Aku quote ni daripada sebuah forum...
"hukum membeli hartanah dengan niat menjual semula untuk mendapat
keuntungan adalah harus. Namun jika urusniaga berkenaan dibuat secara
menindas dan menafikan hak orang lain yang memerlukan maka hukumnya
adalah haram. Ini kerana cara urusniaga tersebut dilakukan secara
monopoli. Sistem ini diharamkan dalam Islam kerana ia menindas dan
menganiayai hak orang lain. manakala menjual barangan dengan harga yang
tinggi dengan keredhaan (pembeli dan penjual) adalah harus. Ia tidak
dikira riba kerana riba dinilai dari sudut pinjaman atau caj lebihan
di sebalik sesuatu urusniaga yang dilakukan. Justeru, Tuan/puan
dinasihatkan supaya meninggalkan urusniaga berkenaan kerana rezeki yang
diperolehi dari unsur yang haram walaupun banyak pasti tidak ada
keberkatannya. Wallahua’lam."
Daripada dulu aku memang anti dengan pelaburan hartanah yang menindas golongan miskin/bawahan. Sebab itu sehingga kini aku masih belum membeli rumah sendiri. Nak kumpul duit sedikit demi sedikit dan kemudian baru buat rumah.
No comments:
Post a Comment