Friday, 5 February 2021

Kiah

Tahun lepas Kiah juga telah meninggalkan dunia ini (2013-2020). Kiah yang sentiasa cantik dan bersih. 

Menyusul juga beberapa ekor kucing lain. Sekarang ini hanya ada 47 ekor sahaja. Semua kucing dewasa.

1. Rumah 1 - 4 ekor. 
2. Rumah 2 - 8 ekor 
3. Rumah 3 - 5 ekor
4. Banglo - 6 ekor.
5. Apartment - 4 ekor. 
6. Sangkar - 21 ekor

Kucing sekarang adalah batch generasi baru. Generasi lama dari tahun 2011/2012/2013 sudah tiada. Kadang fikir mereka harus meninggalkan kami sebelum kami meninggalkan mereka selama-lamanya, sebab nanti siapa pula yang akan menjaga mereka. Sulit sekali untuk tidak memelihara kucing kerana sudah terbiasa. 

Tahun ini wfh pada kebanyakan hari. Boleh jadi juga sebagai persiapan untuk bersara awal. Memang banyak kerja yang perlu dibuat apabila wfh. Tapi menyeronokkan sebab tidak perlu berjumpa muka dengan sesiapa. 

Thursday, 14 January 2021

Cleo

Cleo sudah tiada lagi... (2012-2020) 8 tahun sudah umurnya. Asal di ambil di Petaling Jaya rumah kawan office. Mati kerana sakit. Tak apa lah. Lebih baik pergi sebelum kami tiada. Adakah kami telah menjaganya dengan baik sebelum ini? Entah la.... rasa bersalah...


Mary's Cabin

Friday, 10 January 2020

Yang Masih Tinggal

Rumah 1 - 7 ekor
Rumah 2 - 7 ekor
Rumah 3 - 5 + 4 kitten
Banglo - 6 ekor
Aprtment - 7 ekor
Sangkar - 18 ekor
Dalam rumah - 1 ekor + 2 kitten

Gen2 (2008-2019)

25 Dis 2019 - Gen2 pergi buat selama-lamanya. Dia lahir tahun 2008. Rupanya sudah 11 tahun usia nya.  Dia pergi kerana sudah tua.... Kuat makan tetapi cirit birit. 

Hidup mati begitu adatnya... Gen2 yang baik...

Wednesday, 27 March 2019

BB (2011-2019)

Pergilah BB untuk selamanya selepas 8 tahun bersama. Semalam kali terakhir kau bersamaku... Kau kujumpai tahun 2011 di simpang jalan dilanggar motor barangkali. kecederaan yang teruk di mulut. Vet operate pasangkan besi supaya BB dapat makan. Kalau tidak BB akan mati tak dapat makan dan minum. Masa tu mungkin kau sudah berusia 1-2 tahun. Kau berjaya menggunakan besi dan kemudian dikeluarkan apabila kau sudah sembuh. Kau jantan yang tak banyak kerenah tetapi mudah bergaduh dengan kucing jantan lain. Kau sangat besar berbulu panjang.
 
Begitu lah pusingan kehidupan ... hidup dan mati ...
 
Mary's Cabin
27 Mac 2019

Friday, 4 January 2019




































Simpan kat blog sini.

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  4/1/2019

Monday, 24 December 2018

Berkebun

Bermula sekarang nak fokus kepada berkebun lah pulak. Mahu menggunakan peluang laman yang luas sebaik mungkin. Tanah rumah ni jenis keras kalau menanam sayuran tidak menjadi. Kena tanam dalam pasu. 
Melihat orang lain bertanam mudah sahaja rasa cemburu pulak. Sayuran sekarang pun harga mahal, terasa sangat kalau beli sayur kemudian dibiar kering dalam peti sejuk.  Nak berkebun kerana baca maklumat cara berkebun dulu takut nanti menanam tak menjadi. 

Semalam, aku pindahkan Henda dan 2 anak tuanya daripada Rumah 3 ke dalam sangkar. Kerana aku nak jadikan Rumah 3 sebagai rumah untuk semua kucens bersantai santai secara bergilir-gilir terutama untuk yang Jantan. Kesian pulak mereka duduk berlama-lama dalam sangkar. Kena dilepas bebas sekali sekala. Kalau dilepas bebas dalam laman habis diserang Jantan lain dalam sangkar. Walau bersangkar pun tetap mereka bergaduh bertumbuk. Menakutkan je. Jadi selepas ini setiap hari mereka akan berpeluang duduk bebas di dalam Rumah besar mengikut giliran.

Aku dan dia
Mary's Cabin 
  24/12/2018