeli pakaian yang cantik dan mewah? Tidak perlu kerana aku hanya berpakaian biasa.

Jadi apa perlunya kekayaan itu semua? Makanya kekayaan tidak sesuai untukku. SEDERHANA SAJA LAH...

Yang kuperlukan adalah:

* Wang yang cukup untuk membeli keperluan makan minum, kesihatan dan tempat tinggal kucing-kucingku dan kucing-kucing gelandangan.
* Kesihatan yang baik untuk beramal dan menjaga kucing-kucingku dan kucing gelandangan.

Moga dilimpahkan kesederhanaan dan kesihatan yang baik buat suamiku. Amin...

Wednesday 4 June 2014

Abang Putih

Abang Putih telah berjumpa penciptaNya pada 3 Jun 2014 di usia lebih kurang 3-4 tahun...

Tuesday 15 April 2014

Me and Kucing

Sekarang aku ada 32 ekor kucens yang ditempatkan di tempat tempat berikut:

1. Rumah Kucing Lama - Gen2, Kunyit, Abang Putih, Ibu Putih, Ibu Kuning dengan 4 anaknya (9 ekor)

2. Rumah Kucing Baru - Blakie, Tompok, Koko, Dagang, Tecit, Chiko, Oyen, Adik, Ibu Tumpang (9 ekor)

3. Kandang Besar 1 - BB (1 ekor)

4. Kandang Besar 2 - Ekor Pendek (1 ekor)

5. Kandang Besar 3 - Manja (1 ekor)

6. Kandang Besar 4 - Berantai, Pok Ning (2 ekor)

7. Kandang Besar 5 - Pok Tam (1 ekor)

8. Kandang Besar 6 - Tuah (1 ekor)

9. Dalam Rumah - Ying ying, Junior, Tatami, Tam Tam, Teh Tam (5 ekor)

10. Dalam Bilik Tidur - Kiah, Cleo (2 ekor)

Fuhh!!! Mempunyai kucens yang banyak bukan suatu kebanggaan, tetapi tanggungjawab yang besar.  Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk aku dan suami untuk terus menjaga mereka dengan baik selamanya...


Tuesday 25 March 2014

Cinta Itu Di Hati...

Cinta tidak memerlukan sebab untuk terus menyintai dari awal hingga selamanya...

Thursday 20 March 2014

Lama tak muncul... kemalasan...tekanan...kepenatan...