
Saturday, 6 June 2009
Friday, 3 April 2009
.. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu ...
Cerita Sepanjang Feb - Mac 2009

Ini adalah compilation ceritaku sepanjang Feb dan Mac lalu.....
Hospital
Dalam dua minggu jugak aku kena menjaga anak sedara aku yg sakit di Selangor Medical Centre. Lepas tu kena ke Medical Centre di Melaka pulak sebab anak sedara kat sana pulak masuk ward. Letihnya dan boring dok kat hospital ni. Agaknya mcm ni la ibu-ibu bersengkang mata menjaga anak-anak. Melaka sekrg ni dah jadi rumah kedua aku. Asyik dok berulang alik ke sana.
Ayah....
Ayahku sakit kuat awal bulan Mac, 3 hari aku AL bersambung dengan Sabtu dan Ahad. Semua adik-adik Ayah balik kampung untuk menjaga dia. Walaupun adik-adik perempuan Ayah sudah tua semuanya, tapi masih sanggup bersengkang mata menemankan Ayah bila Ayah asyik 'merona' sepanjang malam. Kerenah Ayah sepanjang sakit ini 'mencabar' kesabaran kami anak-anak. Tapi kakak sulungku paling kuat kesabarannya dalam melayan kerenah Ayah. Dan Ayah pulak hanya mahu mek dan kakak sulungku melayan dia. Kalau aku dan adik-adikku serba tak kena di matanya. Pegang badan pun salah, tak pegang pun salah. Ayah agak kurus kerana tidak lalu makan. Alhamdulillah sekarang Ayah dah bertambah baik. Apabila melihat Ayah, aku terfikir bagaimana agaknya aku nanti bila sudah tua, sakit peningku nanti akan terlayankan oleh orang-orang di sisiku. Perangai Ayah sangat mewarisi dari arwah nenek. Mungkinkah aku juga akan begitu???.....
Orang Nigeria yg kurang ajar!!!
Satu hari tu aku mengamuk dengan student Nigeria yang belajar di UCSI, dekat dgn rumah aku. Semenjak UCSI dibuka dan mengambil ramai student Nigeria, kami penduduk sekitar sangat sukar mendapatkan teksi. Kebanyakan teksi akan tunggu student Nigeria ini yang mahu keluar berhibur di sekitar Cheras/KL. Kadang2 pemandu tidak mahu ambil kami spy mereka boleh ketuk student Nigeria dengan harga yang mahal. Student Nigeria ni pulak memang jenis kurang ajar teramat sangat dan semberono suka potong que di taxi stand. So aku ari itu memang naik angin dengan 2 budak perempuan tu yang potong que depan aku dengan membawa bunga. Amboi2 sedapnya mereka buat2 tak nampak aku, mcm aku ni tunggul pulak. Aku pun apa lagi mengamuk depan mereka, aku kata diorg ni tak tahu respek org Malaysia, tak tahu nak beratur, dan aku akan complaint kepada management UCSI bila aku membuat penilaian akreditasi program mereka nanti. Lepas tengok aku mengamuk tu seorg drp mereka terus tarik kawannya terus naik jambatan dan tidak lagi tunggu taxi di situ. Gerammmnya aku!!! Diorg ni memang kena ajar. Dahlah ada kejadian bunuh org negro kat kws rumah aku tu. Takut jugak aku... tapi geram punya pasal, dah tak ingat dah semua tu.
Tuesday, 3 February 2009
Soalan di antara Perempuan dan Lelaki

Ini adalah persoalan yang diutarakan dalam Saifulislam.com untuk direnung (dan dijawab?) oleh para isteri dan suami.
SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.
Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:
1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.
Sunday, 18 January 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)





