Sunday, 11 October 2009

malang tak berbau...

sabtu malam ahad (10 Okt 2009)
masa : 12.00 am - 2.30 am
lokasi : jalan bukit bintang, kl

adikku terlibat dengan kemalangan dengan mat rempit. motor mat rempit tu rosak teruk. kereta kwn adikku pula kemek sedikit. mat rempit tak mau ke balai polis dan mahu settle malam tu jugak. rupanya dia tak ada lesen memandu. malas aku nak bercerita panjang dgn bebudak tu, maka terbang lah duit aku RM800.00 utk mat rempit itu sebab nampak gaya mcm adikku yang bersalah.

p/s : silalah ke jln bukit bintang di mlm minggu kalau nak melihat kehancuran bangsaku....
mlm2 buta nak minum teh tarik di jln bukit bintang wat apa? mcm tak ada air kat rumah!

hari raya 2009

aku dan dia....
selamanya....
meniti hari tua....
bersama...
melengkapi....
kiranya kami kekurangan....
itulah kebahagiaan kami....
mungkin berbeza....
itu yang indah....
appreciate your life....

Wednesday, 30 September 2009

Ada seseorang menghantar puisi ... mungkin boleh dijadikan renungan bersama ...

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkahlaku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghdapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...

~~~~~Hanya dirimu yang lebih mengenali dirinya... ~~~~~~

Thursday, 27 August 2009

kekeliruan... smile!!!


untuk menjernihkan kekeliruan sebelum ini... pesaingku yang aku ceritakan sebelum ini adalah ... BOLA... Europe yang sedang berlangsung sekarang ini.

Segala kesulitan dan kekeliruan yang tidak disengajakan amat lah dikesali...

zureen lah yang paling bijak sekali meneka sekilas ikan di laut sudah diketahui jantan betinanya...
amazing betul zureen ni.. the best word is "aku kenal ko la yam".

selamat berpuasa!

Sunday, 16 August 2009

.......

seperti yang aku jangkakan...desas desus.. hints.. telah dia beritahuku jadual giliran akan bermula... aku perlu pandai membawa diri... ada malam tidak berteman... aku sudah diajar memandu sendiri... sainganku walau tidak seayu mana namun telah menjadi pujaan hatinya...apa lagi yang mampu aku lakukan...

Friday, 14 August 2009

Kerinduan itu...

Tiba-tiba hari ini aku terasa begitu rindu dengan kehidupan lalu.. di zaman kanak-kanak.. di zaman kemiskinan... Dulu rumahku sangat usang...kopak sana sini... dengan ahli rumah seramai 10 orang berhimpit di ruang yang kecil. Tapi kami bahagia sekali. Kawan-kawanku hanyalah adik beradikku. Dengan segala kesusahan dan kekurangan, kami mencipta impian sendiri, tidak mahu dihimpit kemiskinan lagi. Dan kakak sulungku adalah pembuka masa depan kami. Dengan segala pengorbanannya yang tidak mungkin terbalas, kami keluar dari semak dan denai kemiskinan mencari ruang bernafas lega. Bukan kekayaan yang dikejar, tetapi lebih kepada 'survival' dan maruah.
Kini kami berjaya dengan cara sendiri.. dengan cabaran baru..



Thursday, 13 August 2009

Welcome Dearest Eika - Join the club




Hehehe .. welcome to the club.. budak comel!!