Thursday 13 April 2017

Haji 2017

Insyallah tahun ini kami suami isteri akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji. Semoga dipermudahkan semuanya. Amennn.. Syukur Alhamdulillah. 

Wednesday 12 April 2017

Berhenti kerja

Setiap hari aku memikirkan untuk berhenti kerja. Disebabkan keseronokan bekerja itu sudah tidak ada. Integriti di tempat kerja sekarang sudah tidak ada. Memikirkan usia yang masih ada ini sepatutnya digunakan untuk berbuat sesuatu yang aku suka, yang aku minat dan yang sesuai dengan jiwaku - yang memberi ketenangan. Kerana lumrahnya kita tahu bahawa umur kita tidak tahu bila akan terhenti. Jadi seeloknya usia yang masih ada ini digunakan untuk berbuat sesuatu yang bermakna.

Jika aku berhenti kerja, apa yang aku nak buat selepas itu untuk dijadikan sumber pendapatan? Perancangan harus dibuat dari sekarang. Dan perancangan itu harus ada banyak supaya dapat jadi back up.

Tarikh keramat -  31 Julai 2018. Horray!!!

Mereka yang ada April 2017

Susunan semula kedudukan mereka:

1. Rumah 1 - kitten kuning,  + 6 anak-anaknya , junior, cici + 7 anak-anaknya
2. Rumah 2 - ibu tumpang, ibu putih, Phuket, dagang, chiko, oyen, ratu, KJ, rimbun, koko
3. Rumah 3 - BB budak nakal,
4. Sangkar 1 - berantai Kunyit
5. Sangkar 2 - ekor pendek
6. Sangkar 3 - Cleo
7. Sangkar 4 - Gen2
8. Sangkar 5 - 2 kitten kuning orang baru buang Pok Ning
9. Sangkar 6 - Manja
10. Sangkar 7 - tompok
11. Sangkar 8 - melati, kimchi
12. Sangkar 9 - kelabu/Rocky
13. Sangkar 10  - hitam putih/Ronnie
14. Sangkar 11 - kiah
15. Bebas luar rumah - tiada
16. Dalam rumah - jinggun + burung merbuk patah kaki, kichi, linton, rimau3 2 stooges sekarang dah tukar nama kepada Honda dan Henda sebab mereka jantan dan betina. Henda dalam rumah. Honda dalam rumah. Rimau adalah kucing baru seusia linton.

Wednesday 5 April 2017

Cabin

Dalam proses untuk membina sebuah cabin di laman rumah. Ia lebih kepada ruang aku untuk menempatkan koleksi buku-bukuku yang sudah terlalu banyak itu. Cabinnya akan berwarna kuning nanti warna pilihan suami. Ia akan jadi ruang lepak dan santai kami di siang hari. Akan diletakkan aircond dan kipas kerana lumrah sifat fizikal cabin sudah tentu lah panas. Banyak yang difikirkan dalam kepala ini macam mana nak hias cabin ni nanti. Cabin ini terletak bersebelahan dengan rumah kucing. Sambil lepak-lepak di situ boleh lah memantau kucing-kucingku. Di cabin ini juga akan ditempatkan semua anak patung kucing dan teddy bear aku yang bersepah dalam bilik tidur kami. Juga semua koleksi kereta mainan dan lain-lain koleksi aku seperti cawan gelas mangkuk. Walaupun aku sudah tua tetapi aku ni banyak koleksi macam kanak-kanak.

Walaupun laman rumahku yang agak luas dan memang boleh besarkan rumah, tetapi aku lebih sukakan ada tanah dan rumput maka kami tidak bercadang untuk membesarkan rumah sedia ada. Ada bebudak berkaki empat dan berbulus ni memang perlukan laman rumah bertanah dan berumput. Lagipun hanya kami berdua sahaja jadi buat apa hendak rumah yang besar.

Sebab itu aku mula membina macam-macam di laman rumahku. Sehingga tiada ruang untuk parking kereta. Ada 3 buah rumah kucing bersaiz 8x8, 10x8 dan 16x6, stor bersaiz 6x6, mini wakaf dan wakaf besar. Wakaf besar ini lah yang akan diruntuhkan dan ditukarkan kepada cabin kerana masalah anai-anai sudah memakan kayu-kayu wakaf ini. Menjaga wakaf berkayu memang rumit kalau melibatkan anai-anai.

Cabinnya akan jadi lebih kurang macam ini la...






Tapi tak lah sebijik macam ni. Yang macam ini cantik sangat... tak mampu den nak buat... hmmm.. kalau cat warna oren cantik tak?


Sekarang pun aku sedang berjinak-jinak menanam pokok dan sayur-sayuran di laman rumah. Tetapi di dalam pasu lah. Sebabnya tanah rumahku tu jenis keras dan kering. Susah nak mencangkul atau menggemburkan tanah. Bimbang pokok tak hidup nanti. Pokok yang sedia ada 2 pokok rambutan dan 1 pokok mempelam. Sekarang pokok yang sedang membesar pokok mempelam, jambu madu, jambu tempatan, belimbing buluh. Sayur pulak cili api, cili besar. Sedang disemai sawi, bayam, kangkung, tomato, daun ketumbar dan daun bawang. Oooo serai yang aku belum tanam. Nanti nak tanam daun sup pulak.