Alhamdulillah, hari ni rumah kucing yang ke 3 telah siap. Kali ini bersaiz 14x6 kaki. Rumah ni dinamakan Rumah Kucing C. Rumah kucing yang pertama kali dibuat bersaiz 8x8 kaki boleh dinamakan Rumah Kucing A. Rumah kucing kedua pulak bersaiz 10x10kaki dinamakan Rumah Kucing B. Nama rumah kucing ini akan berubah bila dapat nama lain yang lebih sedap.
Maka tertunai sudah impian nak buat rumah kucing yang terakhir ini. Lepas ni dah tak boleh tambah lagi rumah kucing sebab laman rumah sudah penuh dengan rumah kucing dan wakaf-wakaf/pondok-pondok lain. Rumah tuan kucing kecik je tapi rumah kucing pulak yang besar. Untuk Rumah Kucing C akan ada lukisan mural di dindingnya sebab kali dindingnya dari konkrit setinggi 2 kaki. Nanti nampak lah seperti tabika pulak sebab penuh dengan lukisan.
Yang kena buat lepas ini adalah menghias laman kucing ini dengan pelbagai hiasan pokok-pokok bunga, herba, kerusi meja dan replika itu ini yang kiut miut. (Itu pun kalau ada duit ler...). Puas hati!. Buah rambutan pun harap-harapnya akan berbuah lebat lagi tahun ini. Boleh duduk bersantai di laman sambil bermain dengan kucing-kucing dan makan rambutan. Horrayyy!!! Nanti nanti nak tempek gamborrr...
Kalau dapat jadikan laman kucing macam ni pun cun jugak...
No comments:
Post a Comment