Tuesday, 1 March 2011

Masak Memasak...

Aku ni jarang sangat nak bercerita pasal masak memasak sebabnya…. Aku ni memang tak suka masak dan … tak pandai masak pun. Masakan ku bukan lah sedap bebenor… sekadar boleh makan je…

Tapi mengenangkan zureen dah tag bab memasak ni, of course lah kena jawab. Zureen la satu2nya sahabat yg paling memahamiku… bukan lah bermakna sahabat lain tak memahami … sahabat lain pun memahamiku cuma Zureen ni paling memahami. Mungkin sebab dah biasa hidup sebilik ngan dia selama 4 thn tu yg buat dia lebih memahami. Seperti Yong yg memahami Diana, Sya dan Intan, seperti Anis yg memahami Linda dan Zura. Hah! Memang Yong tidak memahamiku sebab tu dalam ramai2 kawan dia tak tag aku langsung dalam bab masak memasak ni… Hahahaha. Jangan sere ati ye Yong… ngusik mung je…. Hmmm… Tidakku lupa sahabatku sorang lg Saluwa. My roommate sama dengan Zureen. Bila aku nak kahwin, Saluwa la sahabat pertama yg aku khabarkan berita itu dan tanya pendapatnya. Kalau ingatkan dan kenangkan masa kami bertiga ni dlm satu bilik.. memang aku tak sangka la yg Saluwa dan Zureen ni akhirnya jadi mak orang dan paling penting pandai memasak! Ish kalau kenangkan perangai masing2 masa dlm bilik tu (termasuk aku lah ni) … ish ish memang kira tak sangka la diorg boleh memasak, MENGEMAS dan menjaga rumahtangga masing-masing. Apa lagi melahirkan dan membesarkan anak-anak yang comel-comel belaka... Aku pulak memang lah dr dulu masa dok dgn diorg, aku tak pandai masak, sekrang ni pun bukanlah pandai bebenor memasak. Aku boleh kata dulu2 masa kat UiTM kami ni memang suka sgt tidur, sayangkan tidur … letih sikit… tp tidurnya banyak… So sekarang ni Zureen ngan Saluwa dah tak boleh tidur banyak dah (or maybe dah terlebih tidur masa kat Kolej Anggerik), sekarang kena berjaga banyak sebab nak kena jaga anak-anak pulak….. Seperti mak-mak kita menjaga kita dulu kan!

Ok! Balik kepada cerita tag Zureen…

1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?

aku tak pandai masak...Memasak sekadar ala kadar utk mengenyangkan perut saje. Masakan pertama yg aku buat adalah sambal sardine hancur + kacang panjang pada tahun 1998. Dan sehingga kini memang terror la bab masak memasak sambal sardine ni.

2. Sapa yang menggalakkan anda masak?

Sama mcm Zureen tak de sapa galakkan. Sebab dah kahwin baru masak. Itu pun husband yg ajar. Dan dah tentu dia ajar masakan yg dia nak makan aje la. Tapi sebenarnya dia tak pandai masak pun. Cuma dia akan bgtau masakan tu perlu jd mcm mana. So pandai2 ambo la mcm mana nak buat spy jd mcm yg dia nak.


3. Masakan yang anda paling suka dan digemari oleh orang-orang kesayangan anda

Walaupun aku boleh la sikit2 masak gulai tempoyak ataupun sambal tempoyak tp itu bukan lah masakan kegemaran my family baik my husband mahupun adik beradik dan kaum kerabat ambo. Yg suka mkn gulai tempoyak tu aku seorang je. Apa lg kalau gulai tempoyak ikan patin. Aku ni memang suka sangat mkn petai, budu, tempoyak, ikan pekasam, ikan kering, ikan jeruk, ikan bakar, ikan goring dan lain2 masakan ikan. Aku tak suka masak dan tak suka sgt makan benda-benda yang rumit macam masak 3 rasa ke, masak merah ke, nasi beriyani ke, nasi dagang ke, nasi kandar ke. Aku ni suka yg simple2 dan byk sayur mentah mcm nasi kerabu, ulam2, salad (pelbagai salad), sambal belacan, ikan bilis (pelbagai resepi), tempe goreng. Sebab tu bila Saluwa atau Yong letakkan resepi masakan lauk-lauk yg simple2 tu aku suka sangat. Yg payah2 tu tak berapa gemar sgt.

Aku suka banyak masakan tp mungkin masakan yg paling aku suka dan digemari org2 di sisi aku adalah sambal ikan bilis. Tapi kalau masakan yg aku suka buat dan aku seorang shj suka makan adalah sambal ikan bilis tempoyak.


4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda…

Dah takde orang nak nak dah…. Nak suh cik su jwb tag ni boleh tak?.... hehehe

1 comment:

siti said...

owh yer saya x layan tag mentag nih..ehehe