Hmm...
Aku punya cara kehidupanku yang tersendiri... tidak sama dengan kawan-kawanku, sekelilingku bahkan adik beradikku sekalipun.
Inilah pilihan hidupku...Aku dan kucing-kucing gelandanganku...
Benar... aku tidak pernah menjemput kawan-kawanku ke rumahku kerana aku sangat privasi dengan rumahku. Hanya berapa kerat sahaja kawan-kawanku yang pernah ke rumahku... kebetulan sahaja. Sehingga suatu ketika nanti, sehingga saat aku memang aku tidak akan menjemput kawan-kawan ke rumahku.
Tiada yang pelik dalam rumahku. Tiada! biasa biasa saja macam rumah orang lain. Cumanya rumahku...penuh dengan...kucing-kucing gelandangan yang kukutip merata tempat. Sekarang sudah ada 31 ekor kucing. Aku sediakan 2 buah rumah di luar rumah berukuran 8x8 dan 10x10. Di sekeliling porchku pula bersusun dengan kandang-kandang kucing pelbagai saiz besar. Makanan kucing bertong dengan pelbagai peralatannya juga penuh tersusun di bawah porchku. Malah wakaf besar aku pun penuh dengan barangan kucing. Tak ada hiasan di laman rumah, tiada pokok bunga cantik atau dedaun hijau. Yang ada hanyalah pokok rambutan dan mempelam tempat kucingku bergayut dan bercakaran.
Untuk kesekian kalinya aku ingin katakan itu rumahku! itu rumahku! Biarkan kami berdua di rumah itu dengan cara kehidupan kami sendiri!
No comments:
Post a Comment