Thursday, 1 January 2009

Catatan Untuk Seorang Isteri 1

Isteri yang lurus hatinya tidak buruk sangka, hasad dengki, cemburu buta, sombong, ego, cinta dunia, tidak amanah dan lain-lain sifat keji. Dia tidak mudah melatah serta berbuat kesilapan.

Suami wajib ditaati dan dimuliakan kerana itulah tiket utamanya mendapat keredhaan Allah. Redha suami bererti redha Allah. Walau orang memandang rendah dan tidak menghormati suaminya, dia tetap menyanjunginya. Dia tidak membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain sebab dia merasakan suaminya orang yang berjasa menyelamatkan dan melindungi maruah dirinya.

Sumpah suami ialah berjanji ketika mengakad nikah bahawa akan menjaga isterinya dengan baik, menunaikan segala tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal dan pakaian secukupnya, memberi didikan, sabar dengan kesusahan dan lain-lain.

No comments: