Friday 5 February 2021

Kiah

Tahun lepas Kiah juga telah meninggalkan dunia ini (2013-2020). Kiah yang sentiasa cantik dan bersih. 

Menyusul juga beberapa ekor kucing lain. Sekarang ini hanya ada 47 ekor sahaja. Semua kucing dewasa.

1. Rumah 1 - 4 ekor. 
2. Rumah 2 - 8 ekor 
3. Rumah 3 - 5 ekor
4. Banglo - 6 ekor.
5. Apartment - 4 ekor. 
6. Sangkar - 21 ekor

Kucing sekarang adalah batch generasi baru. Generasi lama dari tahun 2011/2012/2013 sudah tiada. Kadang fikir mereka harus meninggalkan kami sebelum kami meninggalkan mereka selama-lamanya, sebab nanti siapa pula yang akan menjaga mereka. Sulit sekali untuk tidak memelihara kucing kerana sudah terbiasa. 

Tahun ini wfh pada kebanyakan hari. Boleh jadi juga sebagai persiapan untuk bersara awal. Memang banyak kerja yang perlu dibuat apabila wfh. Tapi menyeronokkan sebab tidak perlu berjumpa muka dengan sesiapa. 

No comments: