Wednesday, 11 November 2009

Ditegur...

Hari ini aku ditegur oleh suamiku kerana entryku dalam blog malam tadi. Dia tidak suka dengan entry itu. Katanya aku ini suka mengikut perasaan... dia juga kata "kau suka ambil tahu bila orang atau kawan mengata kau dibelakang... adakah kau rasa kau baik sangat dan tidak pernah mengata orang lain... kalau kalau sekadar orang mengata kita dan tidak menjejaskan apa pun terhadap diri atau kehidupan kita, biarkanlah.. tidak ada apa kesan pun. lagipun kita tidak tahu sejauh mana atau apa sebenarnya yang dikata orang terhadap kita tu. kita cuma tahu orang mengata kita dari orang lain. jadi sebenarnya kita tidak tau apa yg sebenarnya dikata orang itu.. kita hidup ni bukan lama.. cuba kita banyakkan fikir perkara positif sahaja. setiap manusia itu tidak sempurna lebih-lebih lagi diri kita sendiri. terima lah semua orang di sekeliling kita dengan seadanya sebagaimana kita mahu orang lain menerima kita seadanya...biarlah orang mengata kita... boleh jadi apa yang dikata orang memang benar... jadi lebih baik kita ubah diri kita sendiri menjadi lebih baik, daripada kita marah dengan apa yang dikata orang itu... "

Oh! sedihnya dimarahi suami! ok lah aku bersalah... so aku deletekan entry aku malam tadi.

No comments: