Ada seseorang menghantar puisi ... mungkin boleh dijadikan renungan bersama ...
Doa Seorang Isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkahlaku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghdapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...
~~~~~Hanya dirimu yang lebih mengenali dirinya... ~~~~~~
-->
No comments:
Post a Comment