Tuesday, 31 July 2018

Hari ke 21 - Rumah Kecil Kami

Rumah kami ni kecil sahaja. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Barang-barang kami pulak tersangat la banyaknya. Kami berdua ni jenis yang suka menyimpan barang. Bukan barang mahal tapi barang 'keropeh' sahaja. Kami selalu bergaduh mengenai barang-barang ini sebab pada aku barang dia lagi banyak daripada barang aku. Tapi bila aku kemas mengemas nampak gaya macam barang aku lagi banyak daripada barang dia. Cumanya aku ada Kabin yang dia buatkan untuk simpan barang-barang aku. Sedangkan dia simpan barang dalam rumah. 

Rumah kami nampak sempit kerana keberadaan barang-barang ini. Nak buang sayang, nak simpan takde ruang dah. Tapi sehingga kini kami masih menyimpan barang-barang tu semua.Tak apa lah walau rumah kami nampak sempit penuh dengan barang asalkan kami bahagia. Nak kata apa lagi ye dak? Tetamu sila ignore yer kalau nampak barang-barang kami yang banyak ini. 

Aku sangat suka dan sayang dengan rumah ini. Lamannya yang luas (padat dengan rumah kucing dan Kabin) tapi puas hati kerana boleh beriadah di laman ini :- kejar mengejar kucing (senaman), membaca buku dalam Kabin (tidur sebenarnya dengan kipas on dan angin sepoi sepoi), menyapu sampah (senaman), lari-lari anak (senaman), melompat (kait buah mempelam), menyiram tanaman sekali sekala (rendang tak berbuah) dan kemas mengemas yang tak pernah selesai kerjanya. Penyelenggaraan rumah ni pun senang jer sebab kecil. Porch kami juga penuh dengan rumah kucing dan sangkar kucing. Barang-barang lain pun banyak juga. Haishhhh teruk betul la kami ni menguruskan kekemasan rumah. Hmmmm entah la bila nak berubah ni...

Aku dan dia
Mary's Cabin 
30/7/2018.


No comments: