Saturday 16 October 2010

This Life ... (Part 2)


Begitu lah kami... selalu dipermainkan orang hanya kerana kami belum mempunyai zuriat sendiri. Aku tak kisah kalau kawan2 nak bertanya khabar belum ada anak lagi ke atau apa ke. Cuma jangan la dalam bentuk mempermainkan kami. Ada yg suka berkata 'ala...korang tak pandai 'buat' ni sebab tu tak ada anak'... dulu2 masa mula2 kahwin ada org buat joke suruh aku menuntut ilmu dgn adik perempuan suami aku mcm mana nak dpt anak cepat. Lagi hebat bila ada yg mendabik dada berkata 'saya pantang 'bersentuh' ngan suami, mesti mengandung punya! Wow! mcm la nak dpt anak ni ditentukan oleh diri kau sendiri ye? Hello! kalau Allah tak bagi anak tu, boleh dapat ke anak tu.

Thn pertama dan kedua aku kahwin, memang aku sedih sangat tak dapat anak.. tapi perasaan tu aku sembunyikan dari sesiapa baik adik beradik mahupun rakan2. Hanya kami suami isteri yg tahu perasaan kami. Aku sedih bila lihat kwn sepejabat mengandung, aku sedih tengok pasangan lain berkepit dgn anak2. Sedih kerana kami takde keistimewaan itu. Sedih bila org kampung, makcik pakcik kata aku mandul. Malam2 aku menangis dan suami akan tenangkan perasaan aku. Mcm2 aku fikirkan... hanya org yg tak ada anak saja yg faham perasaan ini ... tapi cuma 2 tahun itu saja lah... Bila kami jumpa doktor pakar yg mengesahkan kekurangan kami, sejak itu aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Bila aku ceritakan kesedihan aku yg tidak tahan dengan kata2 org, akhirnya doktor kata "mengapa hendak biarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain?" Maksud doktor tu.. mengapa kau nak biarkan orang lain menentukan kesedihan kau, menentukan kebahagiaan rumahtangga kau... you and your own life... aku memandang doktor itu dan tidak berkata sepatah kata lagi selepas itu...

Sejak itu aku tidak pernah bersedih lagi. Biar lah apa org nak kata apa pun. Orang lain yg ada anak pun belum tentu bahagia. Sudah ada anak pun nak bercerai berai. Dah ada anak pun si suami boleh main cinta ngan perempuan lain, si isteri jatuh hati kat lelaki lain. Ah! dunia sekarang memang terbalik. Kami yg tak punya anak ni berusaha mempertahankan rumahtangga sedang anda yg punya anak isteri yang comel2 boleh membiarkan rumahtangga berantakan. Sungguh anda tidak pernah memikirkan perasaan anak2 yg masih kecil yg perlukan sebuah keluarga yg sempurna, bukan ibu bapa dengan haluan masing2. Anda semua sangat ego dengan perasaan sendiri konon sudah tidak ada persefahaman... pasanganku tidak pernah memahamiku... aku sahaja yg berkorban selama ini, dia (lelaki/perempuan) di luar sana lebih memahami dan menghargai diriku! Huh! dah bercerai nanti, takde nya lelaki itu yg konon2 sangat2 memahami, menyayangi dan memahami kita konon2 seikhlas2nya akan menikahi kita.. akhirnya kita terkontang kanting sendiri... Anak2 la akhirnya yg jadi mangsa. Jika suami tidak pernah memukul, mendera, mengambil duit kita, menghina maruah kita, masih bertanggungjawab? mengapa masih hendak berpisah? Fikir lah masa depan anak2. Betapa kecewa dan remuk hati anak-anak dari broken family. Berapa kerat anak2 yg masih kecil ini menguatkan diri terpaksa survive dari keruntuhan ini? berdepan dgn cakap2 org, pertanyaan itu ini. Jangan la buat statement.. anak2 faham keadaan kami... Anak sepatutnya menjadi pengukuh sebuah rumahtangga...

Bagi sebahagian rakan2 rapatku mungkin sudah tahu sebab kami tiada anak. Jarang sgt aku mendedahkan sebab musabah kami tiada anak. Sebab aku bimbang akan muncul spekulasi kemudian.. kalau aku yg kurang, mesti org akan buat spekulasi mengata kenapa daud tak tinggalkan aku atau kahwin lain ye.. oh! sebab yam kan sgt muda, berijazah dan bekerja pegawai kerajaan... sedang suamiku hanya pembantu perpustakaan ... takkan nak tinggal begitu aje... kalau suami aku yg kurang pulak, org akan kata kenapa yam bertahan ye.. oh! sebab daud kan kaya berduit (padahal tidak pun), takkan yam nak tinggal begitu aje... semua yg kami buat akan jd serba tak kena ... seperti org akan berkata kpd anak dara tua yg belum kahwin sebab memilih sgt atau teruna berusia belum berkahwin sebab lemah tenaga batin...

Kami hidup seadanya... sungguh seadanya menerima kekurangan masing2... memang ini lah yg terbaik untuk kami berdua... juga tidak bercadang untuk mengambil anak angkat sebab bimbang akan tanggungjawab yg mungkin tidak akan terlaksana nanti menambah dosa... berdoa akan kekal bahagia begini selama-lamanya... juga tidak pernah lupa berdoa moga masih ada utk rezeki itu ... jika aku di usia 60 thn sekali pun aku masih sanggup terima rezeki itu supaya suamiku punya penyambung keturunan untuk sentiasa mendoakannya ... menangis bila mengenangkan siapa yg akan menjaga suami jika aku pergi dulu ... suamiku yg sudah tua ... lenguh2 badannya... cramp kakinya ... pening kepalanya ...sakit demamnya ... matanya yang rabun ... pendengarannya yg kurang jelas... giginya yg sudah tiada ... moga Allah sentiasa pelihara keselamatan dan kesejahteraan dia dunia dan akhirat... kalau dia pergi dulu siapa pula yg akan menjaga aku ...urat kakiku yg bersimpul ... belakangku yang sakit ... aku yg selalu sesat di bandaraya ... demamku ... mungkin lebih baik biar lah kami pergi bersama-sama... tidak menyusahkan sesiapa...

3 comments:

Just a person said...

betul kata dr tu..jgn biarkan org lain tentukan hidup kita. Ko dan hubby sangat bahagia dan akrab..rahmat dr Allah yang tidak terhingga tu yam.-zureen-

Yong Kamariah said...

yam dear, perjalanan hidup tiap insan tu adalah berlainan likunya, kalau kita tgk dari segi zahirnya satu2 pasangan itu bahagia, belum tentu lagi mereka sebahagia itu bila mereka tutup pintu rumah mereka, jgn tertipu dgn mainan dunia, setiap org ada dugaan masing2, betul kata zuren tu, biar kita yg tentukan hidup kita, janji kita bahagia cukuplah...

adele said...

salam...terharunya sy baca entri ni..
utk pengetahuan akk, kakak ipar sy (berkahwin dgn abg kandung sy) masih belum rezekinya lagi mndpt zuriat..sy tau dia tertekan dgn keadaan sekeliling yg pasti akn bertanya pasal anak..

alangkah bagusnya kalau dpt sy kongsikan kisah akk yang tabah ni..

tp sy risau sgt dia fikir sebaliknya..wuu

sy smpai kt blog akk ni sbb backlink dr blog akk..sy baca smua entri akk..sgt menyentuh perasaan..

terima kasih sudi letak link sy di sidebar..iaitu cetusanhati.com

:)