Tuesday 6 March 2012

Rumah Kucen I



Ini la rumah kucen I. Rumah ni bersebelahan je dgn rumah kucen II. Di tengah2nya ada pokok rambutan.

Rumah Kucen Baru










Ini lah rumah kucen II. Modified daripada wakaf...Rumah kucen I masih ada seperti biasa. Rumah kucen I untuk kucens besar (5 ekor), rumah kucen II untuk kucens kecik (7 ekor). Yg tak suka dok dalam rumah kucens dan dibiarkan berkeliaran ada 3 ekor (cleo, celoreng dan ibu tumpang). Yg dok dalam 2 cages besar ada 2 ekor (BB dan ekor panjang). So semua total ada 17 ekors. Rumah ni siap hari Jumaat, hari Ahad dah ada pelawat couple cina dengan cucunya datang tengok2 rumah kucens. Diorg kata best la dok rumah corner lot, orang tak boleh kacau, boleh pelihara banyak kucens. Kat rumah dia susah sebab jiran2 tak suka kucens dan diorg suka report kat polis. Couple ni siap cakap, 'u jaga kucens ni nanti bila u dah tua, kucens ini akan doakan u'. Couple ni tahu pasal rumah ku + kucens bila anaknya yg selalu menggunakan jalan rumahku selalu melihat rumahku yg ada rumah kucens + banyak kucens. (Ish betul ke ayat ini?)

Semalam pulak ada dramatis + suami + anak yg dok area rumah ni meninjau2 rumah kucens ku. Lepas tu pulak ada seorang ibu dengan anak2nya melihat-lihat rumah kucens ku dan menunjukkan kpd anak2nya betapa byknya kucens di rumahku. Wah rumah kucens + kucensku dah ada ramai peminat. Tapi rumah kucen II ni kena modified lagi sebab kalau hujan lebat, takut kena tempias. Duduk elok2 ye semua kucens ku!

Monday 5 March 2012

Rumah Kucing II

Rumah kucing II dah siap pada hari Jumaat lepas! Yeay!! Dapat la kucen2ku ruang yang lebih luas untuk berkejaran... hehehe... Nanti ada masa nak upload gambar weh! Ok jugak me and my husband buat kerja keras tangan ni ye... Tp mine of course la tak brapa cantik sangat!(or langsung tak cantik?) org yg jenis tak sabar buat kerja macam tu ler...